Selamat Hari Pekerja....

Teratak pena | Saturday, April 30, 2011 | 2 Comments so far

SELAMAT HARI PEKERJA

DENGAN TULUS IKHLAS CIK SITI NAK UCAPKAN SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA:

*RAKAN SEKERJA DI TMPOINT KEPONG
*WARGA KERJA TM
*KELUARGA YANG BERGELAR PEKERJA
*SEMUA BLOGGER YANG BERSTATUS PEKERJA
*SEMUA WARGA MALAYSIA


USAHA DAN KERINGAT ANDA DIHARGAI.... TINGKATKAN PENCAPAIAN UNTUK MAJU KEHADAPAN....

Bijaknya anak-anak sekarang...

Teratak pena | Wednesday, April 27, 2011 | 6 Comments so far
malam tadi Cik Abang kerja malam. so melayanlah si abang dengan yang kecik berumur 3 tahun. bila dia dah kenyang makan layan dia dekat depan sambil tengok TV. dia merenggek nak tengok kartun. Oh! no... tidak. bila permintaan tu tak dilayan dia minta pulak nak telefon ayahnya. okey yang boleh layan. dia ambil h/p Cik Siti dan beri pada anak Cik Siti. Cik Siti dial dan biar dia bercakap dengan Cik Abang. macam-macam dia cakap. sambil komen..."Nak engok aton..." mungkin ayahnya tak melayan dia beri pada Cik Siti sambil pujuk biar dengar lagu.

Cik Siti bukaklah lagu dondang sayang manalah tahu dia boleh tidur. Tak rupanya... dia minta lagu Justin bieber(Cik Siti tak tahulah betul tidak ejaan dia). sambil tu joget. nak tunjukkan bakatlah tu. tak sampai lagu habis dia nak lagu lain. so seperti biasa Cik Siti buat magic dan offkan h/p..."ala dik dah rosak.."

jom dengar perbualan Cik Siti dengan Si kecik berumur 3 tahun ni...

"Ibu beyi a... ibu beyi a..." Maksud beyi tu beli
"Kalau nak beli adik bagilah ibu duit." terkontang-kanting dia tinggalkan Cik Siti dan ambil beg kecik pink kaler yang dia selalu bawa rumah pengasuh.
"uit tak de a...baby beyi popok." (duit tak de baby beli keropok)
"habis kalau tak ada macam mana nak beli h/p?"
Tetiba si abang sampuk.
"Berapa sen ibu nak beli h/p" sen?
"abang beratus... ibu punya 500."
"oh, yeke." tak lama kemudian yang kecik tu keluar dari bilik dan merengkek dia bawa beg Cik Siti.
"Adik nak buat apa dengan beg ibu?"
"Ibu... ukak nak uit. sini anyak." tet.... Cik Siti kelu jap.
Kita minta dia... dia paw Cik siti balik.
"ibu ambik a.... beyi a..." Cik siti buat tak layan dan terus ambik beg simpan dan ke dapur buatkan dia susu. sambil mata dah berair sebab tak layan dia.

at last bila mak usu dia datang erm... terus tak jadi nak mengamuk... mulalah bila mak usu dia ada nak tidur pun susah.

erm.... kalau dok layan dia memang kita yang kalah. hish! bijak bebenor budak sekarang ni.

senyum....

Teratak pena | Monday, April 25, 2011 | 5 Comments so far

senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri.


Senyum.... tak perlukan modal. cukup hanya dengan sedikit tenaga untuk menaikkan pipi. senyuman yang menawan yang si dara pasti terpikat. yang terun pasti tak tidur malam. tak salah kalau kita senyum. senyum ada masa mengeratkan lagi hubungan. dan yang penting senyum dari hati. senyuman dengan kejujuran orang akan tahu. senyum dengan eye contact adalah senyuman yang ikhlas.

saban hari kerja Cik Siti berhadapan dengan orang ramai sebaik-baiknya melemparkan senyuman manis. dan saat senyuman kita di balas satu kepuasan dan tanggapan kita terhadap seseorang itu mula melakar dalam minda kita. biasanya orang yang melemparkan senyuman adalah seorang yang berada dalam keadaan tenang dan gembira.

dan bila saat Cik Siti melemparkan senyuman dan senyuman itu tidak dibalas sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena. tak pasal-pasal kena marah free. "Apa senyum-senyum?" itu yang datang dalam keadaan marah.

tapi kalau memang kita dah senyum nak sambut pun payah nak bersuara pun tak nak Cik Siti tak boleh buat apa. nanti kalau senyum sorang-sorang nanti orang kata kita gila pulak. tapi.... tak salah kita sambut senyuman kerana senyuman tu kan satu sedekah... nak buat apa marah-marah ye tak?


kalau masam-masam muka tak bestlah... kena pulak satu tempat kerja... kalau berselisih tu senyumlah.... tak kena bayar pun... Nasib baik adik-adik tempat kerja tu dok senyum je... dan kadang kala tu dok gelak sampai tak ingat dunia...

Okey le.... gigi dah okey... tu yang buat en3 senyum.... kepada rakan-rakan yang doakan tu terima kasih bebanyak...

layan lagu ni ye....

Ceria...ceria...ceria...

Teratak pena | Sunday, April 24, 2011 | 4 Comments so far

Gambar dari google

Hi semua... tak banyak nak cerita... sebab tengah menanggung sakit gigi... huhuhu... otak mati nak fikirkan en3... kalau dah okey Cik Siti updated okey.. nasib baik putera-puteri yang sudi picitkan kepala...
nak ucapkan semoga ceria semua....

