Mungkin memang itu sudah rezeki mereka dan mungkin mereka layak kerana taraf pendidikan mereka. Mungkin pengalaman yang ada tidak cukup untuk memancu kepada kejayaan syarikat. Mungkin mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi boleh merealisasi keuntungan syarikat. Namun jauh di sudut hati ada cebisan rasa sedih. Tahniah Cik Siti ucapkan kepada mereka dan bekerjalah bersungguh-sungguh dengan tangga gaji yang ada. Cik Siti? walau apa pun yang terjadi Cik Siti terus berdiri mencari sesuap nasi dengan hati dan kejujuran yang ada. Yang pasti Cik Siti tahu masih ada rezeki...Cik Siti mula bekerja dengan hanya gaji RM 680.00 sahaja dan kini setelah 11 tahun berkhidmat cukup untuk sara anak. nak mewah memang jauh sekali.
Mungkin sebab rezeki atau pun mungkin dengan permintaan pekerjaan percaya atau tidak adik-adik Cik Siti yang baru melangkah masuk ke alam pekerjaan mendapat habuan yang lebih dari pendapatan Cik Siti sendiri. Kerana ianya kelayakan yang mereka ada. dan basic mereka sekarang ini adalah RM 1800.00. dan gaji Cik Siti adalah lebih rendah dari itu.
Note: tengah tunggu habuan peraduan ikrar yang masih belum dapat lagi...
bersyukur dengan rezeki kita
ReplyDeleteitulah sebaiknya
ada kawan2 yang sambung belajar untuk mendapat gaji yang lebih baik
tahniah buat mereka
tehr: memang betul... bersyukur dengan apa yang ada
ReplyDelete