Penyertaan Dini's giveaway

Teratak pena | Wednesday, March 31, 2010 | 3 Comments so far
INI ADALAH STICKY MODE
Okey kali ni Cik Siti bertuah atau rajin(tak tahu yang mana satu) cik Siti cuba juga dengan penyertaan giveaway dari Dini.

key,

1) Cik Siti dan letakkan kat side bar dan buat link
2)rasenya nak juga buat beberapa madah..ceh wah, cam pandai....tak banyak ckit je.
3)Lambang yang penuh pengertian. hati?cinta? yang paling senang diucap adalah "love". Tak kenal maka tak cinta.... cinta itu tiada nilainya dan hargai setiap apa yang ada....
4)Sape nak join marile....

UNTUK EN3 SILA SCROLL KE BAWAH...TQ


Percutian ke Fraser Hill

Teratak pena | Sunday, March 28, 2010 | 3 Comments so far
okey le en3 kali ni cik Siti nak tunaikan janji sebelum ni. nak updated pasal kat fraser hill. bukan apa, saje je nak tengok blog cik Siti ni berjalan sikit. percutian ni Cik Siti pegi pd 20 dan 21 mac yang lepas. saja je nak bawak anak-anak jalan. dari KL nak ke sana bukanlah jauh sangat pun tapi dengan keadaan jalan yang begitu advanture membuatkan kepala Cik Siti dok pusing sampai la ni. tapi hawa sejuk jg sampai sekarang masih lagi terkenang-kenang. okeylah... malas nak bebel lagi, jom layan gambar di bawah ni. Tapi kalau nak selebihnya Cik Siti dah transfer kat FB cik Siti... Ni my hubby dengan si Syasya...
Ni laks cik Siti dengan anak cik Siti si Syasya dgn si abby

cuaca yang biasa kite lihat di Fraser Hill... kabus sepanjang mase...



Inilah kana-kanak ribena yang terlibat dalam percutian tu... semuanya anak cik siti dan anak buah serta sepupu sepapat



mase untuk turun... tepat 12 tengahari... selamat jalan Fraser Hill... kenangan tetap terpahat





Booosan

Teratak pena | Monday, March 22, 2010 | 1 Comments


Yang sebenarnya memang aku tak tahu nak updated apa. nak citekan pasal gi fraser hill masih belum transfer gambar lagi. sejak dua menjak ni aku memang tak ada mood. sebab itulah aku gi release tensen. kat Fraser hill memang tak banyak aktiviti. tapi memang betul kata-kata mereka kalau nak release tensen jom ke fraser hill. tapi yang sedapnya jalan nak ke sana macam ular kena palu.... dah sampai puncak rase malas nak turun. nanti ada masa kita updated ye... jangan mare

Buat Baik Sesama Insan

Teratak pena | Thursday, March 11, 2010 | 1 Comments

Okeylah.... nampaknya dah lama sangat tak berblogging ni. Nampak dah bersawang blog ni. en3 kali nak bercerita sikit tentang apa yang berlaku hari ni. Cik Siti dapat coklat dari customer. jangan salah faham ye.... apa yang cik Siti buat mungkin orang lain akan melakukan perkara yang sama.

Semalam sebelum Cik Siti nak balik, cik Siti lepakle kat salah satu Surfing Net Customer sehinggakan Cik Siti terpandangkan satu diari coklat yang memang asing buat Cik Siti. Cik Siti menghampiri diari tu dan selak juga mana tau kawan-kawan yang punya.

"Alamak, pelanggan tertinggal diarilah." Cik Siti bersuara. Cik Siti ambil dan belek lagi. nampaknya diari banyak benda-benda penting.

"tak apalah biar kite simpan dulu mana tau dia datang." Cik Siti pun simpan. Cik Siti tak hiraukan bebel-bebel bebudak ni yang suruh Cik Siti buat tak endahkan tentang diari tu.

Esoknya Cik Siti datang kerje cam biasa sampailah member cik Siti yang duduk Recep bagi contact number pelanggan yang telah hilang diari. cukuplah Cik Siti katakan pelanggan tu adalah pelanggan India. Jadi Cik Siti telefon dan minta dia datang terus ke kaunter Cik Siti.

waktu petang lebih kurang pukul 5 pelanggan tu datang sambil tersenyum dan terus ke kaunter Cik Siti. kebetulan cik Siti pun tak ada pelanggan. dia terus duduk dan bertanya. cik Siti pun pulangkan dan dia mengeluh.

"You know what? how important this diary to me?" walau pun dia speaking cik Siti faham juga.

"Diari ni kalau hilang susah saya. saya tak boleh hidup tanpa diari saya ni. semuanya ada dalam ni." Cik Siti angguk dan tersenyum. Cik Siti pun senang hari bila diari tu dah pun selamat pulang pada tuannya.

dan sebelum dia pulang, dia serahkan bungkusan plastik pada Cik Siti. Cik Siti tolak dan cik Siti buat pun sebab Cik Siti ikhlas.