Rakan sekelas yang mencuit hati-Maktab Adabi Maharani

Teratak pena | Friday, April 22, 2011 | 6 Comments so far
Hai...hai... salam jumaat semua..

bila sampai opis seawal begini teringat lak nak buat en3 pasal rakan sekelas. bukannya tentang rakan sekelas masa Cik Siti darjah 6 tapi tentang telatah rakan sekelas Cik Siti masa tingkatan 6. Erm... namanya dah besar panjang tapi perangai kadang-kala tu cikgu boleh pening kepala. dan masa add di FB pun Cik Siti tak sangka mana yang suka bermain dalam kelas tu sekarang dah jadi sojar(askar le).

nak tahu? kelas Cik Siti cuma ada 5 orang pelajar lelaki sahaja. tak ramai. tapi 5 orang perangai macam 50 orang. sakit kepala juga kadang-kadang tu. kalau dia orang ada memang riuh kelas dibuatnya. dan kalau mereka-mereka tu tak ada? sunyi pulak kelas. yang bestnya kalau seorang sahaja yang datang. sudah pasti mereka tu mati kutu. "Apa kelas nak cerita pasal lipstik." itu kalau seorang saja yang datang sekolah. sehinggakan mereka jerit: "NAK BALIK!!!!!"


setiap seorang tu perangai lain-lain. Si S ni yang paling terserlah kenakalan dia. pergi sekolah memang satu bas dengan Cik Siti sebab dia satu kampung. Cik Siti pergi sekolah dengan bas awam pukul 6.30 pagi sebab kalau lambat nanti tak sempat nak masuk sekolah awal. Cik Siti duduk melaka tapi sekolah di muar. okey tak? nak belajar....

si S selalu saja buat bebudak dan Cikgu-cikgi kelas tersebut bagai pecah perut dengan lawak antarabangsanya. part time sebagai konduktor bas sering kali dia dimembuatkan rakan-rakan pening kepala. mana tidak dia pergi kantin bayar guna duit 5 sen. peristiwa yang paling tidak Cik Siti lupa bila dia membawa masuk basikal salah seorang rakan kelas Cik Siti. cantik je terletak di belakang kelas. Bila Cikgu masuk mulalah Cikgu menerit.


"Hai! apa yang awak buat tu? macam mana ada basikal kat belakang sana?" Jerit Cikgu Maimunah yang memang top 10 suara dia.
"Hujan Cikgu. kesian basikal Asiah basah."
"Dah! kamu bawa keluar basikal tu. ada yang basikal duduk kelas awak yang duduk luar."
"okey cikgu, okey cikgu."


rakan baik dia si N. dia kalau berdua sudah cukup buat kelas Cik Siti tunggang-langgang. yang lagi 3 orang tu cuma jadi tukang angguk je. pernah sekali semasa pergi rombongan ke KL Cikgu Othman pernah menjerit dengan mereka. mahu tidak dia masuk ke dalam bas dengan berkain pelikat. tak sempat nak salin baju bas dah datang katanya. apa lagi? gegak gempita dalam bas tu gelakkan mereka. yang paling besar gelaknya Cik Siti... Ha...ha...ha... (tidaklah acah je nanti hilang keayuan tu e....ceh)

memang tidak boleh disangkal kenangan waktu sekolah memang kita susah nak lupakan. kena pulak dengan rakan-rakan macam ni... sure kalau jumpa memang recall balik apa
mesti gempak punya...


ermmmmm.... Cik Siti! sudah ckup berangan tu.... dah! nanti sambung lagi

Note: kalau ada reunion ni bukan ke best

Cita-Cita semasa kecil

Teratak pena | Wednesday, April 20, 2011 | 4 Comments so far
Salam berjumpa lagi....

Sewaktu-waktu blog Cik Siti ni diwarkahkan niat Cik Siti nak mengimbau kenangan lalu sewaktu kecil dan juga kenangan-kenangan lalu yang mana tidak pernah dilupakan.

masa kecik-kecik dulu masa Cikgu bertanya kepada Cik Siti berikan 3 cita-cita kamu bila besar nanti. masa itulah dah macam lipas kudung dok fikir apa nak bila besar nanti. mulalah bermacam-macam cita-cita yang timbul. Nak jadi doktorlah, nak jadi polislah, nak jadi tenteralah.... sampai masa bila Cikgu tanya lain pulak yang keluar.

okey, masa kecik-kecik dulu cita-cita pertama yang Cik Siti beri adalah nak jadi wartawan. ha...ha...ha... bila ingat balik gelak besar. yang kedua Cik Siti nak jadi Cikgu. Sebenarnya memang kalau ada rezeki pun Cik Siti memang nak jadi Cikgu. melihat cikgu-cikgu yang mengajar anak murid satu tugas mulia. dengan Cikgu lahirlah dotor, peguam, ahli sains, ahli perniagaan, semuanya tanpa guru memang hidup ni pasti tak bererti. tapi apakan daya Cik Siti menduduki ujian UKELP 3 kali tanpa ruang untuk menjadi Cikgu. Bila dah kerja dengan TM dapat ujian lagi sekali Cik Siti dah tak boleh nak berpaling lagi. Adik-adik Cik Siti lebih memerlukan khidmat Cik Siti.

