Cik Anita Songeh Giveaway.

Teratak pena | Saturday, October 30, 2010 | 8 Comments so far
Sticky Post.... nak tahu cite baru scroll ke bawah... TQ




Salam semua...
Kali ini Cik Siti nak sertai satu lagi GiveAway...Give away ni dari cik Anita. jom kite tengok syarat dan cheklist yang beri:

Syarat penyertaan sangat mudah:
1. Follow Cik Anita punya belog (tak wajib, tp utk memudahkan update dari saya )
-Done dah jadi follower ke 85

2. Perlu ada entri baru dan link kepada belog ini.
-Done...
Nak conteng ckit pasal GiveAway ni...
"BILA HATI MULA BERSATU
BUNGA TUNASKAN BERKEMBANG
JALINAN CINTA PASTIKAN UTUH
IBARATKAN ADAN DAN JUGA HAWA..."
( he...he....he... ringkas je)

3. Tajuk entry is : Cik Anita Songeh Giveaway.
-Done... boleh semak tajuk entri

4. Lepas dah join, sila komen di post ini dah tinggalkan link anda. Biar mudah nak jejak nanti. Jangan di chat box ye. Nanti susah Cik Anita nak kesan.
-Done...baik cik...

5. Kalau rajin sila buat sticky post ye :)
-Done... dengan berbesar hati...

6. Jangan lupa tag DUA orang rakan anda. Pastikan mereka tahu yee..
-Done...
calon-calonnye...
Cik Azatie
Cik Noieizan

7. Letakkan banner buruk Cik Anita di side bar anda ye. :) Thats all~
-Done.... sebelah kiri ye...

Last sekali...

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.10.2010!
pemenang akan diumumkan 31.10.2010

kenangan lalu.....

Teratak pena | Wednesday, October 27, 2010 | 2 Comments so far
okey... Cik Siti nak imbas kembali kenangan Cik siti masa kat sekolah menengah. masa tu Cik Siti baru je injak umur 13 tahun.... form 1 tu. masa tu tak ada phone canggih cam sekarang ni, komputer pun yang tak guna floppy disk apa lagi thumbdrive... dan kalau masa tu cik Siti nampak komputer gerenti Cik Siti jakun ye (hish! dah jauh Cik Siti merapu). masa tu tahun 1990. lama kan? dan 20 tahun....

berbalik pada cerita asal.... apa perasaan anda bila ada yang suka dengan anda? he...he...he... Cik Siti terus terang yang Cik Siti takut mula-mula. yelah... Cik Siti tidaklah cantik, bukanlah kaya. Cik Siti tak tahu apa yang diaorang pandang cik Siti sampai sanggup bagi surat dengan Cik Siti. Bukan seorang. tapi 2 orang.

Masa tu macam hish! tak caya lak ada 'balak' yang suka. tapi Cik Siti takut juga. sebab keluarga Cik Siti memang tegas. mahu tak takut.... umur setahun jagung nak kawan-kawan. tak nak cik Siti. nanti orang kata kita gatal lak.

Bila hari raya siap bagi kad raya. masa tu tak tahu nak cakap apa sebab ada orang dok nak ngorat kita. yang pasti Cik Siti tak jaswb pun yang beri. rase bangga dan seronok rasanye. ialah... adaorang suka dengan kita. Cik Siti wat tak tahu je time tu. masa tu kelas berlainan. tapi bila dah tahun berikutnya Cik Siti naik kelas dan sekelas dengan dia dan semuanya hilang dengan sendirinya.... kenangan tu cik Siti tak boleh lupa... pas tu tak siapa nakkan cik Siti... hu...hu...hu... akhirnya Cik Siti tunggu pinangangan orang... thank pada hubby yang sudi sunting cik Siti....

p/s: saje nak ingat masa lalu

????????

Teratak pena | Tuesday, October 26, 2010 | 3 Comments so far
He...he... tengok en3 atas tu mesti ramai yang dok tanya Cik Siti ni betul ke tidak? Betullah.... cik Siti dah tau nak updated apa. Ada idea tapi badan cam letih lak. balik dah malam... otak pun cam nak rest je....esok pepagi dok tanya macam mana agaknya perangai pelanggan hari ini... kalau pagi dah dapat yang rezeki lari(Kena marah le) sampai ke petang badi tu melekat.... nak rest jap... sebab ari ni penat wat 5's

Cik Siti dapat Duit Raye....

