Sebab Pulut Santan Binasa

Teratak pena | Thursday, April 14, 2011 |

Salam berjumpa lagi...

Kita selalu dengar Sebab Pulut Santan Binasa Sebab Mulut Badan Binasa...
Kita juga selalu dengar kata-kata itu satu doa...
bila berkata-kata kena berhati-hati...


Ini cerita yang Cik Siti nak kongsi bersama...

Cerita ni berlaku lebih kurang 13 tahun yang lalu... lamakan? masa tu Cik Siti kerja kilang je... saja cari duit lepas STPM. Masa tu Cik Siti di bahagian Quality Control dan menjada barang-barang dari kilang lain.

Pada satu hari tu Cik Siti dah pun rejectkan barang dari salah sebuah kilang lain. bukan reject orang tapi reject barang. jadi kami telefon supaya datang untuk di rescreen. jadi datanglah mereka berduyun-duyun. kilang ni kebanyakkannya lelaki dan dah tentu yang mereka hantar pun hero juga.

Belum sempat Cik Siti nak ambil sample Cik Siti dilaung... "oi gemuk! gemuk!" Cik Siti pusing 360 darjah mana tahu dia panggil orang lain. Sah! dia panggil Cik Siti.
"Gemuk! mana reject t?" Cik Siti tak banyak cakap dan Cik Siti tak ambil pusing pun kata-kata dia Cik Siti ambil sample reject tu.


Dalam erti kata Cik Siti serahkan sample reject tu dia bersuara lagi. "Lain kali bagi reject tu banyak-banyak." Cik Siti diam je... tapi... Cik Siti rasa bukan seorang saja yang dengar nama Cik Siti dipanggil. tabik dengan Abang Fahmi yang merupakan Production Line tegur sipolan ni dengan nada perlahan tapi keras.
"Awak masuk kampung orang buat cara betul. jangan macam masuk kampung sendiri." Cik Siti redakan suasana. biarlah dia nak kata apa.

selang 3 hari barang yang mereka hantar reject lagi. mereka hantar skuad mereka. dan kali ini Cik Siti lihat sipolan yang memanggil Cik Siti ni Gemuk datang juga. tapi kali ni pelik sebab dia senyap dan pakai mask. Cik Siti dekat dengan member dia dah tanya. kenapa senyap je hari ni sebab setiap kali datang dialah yang paling bising sekali.


"Dia accident tiga hari lepas masa balik kerja. habis mulutnya terseret dek jalan tar." betul ke? "Betul... kalau tak caya tengok tangan kanan dia ada tanda luka." his! nasib baik tak ada apa-apa. Cik Siti memang tak sangka perkara tu boleh terjadi. Cik Siti tak pernah pun ambil hati dengan apa yang dia kata memang Cik Siti sedar yang Cik Siti ni gemuk. hu...hu...hu...

Pengajarannya jangan jadikan mulut sebagai landasan untuk berkata yang bukan-bukan kerana satu hari ianya menjadi buruk. lebih baik berkata dengan yang baik kerana satu hari kita akan mendapat ganjaranya...

Note: ingat....

4 comments:

  1. macam dahsyat plak dgr iter ni..
    mmg tak baik kita merendahkan org lain,sebenarnya kita lg byk kekurangan..teringat 15 tahun dlu masa keja 7-11 pas sek..:)

    ReplyDelete
  2. wah, si polan tu dapat bayaran tunai tu

    nauzubillah

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page