Walau bagaimana pun cita-cita ketiga Cik Siti ada jugalah kena tempias dengan kerja sekarang ni. Nak jadi kerani. tak challenging langsung kan cita-cita Cik Siti ni... walau bagaimana pun cita-cita Cik Siti tidaklah melanggar udang-undang atau pun nak jadi yang bukan-bukan. yang penting bila ada cita-cita kita akan tanamkan untuk mendapatkan walau pun perih.

Cita-cita tidak semestinya dengan kerja, malah dalam hidup pun kena ada cita-cita. nak anak sedozen ke, nak bahagia dalam hidup ke, semuanya melibatkan cita-cita. tetapi kalau hanya cita-cita tanpa usaha pun tak boleh juga kan?

walau bagaimana pun... kepada yang masih belum capai cita-cita tu jangan bersedih... tingkatkan usaha sudah pasti boleh.

Note: kalau tanya anak dia kata nak jadi Upin dan Ipin... hish!hish!hish! kuat betul penangan TV ni ye

Apa yang bestnya kerja kilang?

Teratak pena | Tuesday, April 19, 2011 | 6 Comments so far
Selepas SPM dan STPM Cik Siti kerja kilang. Cik Siti dah merasa 3 buah kilang dalam masa tempoh tu. Yang pertama tak lama sebab Cik Siti tengah tunggu SPM. satu kilang dengan bonda. bezanya bonda Cik Siti dia ada shift cuma Cik Siti yang kerja normal 8-5. Tak banyak sangat yang Cik Siti nak kupas sebab tak lama kerjakan? cuma 3 bulan je.

Bila dah dapat keputusan SPM yang tidak memberangsangkan dan tak dapat tempat dalam tingkatan 6 Cik Siti kerja di kilang lain. TANASHIN. Apa yang bestnya kilang ni adalah tak perlu nak risau apa sebab nasi diberi dengan percuma. Cuma beli lauk atau pun dibawa dari rumah memang jimat. Memang gaji yang diberi tidaklah banyak dan gaji pokok memang murah. kalau tidak kerana OT memang susah nak survive. kadang kala OT tu melebehi gaji kita sendiri. Masa tu kalau bulanan Cik Siti cuma dapat 400-500 sebulan. ermmm nasib baik tinggal dengan mak. kalau tidak memang makan maggi. dah pulak tu tak payah nak fikir pakai baju apa? sebab memang dah ada baju uniform dia. lepas tu tak payah nak fikir esok nak naik apa sebab memang dah ada transport yang sedang menunggu kita. dapat elaun pengangkutan lagi.

di TANASHIN juga mungkin jarang berlaku kepada kilang-kilang lain yang mana setiap bulan akan dipilih salah satu hari jumaat untuk mengadakan bacaan yaasin. bermula pada pukul 2.30 petang. semua production berhenti dan jemaah dari masjid berdekatan akan hadir. selepas bacaan yaasin setiap seorang akan dibekalkan nasi kunyit. Ini pengalaman yang memang Cik Siti tak boleh lupakan. memang susah nak cari syarikat yang berbuat sedemikian. kilang jepun lak tu.

kilang ketiga tempat Cik Siti pernah bekerja pulak lain pulak konsep dia. masa ni Cik Siti kerja setelah tamat STPM tahun 1998 mereka pulak beri air free kepada semua pekerja setiap kali waktu rehat. nak minum air sekembung mana pun tak kisah. seperti yang Cik Siti kata tangga gaji memang murah. yang buat mahal kalau ada elaun malam. kat sini Cik Siti kerja shift. pagi dan malam. bayangkan first time puasa bagai nak menitik air mata sebab berbuka dan bersahur di kilang. teringat kat mak pulak dan keseronokan berbuka bersama keluarga. hu..hu...hu...

lagi satu elaun yang selalu Cik Siti dapat adalah elaun kedatangan. sekiranya kita kita datang kerja penuh tanpa Emergency Leave atau MC buta-buta diberikan 85 ringgit. kalau ada el atau mc jangan harap nak merasa semua tu. burn begitu sahaja

Bila Cik Siti fikirkan ada baik juga kalau diadakan elaun kedatangan ni... mana yang rajin datang kerja tu dapat habuan. ini juga meningkatkan semangat untuk rajin pergi kerja dan dalam erti kata yang sama mana yang rajin mc tu sendiri mau ingat ye...

satu lagi yang selalu dipratikkan sepanjang Cik Siti bekerja adalah senaman sebelum kerja. mana bos-bos besar termasuk Encik Jepun sekalu bersama-sama buat senaman. yang penting lagu jepun ye. kanan... kiri.... lapan lagi.


bila siren berbunyi dok diam-diam buat kerja. Bila reject buat pekakkan telinga je bila kena marah dengan line leader. berbunyi lagi siren tu ramai-ramai pergi kantin isi perut. pastu sambung balik kerja. last sekali bila siren terkahir berbunyi... balik.... tak yah nak fikir apa lagi...

Kerja kilang badan memang penat tapi otak tak penat...

Note: rindu le pulak dengan kerja kilang

Memartabatkan Lagu Lama

Teratak pena | Sunday, April 17, 2011 | 8 Comments so far



Bila buka handphone sambil layan lagu tiba-tiba dengar lagu lama. Lagu yang mana kalau di pejabat mesti adik-adik ni usik Cik Siti... sudah... dah mula dah...