Teratak pena | Friday, October 22, 2010 | 4 Comments so far

oeky... en3 kali ni Cik Siti nak kongsi kegembiraan sikit. semenjak Cik Siti keje hampir 15 tahun inilah kali pertama Cik Siti dapat duit raye.... isk!isk!isk! terharu le pulak. duit raya ni datangnya dari bos Cik Siti. walau pun idaklah berkepuk-kepuk tadi Cik Siti senang sekali..... terima kasih tak terhingga buat bos yang sudi beri. katanya duit raya haji... advanced gitu... save duit makan barang 2 hari....
Terima kasih Bos.... Moga murah rezeki dan dipanjangkan umur.(he...he...he... siap buat entri lagi)

Budi Bahasa Budaya Kita

Teratak pena | Wednesday, October 20, 2010 | 3 Comments so far
Bahasa budaya kita, bahasa menunjukkan bangsa. Berapa ramai yang ambil peduli dan ambil endah dengan kata-kata di atas? dan kini rasanya kata-kata itu bagaikan dipandang sepi...(Ceh, puitis lak ye). Bukan apa, Cik Siti sebenarnya tak tahu nak taip apa so agak-agak tajuk ni pun ada sangkut paut dengan kerja seharian Cik Siti.

Saban hari Cik Siti kerja dengan orang ramai. berjumpa dengan pelbagai bangsa, pelbagai bahasa dan pelbagai latar belakang. melayu, cina, india, bla...bla..bla... nak listkan satu-satu penat weh... tapi bila dah berjumpa dengan orang ramai jadi macam-macam ragam yang Cik siti jumpa. namun manusia kini banyak mengejar masa dan adakala menjadikan masa sebagai halangan dalam pelbagai urusan. dan pastinya bila halangan itu menjadikan kesabaran satu tahap yang tidak dapat dibendung maka terlanjur kata-kata yang kadang-kala tidak pernah terlintas di fikirannya.

Namun begitu Cik Siti yakin sekiranya kesabaran ada tercalit sudah pasti bahasa yang melintas dari bibir selalunya menyenangkan orang lain. dan Cik Siti yakin dengan kesabaran dan tutur kata yang baik akan berakhir dengan baik. begitu juga dengan sebaliknya. cuba kita hilang kesabaran dan kata-kata yang keluar mungkin menghiris hati sudah tentu pengakhiran kadang-kala menyakitkan.

cik Siti bekerja dengan orang ramai telah banyak belajar dengan erti kesabaran dan pastinya saat disindir dan diherdik satu tindakan yang amat baik adalah dengan meminta maaf walau bukan salah kita dan berdiam tanpa membalas kata-kata. Cik Siti yakin jika kita berbahasa.... orang lain juga akan berbahasa dengan kita. berbahasalah dengan baik kelak kita ada dibalas dengan baik... sesungguhnya kita ada orang timur yang kaya dengan adat dan budi bahasa.... fikir-fikirkanlah....

(En3 Cik Siti kali ni emo sikit...hu...hu...hu...)

Hari Sabtu bersama anak-anak

Teratak pena | Saturday, October 16, 2010 | 1 Comments

Inile putera-puteri Cik Siti....

Hari memang sibuk bagi Cik Siti. walau pun cuti tak bermakna boleh rehat sakan. Hari sabtu le nak dok layan anak. kene pulak hubby Cik Siti dari tempat keje malam tadi SMS minta buatkan mee rebus untuk kengkawan dia. So pagi ni sibuk ckit. pas sarapan terus buat mee rebus sebab hubby cik Siti masuk pukul 3. ramai dok tanya sebab masa raye hari tu idak le menu mee rebus. sebab hubby kata takut orang tak nak. Tup Tap kengkawan dia datang tanyakan mee rebus dulu. (Sedap ke sampai ramai yang minta) he...he....masuk bakul angkat sendiri. tak malu.




Okey.... bila dah sibuk anak-anak pun sibuk. Yang tu nak air yang ini nak susu, yang sorang lagi nak biskut.... lama-lama minta bantuan hubby jaga anak. Bila dah siap mee rebus, cik Siti wat pulak sup ayam sikit. sayang ayam yang tinggal tu. buat sup sedap ni. okey, layan jelah bebel Cik Siti ni. bukan apa, dari tak de cite nak buat.




okey....Da...... jumpa lagi.... Hua... terlepas jamuan kat opis...

