Cite Antu lagi...

Teratak pena | Monday, March 01, 2010 |
Okeylah... dari blog Cik Siti ni bersawang tak berupdated, Cik Siti nak imbas cite pasal antu... nak letak gambar nanti takut terkejut lak....

okle... cite cik Siti nak kongsikan ni terjadi pada 11 tahun yang lalu. mase tu cik Siti keje kilang... nak jadikan cerita masa balik dari keje... jeng...jeng...jeng..(Sound efek biar gempak sikit)

Cik Siti pun berjalan perlahan... sambil menikmati perubahan alam yang kian gelap(Watu tu pas maghrib) nak berjalan dari jalan besar ke rumah adalah makan masa lebih kurang 10 minit.

Tengah dok syok jln Cik Siti terkejut. kepala putih? hati cik Siti dah GHAU!!!!! Ceh! kurang asam! sape lah yang letak topi kleder kat atas reban tu! Tak pe... cik Siti buat tak tahu.

Cik Siti pun jln dan jln dan jln sampailah cik Siti nak lalu rumah kosong dan kawasan 'baik punya'...

Cik Siti perasan.... ada 'benda' putih kat sebelah masa cik Siti lalu. panjang(baring) dan Cik Siti lalu betul-betul lalu sebelah dia. yang Cik Siti pelik Cik Siti tak takut tapi cik Siti boleh lak tanya sapa pulak yang letak ponjen(dalam bahasa melake guni)... yelah Cik Siti ingat guni orang letak sepah-sepah.

jd cik Siti pun buat tak tahu dan jln terus balik ke rumah....

sampai rumah cik Siti rasa macam tak sedap badan.... Cik Siti dok tanya sekali lagi. "Eh, ape kebenda yang aku nampak tadi?" Bila dah tanya baru cik Siti meremang bulu roma. cik Siti tanya pada ibunda. dan dia lak bagi tau memangle yang cik Siti jumpa tu 'si chong'. tertelan air liur cik Siti. sampai kerongkong je. pastu tersekat.

Cik Siti tak puas ati cik Siti tanya orang yang lebih berpengalaman. Atok cik Siti. dia kata...

"biasanya kalau kita jumpa 'benda' tu dan kita tak takut memang itulah 'benda' yang kite jumpa dan selalunya kita akan meremang bulu roma bila kita sampai kat ghumah."

"dan satu lagi kalau kite terdengar bunyi hilaian yang kuat. itu bermakna 'benda' tu jauh kat kite dan kalau bunyinya perlahan.... 'benda' dekat dengan kite"

Seram.... e.... berdiri bulu roma cik Siti ni lak

2 comments:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page