Memang betul apa? kalau Cik Siti tak mulakan siapa lagi nak naikkan martabat lagu kita kerana ianya akan tenggelam dek zaman. anak cucu kita sudah tentu dah tak tahu lagu-lagu asli dan juga lagu-lagu tradisi kita. dalam handphone Cik Siti ada juga Cik Siti selitkan lagu DONDANG SAYANG. lagu asli baba dan nyonya Melaka. Sebab apa? Mungkin sebab darah Melaka yang mengalir dalam badan Cik Siti atau memang Cik Siti minat dengan pantun macam saudara TEHR kita.(Jangan mare ye EN TEHR)


Setiap negeri punyai pesonaliti yang berbeza... dan setiap lagu kebanyakkannya menjurus kepada loghat sesebuah negeri itu. Macam Cik Siti dari Melaka terkenal dengan Dondang Sayang, Johor dengan Zapin dan lagu melayu delinya. Kelantan dengan Dikir Baratnya Pulau Pinang terkenal dengan Borianya...

Kalau tidak diketengahkan lagu-lagu seumpama ini mungkin dalam sepuluh tahun lagi anak-anak sudah tidak kenal dengan lagu-lagu tradisi mereka. Tak salah kalau kita pertahankan untuk mereka.

Muzik yang variasi dan juga gaya bahasa membuatkan lagu-lagu ini tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan. gaya bahasa yang indah lagi tersusun kaya dengan bahasa halus dan pertuturan yang sempurna. dan kebanyakkannya disampaikan dalam bentuk pantun. Selain itu juga kebanyakkan lagu penuh dengan inti pengajaran dan nasihat. kan?kan?kan?


Tak tahu kenapa Cik Siti ni nak juga selit lagu-lagu dalam blog comel ni... bukan apa saja sambil mendengar lagu tu boleh le sudi-sudikan membaca. tak membaca blog Cik Siti ni sambil blogwalking pun boleh juge...

okey... jom le layan lagu-lagu lama ni... best sangat dengarnya.... antara lagu-lagu yang terkenal









Note: layan lagu semua kat tu... tenang jiwa dan fikiran
*Kredit dari google

Apa Yang ada pada buku teks

Teratak pena | Friday, April 15, 2011 | 5 Comments so far
salam semua...

kembali kepada kenangan lalu... rasa-rasanya boleh dikatakan semuanya menjalani kehidupan di alam persekolahan. dan yang paling meriah saat kaki ni melangkah ke sekolah menengah. masa ni buku teks kadang kala dah tak tahu subjek apa kerana penuh dengan poster, lirik lagu dan juga hasil tangan yang tiada royalti. cuma menunjukkan bakat sahaja.

bila ingat-ingat lagi ada masa macam best.... dan ada kala tu kelakar juga ada. selalu tanya kawan-kawan minat dengan siapa, kumpulan penyanyi yang mana? pelakon mana? semuanya cerita kadang-kala sampai tak ingat dunia. tapi bila cerita pasal pelajaran semuanya buat muka.


okey le.... layan jelah apa yang ada pada buku teks Cik Siti dulu-dulu.... ha...ha..ha...

Buku teks Cik Siti penuh dengan:

1)Pelakon pujaan Cik Siti masa hingusan:
Leonardo DiCaprio-Suka sangat tengok dia berlakon dalam cerita growing pains... comel sangat. satu lagi yang Cik Siti minat dengan dia sebab hari jadi dia sama bulan dengan Cik Siti he...he...he...


Tengoklah dia masa remaja.... kiutkan?????

seorang lagu pelakon tanahair: Faizal Hussein



2)Lirik lagu yang Cik Siti simpan:
Yang pasti lagu Antara Gadis... memukau sangat
Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku ...

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku ...

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajahmu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan




C.I.N.T.A. K.I.T.A. (XPDC)

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia

Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya




Nuri-Ella
Tu... Tu...
Tu... Tu...
Tu... Tu...
Tu... Tu...

Nuri sungguh aku terharu
Bila kau masih dendangkan lagu
Asyikmu yang menghiburkan
Jiwa diwaktu dirimu terjerat...

Apakah kau tak merindu
Pada awan dan bayu
Pada gurun dan rimba... di sana...

Balik jejak sutera
Sekabut syurga sekecil terati

Nuri sungguh aku terharu
Bila kau masih dayukan laguku

Apakah kau kan merindu
Pada awan dan bayu
Pada gurun dan rimba... sahaja...

Demi aku berjanji
Akan membebaskan
Dirimu yang malang
Andai kau pun berjanji
Membawa ku bersama...

Biarpun kabus bergelora dan
Bumi bergegar
Kau tak akan kecewakan diriku
Demi janji kita

( solo )

Demi aku berjanji
Akan membebaskan
Dirimu yang malang
Andai kau pun berjanji
Membawa ku bersama...

Biarpun kabus bergelora dan
Bumi bergegar
Kau tak akan kecewakan diriku

Biarpun ribut bergelora dan
Langit bergegar
Ku tak akan kecewakan dirimu

Demi janji kita...
Akan membebaskan dirimu yang malang
Andai kau pun berjanji
Membawa ku bersama...

Biarpun kabus bergelora dan
Bumi bergegar
Kau tak akan kecewakan diriku
Biarpun ribut bergelora dan
Langit bergegar
Ku tak akan kecewakan dirimu...

Demi janji kita...

Tu... Tu...
Tu... Tu...
Tu... Tu...
Tu... Tu...



3)Group Yang Cik Siti minat:
LInear-popular dengan lagu Sending All My love


satu lagi group:
New Kids On The Block



4)Nukilan Sendiri:
Macam-macam ada.... pantun, sajak, puisi pun ada.... semuanya Cik Siti sumbangkan kat majalah sekolah...

Ada banyak lagi sebenarnya. tapi yang atas tu memang Cik Siti minat sangat...