Kartu dolu-dolu

Teratak pena | Friday, October 15, 2010 | 1 Comments
Bila dah meningkat usia ni teringat Cik Siti dengan kartun-kartun yang pernah cik Siti layan masa ketika dulu. waktu Cik Siti masih lagi dibangku sekolah rendah lagi. kebanyakkan kartun masa tu amat menghiburkan dan banyak memberi pengajaran. tidak seperti kartun sekarang yang lebih kepada fantasi cam barbie.... okey, malas nak cakap banyak nanti orang bising. kita layan jelah gambar kat bawah ni ye



kartun ni yang pasling Cik Siti suka si tikus dengan si kucing. si Jerry ni bukan main pasang perangkap. tapi tyak juga dapat. Cik Siti dapat juga pengajaran dari cite-cite cam ni. so..... jangan anggap orang yang lemah itu sentiasa kalah ye.



Tweety Bird ni cik Siti suka tengok sebab ni comel. dah lak tu pelat. 'I Taw I Taw A Puty Cat'... ha...ha... trademark tu yang mahal.




Bugs Bunny telatah dia memang menghiburkan. ada saja helah dan kebijaksanaan dia.



Smurf kartun yang tak mis Cik Siti tengok. si kerdil warna biru ni banyak terapkan kemasyarakatan walau pun di garap dalam kartun. comel tu diaorang ni

he...he... itu jelah ye....

GA dari AZATIESAYANG

Teratak pena | Tuesday, October 12, 2010 | Be the first to comment!
*Ini adalah hadiah untuk tempat pertama. cantikkan? saja tempek wat semangat
okey, kali ni Cik Siti nak join GA lak. GA kali ini dianjurkan oleh cik AZATIE kita. GA ni sempena genap setahun blog Cik Azatie dan juga kelahiran anak lelakinya... moga murah rezeki ye...

tarikh tutu GA ni 18/10/2010....
Sesiapa yang nak join jom ke blog AZATIE.

Cabaran Web Banner dari ceym

Teratak pena | Tuesday, October 12, 2010 | 3 Comments so far

Ceym Blog!~




Okey le... entri kali nak sahut cabaran or.... nak minta tolong? he...he...he...walau bagaimana pun tawaran ni Cik Siti rasa tawaran yang hebat. sesiapa yang nak web banner boleh terjah bloh ceym
okey le.... sebelum tu, nak juge ceritakan serba ckit sal cik Siti
1)sebenarnya Cik Siti manage 2 blog. satu Bayu Kenangan dan satu lagi teratak pena
2)tapi... register atas nama bayu kenangan sebab bayu kenangan adalah blog pertama cik Siti
3)aci tak kalau boleh wat 2 in 1? sebab tak tahu nak wat cam ne.... sbb 2-2 blog tu cik Siti yang punya...

contest candid camera oleh noieizan

Teratak pena | Sunday, October 10, 2010 | 2 Comments so far



Okey oleh sebab tak mahu bersarang blog ni Cik Siti ambil keputusan nak join kontest. dah lama tak join. kali ni oleh NOIEIZAN. tajuk kontest 'KONTEST CANDID KAMERA'. puas juge le nak godek kat lappy. akhirnya cik Siti ambil keputusan mempertaruhkan gambar ni....

Gambar ni diambil pada 28/8/2010 masa jamuan berbuka opis Cik Siti di D'Saji. orang lain dok makan dia lak bersila ditepi sambil main benda alah tu... nasib baik juga dia tak bawa balik.

okey, Cik Siti berbesar hati nak tag 2 orang iaitu:
Cik Izah
Cik Mizah

Okey... syarat-syarat yang telah dilistkan:
- sila letakkan gambar candid anda punya.. namo cilok mana-mana yer..
- buat entry ringkas tentang gambar tersebut (ringkas je tau)
- anda mestilah follower blog ni ( kalau belum tu.. sila2 ler )
- tag pada 2 orang kawan anda ( yg ditag tu mesti tahu mereka telah di tag )
- letakkan banner contest ni di entry anda tu
- dan jangan lupa letakkan link blog ini di entry tersebut
- then satu lagi paling bagus letakkan juga banner contest ini di sidebar blog anda yer
- jgn lupa tinggalkan link anda di ruangan komen di bawah ye
TARIKH TUTUP :
25HB Oktober 2010
" JOM RAMAI-RAMAI JOINT KONTEST

Kena tahan dengan Pak Guard

Teratak pena | Saturday, October 09, 2010 | Be the first to comment!
Okey le en3 kali ni Cik siti nak citekan cam ne Cik Siti kena tahan dengan Pak Guard kat JUsCo ..... Cite bermula cam ni. Biasale ari jumaat rehat memang 2 jam dan mase tu le nak cuci mata atau nak makan yang best sikit. Jadi Cik Siti gi le sensorang kat Jusco tu. Tapau le Mee wantan marbeles kat chiken rice shop. Bila kuar dari Jusco tu Cik Siti pun terfikir... kalau ada cili api ni mesti lagi meletop makan dengan mee wantan.

