Bermandikan Cahaya

Siti Norshimah Md Yasan | Wednesday, April 13, 2011 |
Hari sabtu yang lepas, seperti yang Cik Siti ceritakan sebelum ni hajat nak ke I City yang terletak di Shah Alam akhirnya tertunai juga. first time jejak kaki kat sana memang memukau pandangan mata. lampu sana dan sini... tinggi rendah, semuanya ada. leka juga Cik Siti di sana.

Cuma masuk dengan sepuluh ringgit anda boleh meluangkan masa bukan sahaja menikmati lampu malah ada juga pameran binatang dan juga rumah salji yang mana anak-anak Cik Siti semuanya nak main salji. o.... no..... pameran binatang boleh juga Cik Siti belanja. Rumah salji? dewasa: RM 25.00 satu kepala... kanak-kanak: RM 20.00 kalau nak masuk mahu seratus lebih... tak larat. kalau ada duit terpijak okey juga.


okey.... layan je gambar yang Cik Siti ambik hari tu....













Okey... kepada sesiapa yang tersesat ke Shah Alam tu jom le datang ke I City. menikmati keindahan malam bermandikan cahaya bersama angin sepoi yang membisikan bayu.. Amboi...amboi... bukan main lagi... Anak-anak Cik Siti pun bebas ke sana. berlari dan mereka memang seronok. yang pasti balik tu yang si kecik buah hati Cik Siti berbunyi: "Ibu.... nak gi engko(tesco)" la.... tak puas lagi ke dia? "gi ayen(Giant) nak?" La.... Giant le pulak... no...no... balik rumah... dah lewat!

Note: nak ajak juga bonda dan bonda mertua ke sana... mesti diaorang suka

4 comments:

  1. salam.. :)

    Dah lama dah Anita tak singgah i-city ni. Dulu pegi pening sampai nak muntah2 sebab pening tengok cahaya lampu banyak sangat. Lepas tu dah serik dah..hehehe..

    ReplyDelete
  2. belum pernah alami cahaya bergemerlapan macam ni

    budak2 memang suka ni

    ReplyDelete
  3. i city kat shah alam..cam best mahal jual klo org dwasa masuk kuuu...

    saya dok jauh..tgu ada masa rzki lbh mau kesana heee

    ReplyDelete
  4. Cik anita: ye ke.... sian....
    tehr: memang betul.... anak Cik Siti siap nak tidur sana. dia ingat ada hotel agaknya kat sana
    Suri: Sepuluh inggit sekali masuk utk parking sahaja

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page