Korang macam mana pulak?

Note: Gambar semua dia atas Cik Siti senduk dari google...

Pengalaman VS Kelayakan

Teratak pena | Friday, April 15, 2011 | 2 Comments so far
Setiap organisasi syarikat mempunyai pelbagai pegangan. ada yang memerlukan pengalaman dalam setiap walk in interview dan ada yang tidak memerlukannya dan hanya cukup mempunyai kelayakan pendidikan. Pengalaman ada kala mengajar kita luar dari jurusan kita. Cik Siti budak sastera cukup dengan STPM. sekarang Cik Siti bermain dengan figure. hari-hari sehinggakan pelanggan kata Cik Siti tekan nombor macam bermain piano. Adakala apa yang kita pelajari secara teori kadang kala tidak sama dengan praktikalnya. kalau adanya pun mungkin tidak sampai ke 100%. memang ianya khusus kepada jurusan yang diambil dan layak untuk mendapat rezeki yang setimpal setelah kita bekerja.

Cik Siti mula bekerja dengan hanya gaji RM 680.00 sahaja dan kini setelah 11 tahun berkhidmat cukup untuk sara anak. nak mewah memang jauh sekali.


Mungkin sebab rezeki atau pun mungkin dengan permintaan pekerjaan percaya atau tidak adik-adik Cik Siti yang baru melangkah masuk ke alam pekerjaan mendapat habuan yang lebih dari pendapatan Cik Siti sendiri. Kerana ianya kelayakan yang mereka ada. dan basic mereka sekarang ini adalah RM 1800.00. dan gaji Cik Siti adalah lebih rendah dari itu.

Mungkin memang itu sudah rezeki mereka dan mungkin mereka layak kerana taraf pendidikan mereka. Mungkin pengalaman yang ada tidak cukup untuk memancu kepada kejayaan syarikat. Mungkin mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi boleh merealisasi keuntungan syarikat. Namun jauh di sudut hati ada cebisan rasa sedih. Tahniah Cik Siti ucapkan kepada mereka dan bekerjalah bersungguh-sungguh dengan tangga gaji yang ada. Cik Siti? walau apa pun yang terjadi Cik Siti terus berdiri mencari sesuap nasi dengan hati dan kejujuran yang ada. Yang pasti Cik Siti tahu masih ada rezeki...

Note: tengah tunggu habuan peraduan ikrar yang masih belum dapat lagi...

Sebab Pulut Santan Binasa

Teratak pena | Thursday, April 14, 2011 | 4 Comments so far

Salam berjumpa lagi...

Kita selalu dengar Sebab Pulut Santan Binasa Sebab Mulut Badan Binasa...
Kita juga selalu dengar kata-kata itu satu doa...
bila berkata-kata kena berhati-hati...


Ini cerita yang Cik Siti nak kongsi bersama...

Cerita ni berlaku lebih kurang 13 tahun yang lalu... lamakan? masa tu Cik Siti kerja kilang je... saja cari duit lepas STPM. Masa tu Cik Siti di bahagian Quality Control dan menjada barang-barang dari kilang lain.

Pada satu hari tu Cik Siti dah pun rejectkan barang dari salah sebuah kilang lain. bukan reject orang tapi reject barang. jadi kami telefon supaya datang untuk di rescreen. jadi datanglah mereka berduyun-duyun. kilang ni kebanyakkannya lelaki dan dah tentu yang mereka hantar pun hero juga.

Belum sempat Cik Siti nak ambil sample Cik Siti dilaung... "oi gemuk! gemuk!" Cik Siti pusing 360 darjah mana tahu dia panggil orang lain. Sah! dia panggil Cik Siti.
"Gemuk! mana reject t?" Cik Siti tak banyak cakap dan Cik Siti tak ambil pusing pun kata-kata dia Cik Siti ambil sample reject tu.


Dalam erti kata Cik Siti serahkan sample reject tu dia bersuara lagi. "Lain kali bagi reject tu banyak-banyak." Cik Siti diam je... tapi... Cik Siti rasa bukan seorang saja yang dengar nama Cik Siti dipanggil. tabik dengan Abang Fahmi yang merupakan Production Line tegur sipolan ni dengan nada perlahan tapi keras.
"Awak masuk kampung orang buat cara betul. jangan macam masuk kampung sendiri." Cik Siti redakan suasana. biarlah dia nak kata apa.

selang 3 hari barang yang mereka hantar reject lagi. mereka hantar skuad mereka. dan kali ini Cik Siti lihat sipolan yang memanggil Cik Siti ni Gemuk datang juga. tapi kali ni pelik sebab dia senyap dan pakai mask. Cik Siti dekat dengan member dia dah tanya. kenapa senyap je hari ni sebab setiap kali datang dialah yang paling bising sekali.


"Dia accident tiga hari lepas masa balik kerja. habis mulutnya terseret dek jalan tar." betul ke? "Betul... kalau tak caya tengok tangan kanan dia ada tanda luka." his! nasib baik tak ada apa-apa. Cik Siti memang tak sangka perkara tu boleh terjadi. Cik Siti tak pernah pun ambil hati dengan apa yang dia kata memang Cik Siti sedar yang Cik Siti ni gemuk. hu...hu...hu...

Pengajarannya jangan jadikan mulut sebagai landasan untuk berkata yang bukan-bukan kerana satu hari ianya menjadi buruk. lebih baik berkata dengan yang baik kerana satu hari kita akan mendapat ganjaranya...

Note: ingat....