Jadi Cik siti pun masuk le dalam Jusco tu balik dan beli cili api. bukan banyak barang pun beli. cuma cili api. bila cik Siti nak kuar balik nampak ada Pak Guard dengan muka garang dekat dengan Cik Siti.

"Cik, tolong berenti sekejap." Wa la weh.... apa ni? muka Cik Siti dah cuak. Apa hal lak ni? ada undang-undang baru ke dah kuar tak leh masuk balik? rase-rasenya muka Cik Siti dah pucat. lak tu dia bawa buku kat tangan. Tolong.... Cik Siti tak salah. Cik Siti beli cili api je.

"Sekejap cik." Pak guard tu tahan. Cik Siti berenti.

"Saya nak tanya cik ni." Pulak dah... Bak Buk Bak Buk ati cik Siti ni dah macam orang lontar bola kat dinding(perumpamaan je... tapi site effect tak leh nak buat)

"Cik, pelanggan ramai tanya saya. ni, cik keje dengan TMpoint kan?" Cik Siti angguk.

"TMpoint tu kat mana ye. ramai pelanggan tanya." Bam! Fuh! buat terkejut je pak Guard ni.

"O... tmpoint. depan je tu bang. seberang jalan tu TMpoint le." Pak guard tu angguk.

"O... patutle tak nampak. ada pokok rupanya. okeylah cik. maaf ye. terima kasih banyak-banyak." Time tu barulah cik Siti boleh senyum sampai ke telinga. Nasib baik... ingatkan kite je yang tanya guard, mana toilet, mana kaunter information tapi pun guard manusia biasa. dia tanya kita balik. He...he... bila ingat balik kelakar lak. mahu tidak. pak Guard tu tak senyum. dia buat muka garang. cam ne le Cik Siti tak cuak.

Kenangan......

Jalan Raye Minggu Terakhir

Teratak pena | Monday, October 04, 2010 | 1 Comments

Okey le rasenye dah lama cik Siti tak updated kat blog Cik Siti yang comel ni(comel ke?) he...he...he... semalam hari minggu adalah minggu-minggu terakhir di dalam bulan Syawal. jadi bonda cik Siti pun bertandang di rumah cik Siti. Sabtu tu cik Siti adalah buat sikit-sikit jamu sedare-mare makan.

Esoknya bonda cik Siti pun ajak rumah sedare-mare yang ada dekat-dekat situ. jadi rumah pertama yang cik Siti bertandang adalag rumah Mokde cik Siti kat Batu Caves. sampai sana lebih kurang hampir sebelas pagi. kat sana kami dijamu dengan roti jala dan Mee hoon goreng. Mokde cik Siti ni memang handal masak kari...(sebab dia kawen dengan mamak). jadi, pas bertandang tu Mokde Cik siti pun ikut kami ke rumah MakLah di Danau Kota.

sampai sana dah pukul 1220 tengahari. Cik Siti idak le pandang apa yang ada atas meja. bila dijemput, kami pun bangun dan menuju ke meja. jeng...jeng...jeng... Hah? diaorang ni pakat ke apa? menu yang sama roti jala dan mee hoon goreng. cuma Maklah cik Siti ada menu sampingan. Popiah goreng. Fuh! jalan je lah...

lepas Rumah makLah, kami pun menuju ke rumah PakNgah yang terletak di wangsa maju. masuk rumah, tengok cam biasa je. tak pe, kita orang nak jalan raye je.... Sebab PakNgah pas balik rumah kahwin. tak lama pastu MakNgah dok natang Roti jala lagi.... Cik Siti dah dok bantai gelak.... sume rumah yang cik Siti pegi ada roti jalan. kuat tul penangan roti jala ni....

Lepas anta bonda kat bukit jalil cik Siti beredar ke rumah ke4. rumah ipar Cik Siti di puchong. masuk je dalam tengok ada kari lagi.... la.... roti jalan juge ke? Fuh nasib baik kari tu untuk mee. puas juga makan rendang dengan kuah kacang. namun mase tu perut cik Siti memulas-mulas rasanye. mahu idaknya 4-4 rumah cik Siti makan kari...... Fuh! Kuat tul penangan roti jala ni.......
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page