Rakan sekelas yang mencuit hati-Maktab Adabi Maharani

Teratak pena | Friday, April 22, 2011 |
Hai...hai... salam jumaat semua..

bila sampai opis seawal begini teringat lak nak buat en3 pasal rakan sekelas. bukannya tentang rakan sekelas masa Cik Siti darjah 6 tapi tentang telatah rakan sekelas Cik Siti masa tingkatan 6. Erm... namanya dah besar panjang tapi perangai kadang-kala tu cikgu boleh pening kepala. dan masa add di FB pun Cik Siti tak sangka mana yang suka bermain dalam kelas tu sekarang dah jadi sojar(askar le).

nak tahu? kelas Cik Siti cuma ada 5 orang pelajar lelaki sahaja. tak ramai. tapi 5 orang perangai macam 50 orang. sakit kepala juga kadang-kadang tu. kalau dia orang ada memang riuh kelas dibuatnya. dan kalau mereka-mereka tu tak ada? sunyi pulak kelas. yang bestnya kalau seorang sahaja yang datang. sudah pasti mereka tu mati kutu. "Apa kelas nak cerita pasal lipstik." itu kalau seorang saja yang datang sekolah. sehinggakan mereka jerit: "NAK BALIK!!!!!"


setiap seorang tu perangai lain-lain. Si S ni yang paling terserlah kenakalan dia. pergi sekolah memang satu bas dengan Cik Siti sebab dia satu kampung. Cik Siti pergi sekolah dengan bas awam pukul 6.30 pagi sebab kalau lambat nanti tak sempat nak masuk sekolah awal. Cik Siti duduk melaka tapi sekolah di muar. okey tak? nak belajar....

si S selalu saja buat bebudak dan Cikgu-cikgi kelas tersebut bagai pecah perut dengan lawak antarabangsanya. part time sebagai konduktor bas sering kali dia dimembuatkan rakan-rakan pening kepala. mana tidak dia pergi kantin bayar guna duit 5 sen. peristiwa yang paling tidak Cik Siti lupa bila dia membawa masuk basikal salah seorang rakan kelas Cik Siti. cantik je terletak di belakang kelas. Bila Cikgu masuk mulalah Cikgu menerit.


"Hai! apa yang awak buat tu? macam mana ada basikal kat belakang sana?" Jerit Cikgu Maimunah yang memang top 10 suara dia.
"Hujan Cikgu. kesian basikal Asiah basah."
"Dah! kamu bawa keluar basikal tu. ada yang basikal duduk kelas awak yang duduk luar."
"okey cikgu, okey cikgu."


rakan baik dia si N. dia kalau berdua sudah cukup buat kelas Cik Siti tunggang-langgang. yang lagi 3 orang tu cuma jadi tukang angguk je. pernah sekali semasa pergi rombongan ke KL Cikgu Othman pernah menjerit dengan mereka. mahu tidak dia masuk ke dalam bas dengan berkain pelikat. tak sempat nak salin baju bas dah datang katanya. apa lagi? gegak gempita dalam bas tu gelakkan mereka. yang paling besar gelaknya Cik Siti... Ha...ha...ha... (tidaklah acah je nanti hilang keayuan tu e....ceh)

memang tidak boleh disangkal kenangan waktu sekolah memang kita susah nak lupakan. kena pulak dengan rakan-rakan macam ni... sure kalau jumpa memang recall balik apa
mesti gempak punya...


ermmmmm.... Cik Siti! sudah ckup berangan tu.... dah! nanti sambung lagi

Note: kalau ada reunion ni bukan ke best

6 comments:

  1. haha
    pakai pelikat naik bas
    memang lucu

    tapi saya tahu mereka ni memang baik, kan?

    ReplyDelete
  2. memang mereka sabahat yang baik sehingga kini... kalau ada lost contact mereka cari inform dengan cik siti... yang best seorang lagi tu dah jadi ustaz

    ReplyDelete
  3. kalin pelikat lalalaa.. alahai memori yg mencuit jiwa...

    ReplyDelete
  4. emm..
    itu la kenangn..
    pe lg d zaman skola, hmpir smuanya
    mnyeronokkan..

    ReplyDelete
  5. Betul tu cik Siti...kenangan masa sekolah ialah kenangan yg terbaik dan sukar dilupakan.
    FB mmg tempat menghimpunkan rakan2 sekolah,mmg kita x akan sangka rakan2 yg dulu kita kenal akan kerja tu lah,kerja nih lah...

    #MMg x bley bayangkan "kekecohan" kalau pergi ke sekolah pakai kain pelikat...hehehehe

    Apple saman Samsung,Samsung saman Apple

    ReplyDelete
  6. maza zaman waktu pakai baju sekolah, rasanya macam hari-hari merungut nak cepat-cepat keluar dari sekolah. Tak sabar nak kerja or sambung belajar kat tempat lain sebab tak nak terbeban denga baju sekolah.

    Tapi...

    sekarang ni barulah sedar dan merindui sekolah! rindu ragam kawan-kawan sekolah.. Aduhai rindunya.. :(

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page