Lagi Lagu Peningkat Motivasi

Teratak pena | Wednesday, April 13, 2011 | 6 Comments so far
Selamat malam bloggers semua....

nak kongsi lagi lagu motivasi... saja nak share... boring-boring boleh juga menyanyi... okey... jom layan lagu yang selalu Cik Siti nyanyi



Gemilang- Ella

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar




Lirik Seindah Biasa - Siti Nurhaliza
Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Ulang Korus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan





Memburu Impian

Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwa Ku
Memburu Impian

Ku Renang
Lautan Gelora
Biar Pon Tersadai
Di Hujung Dunia

Akan Ku Rempuhi
Segala Rintangan
Biar Pun Rebah
Ku Bangun Sendiri

Akan Ku Genggam
Biar Pun Hitam
Menjadi Milik Ku

Ku Mula Dengan
Langkah Ini
Menuju Sinaran
Yang Abadi


Bermandikan Cahaya

Teratak pena | Wednesday, April 13, 2011 | 4 Comments so far
Hari sabtu yang lepas, seperti yang Cik Siti ceritakan sebelum ni hajat nak ke I City yang terletak di Shah Alam akhirnya tertunai juga. first time jejak kaki kat sana memang memukau pandangan mata. lampu sana dan sini... tinggi rendah, semuanya ada. leka juga Cik Siti di sana.

Cuma masuk dengan sepuluh ringgit anda boleh meluangkan masa bukan sahaja menikmati lampu malah ada juga pameran binatang dan juga rumah salji yang mana anak-anak Cik Siti semuanya nak main salji. o.... no..... pameran binatang boleh juga Cik Siti belanja. Rumah salji? dewasa: RM 25.00 satu kepala... kanak-kanak: RM 20.00 kalau nak masuk mahu seratus lebih... tak larat. kalau ada duit terpijak okey juga.


okey.... layan je gambar yang Cik Siti ambik hari tu....













Okey... kepada sesiapa yang tersesat ke Shah Alam tu jom le datang ke I City. menikmati keindahan malam bermandikan cahaya bersama angin sepoi yang membisikan bayu.. Amboi...amboi... bukan main lagi... Anak-anak Cik Siti pun bebas ke sana. berlari dan mereka memang seronok. yang pasti balik tu yang si kecik buah hati Cik Siti berbunyi: "Ibu.... nak gi engko(tesco)" la.... tak puas lagi ke dia? "gi ayen(Giant) nak?" La.... Giant le pulak... no...no... balik rumah... dah lewat!

Note: nak ajak juga bonda dan bonda mertua ke sana... mesti diaorang suka

5 BLOG YANG PALING DILAWATI

Teratak pena | Sunday, April 10, 2011 | 6 Comments so far
Kali ni Cik Siti nak join projek yang telah ditag oleh Cik Suri tempoh hari. projek ni diilhamkan oleh sahabat Denai Hati. Dah ramai yang join projek ni. ianya bukan sahaja mengeratkan ukhwah malah boleh menambahkan sahabat. betul tak? betul! betul! betul! betul!

Jom terjah 5 Blog yang paling Cik Siti intai-intai:

1) TEH RAMUAN

Yang ini memang dah jadi tempat Cik Siti lepak selalu dan mesti Cik Siti kunjungi. Setiap en3 En TEHR ni semuanya dilahirkan melalui pantun. pelbagai isu dikupas dan saban minggu 2 segmen yang mesti ada dalam blog ni. iaitu Cuba Teka dan Pantun. Salah satu yang Cik Siti suka berkunjung blog En TEHR ni sebab Cik Siti memang suka berpantun. Dan Cik Siti juga nak ucapkan terima kasih sebab En TEHR pun selalu singgah blog Cik Siti yang tidak seberapa ni...

2) CIK SURI
Cik Suri ni rakan baru blogger Cik Siti Cik Siti kenal pun dari blog En TEHR. banyak isu semasa dan juga Tips yang boleh kita pelajari dalam blog ni. segala petua dan informasi telah dikongsi bersama. Cik Siti selalu singgah di blog Cik Suri intai segala tips dan petua yang diberi.... tak rugi kalau kita singgah di blog Cik Suri ni.... Apa pun Cik Siti suka kalau Cik Suri ni sudi singgah di blog Cik Siti... terima kasih tau!

3) CIK NAHDATUL IZZAH
Blog ni blog adinda Cik Siti yang kedua. Dia ni selalu Cik Siti lawat sebab dia rajin updated blog. sesiapa yang suka kucing tu boleh jengah blog ni sebab dia suka dengan kucing. macam-macam ragam kucing boleh tengok dalam blog ni. selain itu ada juga informasi dan juga cerita-cerita sanatai yang selalu dikongsi bersama.


4) CIK NURUL SHIEMAH
Blog ni kepunyaan sepupu Cik Siti. rajin updated blog dan sering bercerita tentang kehidupan kampusnya dan juga tentang keluarganya yang tercinta. malahan juga cik Nurul ni juga rajin memberi imformasi dan tips untuk renungan.

5) BANGKU KOSONG
Blog kepunyaan Hasrul Hasan ni penuh dengan informasi dan segmen. Ada sahaja segmen yang diilhamkan di dalam blog ni. turut memberi peluang kepada blogger lain mempromosikan blog di dalam entrinya. Cik Siti ada juga sertai segmen yang di blog En Hasrul antaranya adalah en3 yang terbaik. seorang blogger tegar dan sekali lagi memang tak rugi kalau singgah diblog En Hasrul ni...


