Jalan Raye Minggu Terakhir

Teratak pena | Monday, October 04, 2010 |

Okey le rasenye dah lama cik Siti tak updated kat blog Cik Siti yang comel ni(comel ke?) he...he...he... semalam hari minggu adalah minggu-minggu terakhir di dalam bulan Syawal. jadi bonda cik Siti pun bertandang di rumah cik Siti. Sabtu tu cik Siti adalah buat sikit-sikit jamu sedare-mare makan.

Esoknya bonda cik Siti pun ajak rumah sedare-mare yang ada dekat-dekat situ. jadi rumah pertama yang cik Siti bertandang adalag rumah Mokde cik Siti kat Batu Caves. sampai sana lebih kurang hampir sebelas pagi. kat sana kami dijamu dengan roti jala dan Mee hoon goreng. Mokde cik Siti ni memang handal masak kari...(sebab dia kawen dengan mamak). jadi, pas bertandang tu Mokde Cik siti pun ikut kami ke rumah MakLah di Danau Kota.

sampai sana dah pukul 1220 tengahari. Cik Siti idak le pandang apa yang ada atas meja. bila dijemput, kami pun bangun dan menuju ke meja. jeng...jeng...jeng... Hah? diaorang ni pakat ke apa? menu yang sama roti jala dan mee hoon goreng. cuma Maklah cik Siti ada menu sampingan. Popiah goreng. Fuh! jalan je lah...

lepas Rumah makLah, kami pun menuju ke rumah PakNgah yang terletak di wangsa maju. masuk rumah, tengok cam biasa je. tak pe, kita orang nak jalan raye je.... Sebab PakNgah pas balik rumah kahwin. tak lama pastu MakNgah dok natang Roti jala lagi.... Cik Siti dah dok bantai gelak.... sume rumah yang cik Siti pegi ada roti jalan. kuat tul penangan roti jala ni....

Lepas anta bonda kat bukit jalil cik Siti beredar ke rumah ke4. rumah ipar Cik Siti di puchong. masuk je dalam tengok ada kari lagi.... la.... roti jalan juge ke? Fuh nasib baik kari tu untuk mee. puas juga makan rendang dengan kuah kacang. namun mase tu perut cik Siti memulas-mulas rasanye. mahu idaknya 4-4 rumah cik Siti makan kari...... Fuh! Kuat tul penangan roti jala ni.......

1 comment:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page