Budi Bahasa Budaya Kita

Teratak pena | Wednesday, October 20, 2010 |
Bahasa budaya kita, bahasa menunjukkan bangsa. Berapa ramai yang ambil peduli dan ambil endah dengan kata-kata di atas? dan kini rasanya kata-kata itu bagaikan dipandang sepi...(Ceh, puitis lak ye). Bukan apa, Cik Siti sebenarnya tak tahu nak taip apa so agak-agak tajuk ni pun ada sangkut paut dengan kerja seharian Cik Siti.

Saban hari Cik Siti kerja dengan orang ramai. berjumpa dengan pelbagai bangsa, pelbagai bahasa dan pelbagai latar belakang. melayu, cina, india, bla...bla..bla... nak listkan satu-satu penat weh... tapi bila dah berjumpa dengan orang ramai jadi macam-macam ragam yang Cik siti jumpa. namun manusia kini banyak mengejar masa dan adakala menjadikan masa sebagai halangan dalam pelbagai urusan. dan pastinya bila halangan itu menjadikan kesabaran satu tahap yang tidak dapat dibendung maka terlanjur kata-kata yang kadang-kala tidak pernah terlintas di fikirannya.

Namun begitu Cik Siti yakin sekiranya kesabaran ada tercalit sudah pasti bahasa yang melintas dari bibir selalunya menyenangkan orang lain. dan Cik Siti yakin dengan kesabaran dan tutur kata yang baik akan berakhir dengan baik. begitu juga dengan sebaliknya. cuba kita hilang kesabaran dan kata-kata yang keluar mungkin menghiris hati sudah tentu pengakhiran kadang-kala menyakitkan.

cik Siti bekerja dengan orang ramai telah banyak belajar dengan erti kesabaran dan pastinya saat disindir dan diherdik satu tindakan yang amat baik adalah dengan meminta maaf walau bukan salah kita dan berdiam tanpa membalas kata-kata. Cik Siti yakin jika kita berbahasa.... orang lain juga akan berbahasa dengan kita. berbahasalah dengan baik kelak kita ada dibalas dengan baik... sesungguhnya kita ada orang timur yang kaya dengan adat dan budi bahasa.... fikir-fikirkanlah....

(En3 Cik Siti kali ni emo sikit...hu...hu...hu...)

3 comments:

  1. ye.
    selalu je dengar pasal budi bahasa budaya kita ni, tapi bukan senang nak merealisasikan benda alah macam ni. Kalau ada pun sikit je. hehe. sebuk pulak nita nak merepek kat sini. :)

    ReplyDelete
  2. he...he... betul tu... nak mula susah... tapi lama-lama mungkin kita boleh buat

    ReplyDelete
  3. saya memang tak reti sangat berurusan dengan orang ramai
    saya rasa memang perlukan orang yang sangat sabar

    ...hanya biasa dengan budak2 sekolah je

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page