Yang sebenarnya ada beberapa lagi rakan blog yang Cik Siti selalu singgah. apa sama-sama terjah blog mereka...

1) TK (Toyol Kiut)

2) Cik Anita

3) Cik Rosnita

4) NovelGurl

Okeylah.... Cik Siti nak ucapkan kepada Cik Suri yang sudi tag dan Denai Hati yang telah pun memberi ilham kepada projek ni...semoga kita dapat mengeratkan hubungan di dalam menjalinkan persahabatan....

Note: Jom kita main terjah-terjah....

SEMOGA CERIA DI HARI MINGGU

Teratak pena | Saturday, April 09, 2011 | 6 Comments so far
Salam blogger semua.... Salam ceria di hari sabtu.... semoga berbahagia dan selamat beristirehat.... masa inilah nak bersama-sama dengan keluarga... jangan ikut cam Cik Siti ni... hari ni kerja hua....hua...hua.... tak pe, balik kerja planning nak gi ke ICT Shah Alam. lagi pun anak teruna Cik Siti sekolah hari ni lagi pun. hai.... tak sabar rasanya nak menantikan 280411... Okey... senyum selalu... semoga ceria... semoga berbahagia... nanti Cik Siti updated lagi... nak usya tag dari Cik Suri kita tentang projek tu...

Pengalaman yang mendebarkan

Teratak pena | Tuesday, April 05, 2011 | 7 Comments so far

Sepanjang Cik Siti bekerja selama sebelas tahun, ada 3 kejadian yang tidak pernah Cik Siti lupakan. Pengalam yang sampai sekarang masih lagi terpahat dalam ingatan Cik Siti

1)Pelanggan Pengsan
Perkara ni dah berlaku dalam 4 tahun yang lepas rasanya. Masa tu memang pelanggan tengah ramai. biasalah awal bulan memang tempat Cik Siti macam pasaraya yang ada sales 70 persen. entah kenapa tiba-tiba Cik Siti dengan orang menjerit je. bila tengoj seorang pelanggan yang tiba-tiba tak sedarkan diri. apa lagi.... panik le kami. penyelia minta pelanggan lain tidak mengurumuni dia. yelah.... walau pun ada aircond tapi orang ramai memang tak rasa. tambahan lagi kalau orang ramai dah kerumuni dia. kami panggil ambulan. sepuluh minit belum sampai lagi. 3 orang rakan Cik Siti mengipas dia. kami telefon kali kedua. last sekali member pergi tunggu ambulan di luar. mana tahu ambulan tu tak jumpa alamat pulak. akhirnya pelanggan tu di bawa kehospital selayang untuk rawatan lanjut.

2)Pelanggan bawa binatang
kalau baca tajuk atas tu mesti korang telan air liur sekejap kan? perkara ni terjadi pada Cik Siti sendiri. seperti biasa.... Cik Siti panggil nombor. bila Cik Siti tengok pelanggan ni satu perkataan yang meluncur di bibir Cik Siti Allah! dia duduk sambil memegang binatang(Anjing) tu. Cik Siti kebelakang. pelanggan itu bukannya nak memahami situasi kita, malah dia marah pulak. pelanggan yang lain pun rasa tak senang. apa yang Cik Siti kesalkan dia mengaku yang dirinya muslim (walaupun dia bukan bangsa melayu). Cik Siti tak faham. mengapa mereka yang bukan beragama islam tetapi menghormati keperluan kita mengapa tidak dia yang mengaku dirinya muslim? dia kata itu binatang perliharaannya. Dia mengatakan yang Cik Siti tidak berhak untuk menghalaunya. memang masa tu Cik Siti speechless. tak kata apa kerana Cik Siti tengah marah masa tu. rasa macam nak menjawab "Kalau semua orang macam dia sudah tentu di mana sahaja penuh dengan binatang! nasib baik Cik Siti ada staff cina dalam pejabat tu. dia yang tolong buat transaksi pelanggan tu. kalau tidak dah sah Cik Siti kena guna glove. dia mendakwa binatang peliharaannya kering dan bersih. tetapi.... bagaimana dengan air liurnya? apa yang Cik siti lihat diluar ketika itu hujan yang turun. Berubah wajah Cik Siti masa tu.

3)Pelanggan dibawa pergi polis
kejadian ni terjadi 2 tahun yang lepas. masa tu pelanggan ni berjumpa dengan penyelia Cik Siti di dalam bilik rundingan. kemudian Cik Siti dengar bunyi bising yang amat sangat. kebetulan bilik tu berhampiran dengan kaunter Cik Siti. jadi Cik siti boleh dengar agak jelas juga. kemudian penyelia Cik Siti dah laung "Panggil polis! Panggil polis!" kami tak lengah lagi panggil polis berhampiran. rupa-rupanya dia nak memukul penyelia Cik Siti. tidak padan dengan perempuan yang sudah lanjut usia. bila polis sampai, polis pulak yang jadi mangsa pukulnya. yang jelas dia menendang polis wanita yang membawanya. gempak jugale masa tu....


hish! Hish! hish! bila kenangkan banyak pengalaman pahit dan manis sewaktu kita menjalankan tugas sebagai khidmat pelanggan ni.... kami hanya mampu bersabar dan setiap kritikan dan makian kami terima walau pun perit.

Note: apa kata kalau Cik Siti tukar kerja.... nak ubah angin le.... okey tak?