"Tak pe. you terima saja. anggap saya balas budi baik you. you bagi pada anak-anak you. saya ikhlas." jadi Cik Siti pun ambillah. bak kata orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.

Selepas pelanggan tu balik cik Siti selaklah apa yang dia bagi. Cik Siti tengok coklat Tobleroce dan coklat Belgian. Bebudak ni tengok dan tersenyum. dan Cik Siti pun senyum sampai ke telinga. sebab apa? Cik Siti dah buat baik.....

Moralnya? Berbuat baiklah sesama insan kerana ianya akan dibalas dengan baik. kalau tidak hari ini mungkin diakhirat nanti.... amin





UmmiAbbiQis: Contest Seiras Wajah Musim Kedua

Teratak pena | Saturday, March 06, 2010 | Be the first to comment!
UmmiAbbiQis: Contest Seiras Wajah Musim Kedua

Ini link saya... boleh join ye...http://bayuk3nangan.blogspot.com/2010/03/contest-seiras-wajah-mayaqarmyla.html

contest seiras wajah-mayaqarmyla..

Teratak pena | Saturday, March 06, 2010 | 3 Comments so far

Mase cik Siti buat excersie blog walking, cik Siti pun jumpa satu contest seiras wajah... saje je nak cuba nasib... inilah gambar yang cik Siti pertandingkan..

Nama Ibu: Siti Norshimah Binti Md Yasan
Nama Panggilan: IBU
Nama Anak: Nabilah binti Mohd Aris
Nama Panggilan: ABBY
Umur: 2 Tahun

Okey, kalau tak cite sikit pasal contest ni memang tak lengkap en3 ni.
Nabila dilahirkan pada 19 januari 2008 dengan berat yang paling kecil diantara adik beradik yang lain. 2.49 dengan kaedah pembedahan membuatkan aku menemuinya 24 setelah dia dilahirkan. setelah diletakkan di sisi aku berpaling dan tersenyum... lantas teringatkan akan pepatah melayu... sudah memang acuannya... he..he...muka bulat, mate sepet kulit putih sama dan seiras.... aku tersenyum sendiri....

Okeylah... sesapa nak join contest ni bolehlah link kehttp://mayaqarmyla.blogspot.com/2010/01/contest-seiras-wajah-kembali.html

Peace.....


Fir dah 6 tahun....

Teratak pena | Friday, March 05, 2010 | 2 Comments so far
MOHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ARIS
KINI GENAP 6 TAHUN


SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 6
MOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI
DAN MOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH.....


Cite Antu lagi...

Teratak pena | Monday, March 01, 2010 | 2 Comments so far
Okeylah... dari blog Cik Siti ni bersawang tak berupdated, Cik Siti nak imbas cite pasal antu... nak letak gambar nanti takut terkejut lak....

okle... cite cik Siti nak kongsikan ni terjadi pada 11 tahun yang lalu. mase tu cik Siti keje kilang... nak jadikan cerita masa balik dari keje... jeng...jeng...jeng..(Sound efek biar gempak sikit)

Cik Siti pun berjalan perlahan... sambil menikmati perubahan alam yang kian gelap(Watu tu pas maghrib) nak berjalan dari jalan besar ke rumah adalah makan masa lebih kurang 10 minit.

Tengah dok syok jln Cik Siti terkejut. kepala putih? hati cik Siti dah GHAU!!!!! Ceh! kurang asam! sape lah yang letak topi kleder kat atas reban tu! Tak pe... cik Siti buat tak tahu.

Cik Siti pun jln dan jln dan jln sampailah cik Siti nak lalu rumah kosong dan kawasan 'baik punya'...

Cik Siti perasan.... ada 'benda' putih kat sebelah masa cik Siti lalu. panjang(baring) dan Cik Siti lalu betul-betul lalu sebelah dia. yang Cik Siti pelik Cik Siti tak takut tapi cik Siti boleh lak tanya sapa pulak yang letak ponjen(dalam bahasa melake guni)... yelah Cik Siti ingat guni orang letak sepah-sepah.

jd cik Siti pun buat tak tahu dan jln terus balik ke rumah....

sampai rumah cik Siti rasa macam tak sedap badan.... Cik Siti dok tanya sekali lagi. "Eh, ape kebenda yang aku nampak tadi?" Bila dah tanya baru cik Siti meremang bulu roma. cik Siti tanya pada ibunda. dan dia lak bagi tau memangle yang cik Siti jumpa tu 'si chong'. tertelan air liur cik Siti. sampai kerongkong je. pastu tersekat.

Cik Siti tak puas ati cik Siti tanya orang yang lebih berpengalaman. Atok cik Siti. dia kata...

"biasanya kalau kita jumpa 'benda' tu dan kita tak takut memang itulah 'benda' yang kite jumpa dan selalunya kita akan meremang bulu roma bila kita sampai kat ghumah."

"dan satu lagi kalau kite terdengar bunyi hilaian yang kuat. itu bermakna 'benda' tu jauh kat kite dan kalau bunyinya perlahan.... 'benda' dekat dengan kite"

Seram.... e.... berdiri bulu roma cik Siti ni lak

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page