Pengalaman yang mendebarkan

Teratak pena | Tuesday, April 05, 2011 |

Sepanjang Cik Siti bekerja selama sebelas tahun, ada 3 kejadian yang tidak pernah Cik Siti lupakan. Pengalam yang sampai sekarang masih lagi terpahat dalam ingatan Cik Siti

1)Pelanggan Pengsan
Perkara ni dah berlaku dalam 4 tahun yang lepas rasanya. Masa tu memang pelanggan tengah ramai. biasalah awal bulan memang tempat Cik Siti macam pasaraya yang ada sales 70 persen. entah kenapa tiba-tiba Cik Siti dengan orang menjerit je. bila tengoj seorang pelanggan yang tiba-tiba tak sedarkan diri. apa lagi.... panik le kami. penyelia minta pelanggan lain tidak mengurumuni dia. yelah.... walau pun ada aircond tapi orang ramai memang tak rasa. tambahan lagi kalau orang ramai dah kerumuni dia. kami panggil ambulan. sepuluh minit belum sampai lagi. 3 orang rakan Cik Siti mengipas dia. kami telefon kali kedua. last sekali member pergi tunggu ambulan di luar. mana tahu ambulan tu tak jumpa alamat pulak. akhirnya pelanggan tu di bawa kehospital selayang untuk rawatan lanjut.

2)Pelanggan bawa binatang
kalau baca tajuk atas tu mesti korang telan air liur sekejap kan? perkara ni terjadi pada Cik Siti sendiri. seperti biasa.... Cik Siti panggil nombor. bila Cik Siti tengok pelanggan ni satu perkataan yang meluncur di bibir Cik Siti Allah! dia duduk sambil memegang binatang(Anjing) tu. Cik Siti kebelakang. pelanggan itu bukannya nak memahami situasi kita, malah dia marah pulak. pelanggan yang lain pun rasa tak senang. apa yang Cik Siti kesalkan dia mengaku yang dirinya muslim (walaupun dia bukan bangsa melayu). Cik Siti tak faham. mengapa mereka yang bukan beragama islam tetapi menghormati keperluan kita mengapa tidak dia yang mengaku dirinya muslim? dia kata itu binatang perliharaannya. Dia mengatakan yang Cik Siti tidak berhak untuk menghalaunya. memang masa tu Cik Siti speechless. tak kata apa kerana Cik Siti tengah marah masa tu. rasa macam nak menjawab "Kalau semua orang macam dia sudah tentu di mana sahaja penuh dengan binatang! nasib baik Cik Siti ada staff cina dalam pejabat tu. dia yang tolong buat transaksi pelanggan tu. kalau tidak dah sah Cik Siti kena guna glove. dia mendakwa binatang peliharaannya kering dan bersih. tetapi.... bagaimana dengan air liurnya? apa yang Cik siti lihat diluar ketika itu hujan yang turun. Berubah wajah Cik Siti masa tu.

3)Pelanggan dibawa pergi polis
kejadian ni terjadi 2 tahun yang lepas. masa tu pelanggan ni berjumpa dengan penyelia Cik Siti di dalam bilik rundingan. kemudian Cik Siti dengar bunyi bising yang amat sangat. kebetulan bilik tu berhampiran dengan kaunter Cik Siti. jadi Cik siti boleh dengar agak jelas juga. kemudian penyelia Cik Siti dah laung "Panggil polis! Panggil polis!" kami tak lengah lagi panggil polis berhampiran. rupa-rupanya dia nak memukul penyelia Cik Siti. tidak padan dengan perempuan yang sudah lanjut usia. bila polis sampai, polis pulak yang jadi mangsa pukulnya. yang jelas dia menendang polis wanita yang membawanya. gempak jugale masa tu....


hish! Hish! hish! bila kenangkan banyak pengalaman pahit dan manis sewaktu kita menjalankan tugas sebagai khidmat pelanggan ni.... kami hanya mampu bersabar dan setiap kritikan dan makian kami terima walau pun perit.

Note: apa kata kalau Cik Siti tukar kerja.... nak ubah angin le.... okey tak?

7 comments:

  1. cik cik keje gomen ker hee..klu lke gomen jgn bhti sb skrg ramai org nak keje gomen punyalah susuh...

    klu swata lain cter tapi syg cik ct klu bhnti keje..sb dah alam cik ct keje kt stu hee..gaji dh tentu byk kan..kan..

    ReplyDelete
  2. bawalah bsabar cik ct..bkje di bhgn kaunter mmg memerlukan kekuatan..klu tak kita keje pun tak seng..wet gaji yg kita dpt pun tak berkat ...

    rasanya cik ct dh lama keje mungkin cik ct dh bijak kawl emosi kan..kan..

    kekadang mmg buat kita geram ..hilang kawalan..tapi nk wat cam ner dah itu namanyer keje..klu tak keje mana pula dtgnay wat tiap2 bulan huu

    ReplyDelete
  3. kalau gomen mungkin Cik Siti fikir 2 kali... ini kerja swasta... hu...hu...hu... gaji? duit kat anak je dah 3/4

    ReplyDelete
  4. berurusan dengan orang ramai memang sangat mencabar
    tiap hari jumpa orang berlainan dengan gelagat yang berlainan

    memang perlu banyak bersabar

    ReplyDelete
  5. huuu samalah dgn saya .sy bkje utk anak..utk wet pgasuh..susu dll sy yang tanggung huu..

    mujur en suami bab2 ttg umh smua dia yg handle adeiii..

    pstt!!skrg nk keje gomen mmg sush..jenig sy isi spa..kata org ada kabel blh jer joint gomen..rasa cam tak adil plk huu..

    ReplyDelete
  6. bertemu pelanggan kekdg blh buat kita migren heeee

    ReplyDelete
  7. hish...memacam berlaku kat tmpoint ye...menakutkan ajer....tak boleh dilupakan , k.nor kena baling ngan tmrp masa kat tmpoint melaka dulu dan lagik satu , pelanggan dah angau dgn siti nurhaliza...mintak no telephone siti ngan operator...hahahhha

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page