Memupuk Semangat Membaca

Teratak pena | Tuesday, April 05, 2011 | 4 Comments so far
Membaca Jambatan Ilmu
Dengan membaca bertambah ilmu

Saban hari Cik Siti berjumpa dengan orang ramai. menantikan giliran nombor dipanggil mata Cik Siti kadang-kala nakal melihat gelagat orang. Apa yang Cik Siti perhatikan lebih kurang 60 dalam satu masa yang Cik Siti lihat cuma seorang atau dua sahaja yang leka membaca. tidak kiralah membaca majalah, suratkhabar atau buku.

Rata- rata yang Cik Siti lihat mereka lebih menongkat dagu atau pun memerhatikan gelagat orang lain daripada masa mereka diisi dengan membaca. kerana itulah kadang-kala mereka yang menantikan sepuluh minit bagaikan setengah jam. kerana mereka menghitung masa.

Di dalam beg Cik Siti memang Cik Siti letakkan buku. kalau tunggu bas Cik Siti dok baca dan ada masa Cik Siti layan juga game di handphone yang mana boleh menajamkan minda seperti AMA Speed Spelling, AMA IQ booster dan yang paling Cik Siti suka main Book Worm. kalau Cik Siti pergi bank bersama dengan Cik Abang Cik Siti akan beli majalah atau suratkhabar. tidak kira berapa lama Cik Siti tunggu Cik Siti membaca. kadang-kala sempat baca headline dia saja.

Kadang-kala membaca membuatkan kita tidak sedar masa berjalan. saat menantikan nombor giliran kita sampai ada baiknya kalau kita membaca. kalau tengah bulan tahan le juga nak menunggu. kalau hujung bulan atau awal bulan semasa orang dapat gaji sendiri mahu ingat. waiting pun ada masa mencecah 40-50 orang. Masa itulah masing-masing merunggut kerana orang ramai. bukan salah Cik Siti.... dan bukan kuasa Cik Siti nak halau semuanya. Sebab itulah pada pendapat Cik Siti tabiat membaca tu harus dipupuk. tidak kira kita di mana.... bila masa sahaja membaca itu adalah amalan mulia. bukannya dengan membaca kita kena denda pun. Cukup dengan RM 1.00 beli kosmo dan sementara menanti tu boleh kita membaca. Kita dapat manfaat daripadanya. betul tak?

Note: Cik Siti kalau dalam bas memang tak boleh nak membaca.... pening lalat dibuatnya...

Senyum Meleret Hari Ni....

Teratak pena | Monday, April 04, 2011 | 5 Comments so far
Pagi-pagi Cik Siti ditegur oleh Boss....

"Nampak kurus. apa rahsia? dari belakang badan dah kecik." Wah.... ye ke? tak ada udang disebalik batu ke ni boss?
"Yelah.... dia tak caye."

"Betul le boss..." member Cik Siti tegur dari belakang.

Cik Siti belek badan Cik Siti... ye ke????

Biasalah... kita rasa macam biasa. segala perubahan rakan-rakan dan keluarga yang perasan. Namun bukan seorang dua yang kata macam tu...

saudara sebelah Cik Abang pun kata yang sama. lebih kurus dari anak dara. Wah! Cik Siti bangga. ramai tanya apa rahsia? Tak ada rahsia apa-apa. Cik Siti tak makan ubat diet, Cik Siti tak tahan makan, mungkin segala yang Cik Siti telan keluar balik dengan tenaga yang ada. balik pukul 9.00 malam... layan anak... lepas tu layan on9 dan pukul 12 baru tidur dan bangun pun awal... kalau sabtu dan ahad layan anak pulak. kemas ruang tamu.... bilik bersepah. kemas bilik... ruang tamu pulak yang bersepah... gitu sajalah cik Siti kalau tak kerja...
Note: bestnya kalau orang kata Cik siti dah kurus... mak dan mak mertua pun cakap perkara yang sama... kembang kempis idung ni....

Binatang Juga Sayangkan Anak...

Teratak pena | Friday, April 01, 2011 | 3 Comments so far
Hari ni Cik Siti malas nak cerita panjang... layan jelah gambar di bawah ni ye....












Kalau binatang sayangkan anak, apatah lagi kita manusia yang diberikan akal yang sempurna dan dan hati untuk memilih. Mengapakah masih ada yang menyisihkan zuriat sendiri sedangkan ianya adalah permata yang tiada nilainya...

Note: Comel betul tengok gambar kat atas tu...
*Semua gambar Cik Siti senduk dari google

Ianya orang yang sama

Teratak pena | Friday, April 01, 2011 | 2 Comments so far
Ada orang bertanya kepada Cik Siti... Bayu Kenangan dengan Tinta Pena orang yang sama ke? Pengakuan Ikhlas...Memang kedua-duanya adalah blog Cik Siti.
Blog BAYU KENANGAN menjurus kepada personal, pendapat dan buah fikiran Cik Siti. Blog BAYU KENANGAN bermula pada 21 MAY 2009. permulaan ada juga Cik Siti selitkan kisah kawan-kawan di tempat kerja. namun bila dah ada blog formal opis Cik Siti tumpukan kisah-kisah Cik Siti sendiri.

Blog TINTA PENA menjurus kepada novel, cerpen, puisi secara online. Kesemuanya adalah hasil nukilan Cik Siti sendiri. Bukan apa, Cik Siti tak nak campur adukkan kerana nanti susah pulak kalau rakan-rakan blogger nak cari novel dan cerpen Cik Siti.
okey, kepada yang berada di dalam teka-teki nak maklumkan bahawa BAYU KENANGAN dan TINTA PENA adalah orang yang sama.... okey.... BYE.....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page