Kuantiti Atau Kualiti

Teratak pena | Wednesday, March 30, 2011 | 4 Comments so far
ada orang kata 'alah membeli menang memakai' dan ada juga berkata harga murah boleh beli banyak. namun antara kuantiti dan kualiti selalunya berkait rapat dengan pendapatan seseorang. Bak kata orang 'ukurlah baju di badan sendiri' entah cukup ke tidak pita ukur tu... namun bagaimana kalau ianya tidak melibatkan wang? idea contohnya... kita ada masa banyak menyalurkan pendapat dan idea... namun sebenarnya berapa besarkah kualiti idea kita itu untuk diterapkan? Mungkin 50 idea kita tampilkan dan kadang-kala yang diterima cuma satu. sudah pasti kita akan kecewa.
Ada yang melahirkan pendapat cuma satu atau dua namun keberkesanan membuatkan ianya diterima pakai.

Pengalaman Cik Siti lepas STPM dulu.... masa jadi minah kilang kedua-duanya begitu penting. kalau tak capai target yang diperlukan mulalah kena ceramah free. kenapa tak capai target 1000 pengeluaran. tapi kalau kita capai target pun kalau tiada kualiti dan banyak yang reject ermmmm lagilah kena amuk. payahkan? pening dibuatnya. Tapi Cik Siti tak pening sebab yang bagi rejectkan barang Cik Siti (he..he...he.... masa tu Cik Siti jadi QC(Quality Control) bukan Queen Contro ye). Kuantiti dah capai target tapi kualiti pulak tak ada.


Kalau barang sudahlah tentu yang tiada kualiti harganya lebih jauh lebih murah. kadang-kala kita boleh dapat begitu banyak. Namun bagaimana dengan kualiti yang kita terima? adakah dia benar-benar memenuhi piawaian sirim hati kita? memang tidak dinafikan kualiti memerlukan wang yang lebih dan ada antara kita yang tidak mampu memilikkinya. namun ada masa kita perlu memikirkan kualiti dari kuantiti kerana sampai masa kita akan merasa puas dan tiada rasa kecewa.


Kita perlu memandang kepada kualiti terutama sekali kepada penggunaan jangka panjang. Macam kereta, rumah, barangan elektrik, beg, kerana ianya perlukan kehendak yang tinggi. kalau harga murah tak adalah kita pandang pada kualiti sebab kita boleh beli borong. betul tak???

ermmm.... kualiti atau kuantiti?

Note: agak-agak en3-en3 Cik Siti berkualiti ke tidak ye????

E VS F

Teratak pena | Monday, March 28, 2011 | 4 Comments so far

okey tajuk en3 ni bukan pasal bola ye. bukan Englang VS France. Ini tentang 'E' (elektronik) dan 'F'(Fizikal) sekarang sudah kebanyakkan urusan dan kehendak kita cuma dihujung jari. e-book, e-majalah, e-payment, e-dagang semuanya mudah dengan menekan papan kekunci. yang penting perlu ada internet.

Yang Cik Siti nak ceritakan tentang e-majalah dan e-novel. mungkin ada yang melanggan e-majalah di internet. mudah dan mesra alam. apakah untuk akan datang sudah tiada buku dan akan digantikan dengan 'E'. Ada pro dan kontranya.

Mungkin ianya mesra alam. tidak perlu membazir membeli dan dapat mengurangkan penggunaan kertas. namun Cik Siti lebih suka dengan 'F'. Iaitu Fizikal. rasa macam best dan bangga kalau dapat pegang buku. setiap bulan memang dibajetkan 50 ringgit beli buku dan majalah. kenapa? sebab Cik Siti boleh menggumpul. masa lapang atau time nak tidurkan anak sempat juga membaca barang 2 atau 3 muka surat sebelum Cik Siti pun terlelap sama. dan yang penting kita boleh membaca pada masa bila-bila sahaja. betul tak?


Namun itu tertakluk kepada individu itu sendiri. Cik Siti kalau singgah kedai buku cukup satu Cik Siti akan beli tak kiralah apa termasuk untuk anak-anak. Kalau anda.... yang mana pilihan hati??????

Note: Majalah rasa adalah pilihan hati....

UNIFI

Teratak pena | Thursday, March 24, 2011 | 4 Comments so far
Oeky.... just nak share pasal UNIFI.. Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang sudah pun punyai UNIFI ni. Mungkin ada yang masih belum tahu dan tidak pernah dengar. yang sebenarnya nama UNIFI sebelum ni dipanggil HSBB(High Speed Broad Band) dan semasa launched ianya dipanggil UNIFI. Hari ini genap setahun UNIFI dilancarkan. Kalau dilembah Klang memang ramai yang telah pun menggunakan UNIFI ni. dan setahu Cik Siti first launched adalah di Shah Alam, Port Klang. Mungkin diluar lembah Klang akan terima service ini tidak lama lagi. Bila Cik Siti tak pasti(bergantung kepada Planning).

Jom kita intai pakej yang ada dalam UNIFI ni....

VIP 5 (RM 149.00)
*Speed internet- 5 Mbps
*Dynamic IP adress
*60 GB d/load
*Panggilan telefon Fixed line TM ke fixed line TM- FOC(free of
charge)
*Panggilan ke h/p 10 sen perminit
*IPTV- 12 Channel TV di beri percuma


VIP 10 (RM 199.00)
*speed internet- 10 Mbps
*Dynamic IP adress
*90 GB d/load
*Panggilan telefon fixed line TM ke fixed line TM- FOC
*Panggilan ke h/p 10 sen perminit
*IPTV- 12 Channel TV di beri percuma

VIP 20 (RM 249)
*Speed internet- 20 Mbps
*Dynamic IP adress
*120 GB d/load
*Panggilan telefon fixed line TM ke fixed line TM- FOC
*Panggilan ke h/p 10 sen perminit
*IPTV- 12 Channel TV di beri percuma

Okey... kalau nak lebih lanjut boleh layari portal UNIFI ye...

Terkenang Semasa Dulu...

Teratak pena | Tuesday, March 22, 2011 | 6 Comments so far
Terkenang semasa dulu....
Hatiku menjadi rindu....

Erm... kalau waktu sunyi je tetiba kita teringat dengan cerita-cerita dulu. terutama sekali zaman kanak-kanak ribena. wa.... rasanya nak kembali ke zaman dulu lak. masa kecik Cik Siti tinggal dengan nenek (masa tu Cik Siti darjah satu) tahun 1984. lama kan? masa dulu susah nak jumpa dengan televisyen kaler(kata budak kecik) yang ada cuma TV hitam putih je. pas tu peti ais pun tak ada. kalau nak pun kena tumpang jiran. biasanya time nak raye... bila teringat pasal peti ais ni ada cerita disebaliknya.

Cerita bermula masa malam raya. biaslah malam raya bukan ke sibuk. nak buat ketupatlah... nak buat rendanglah.... nak buat kuah kacanglah... jadi Cik Siti dan beberapa orang pak dare Cik Siti ditugaskan pergi ke rumah jiran sebab kita orang tumpang ayam dengan daging di sana. jaraknya kira-kira sepelaung. maksudnya lebih kurang 100 meter. maka berjalanlah kami ramai-ramai.... sambil membaca al-fatihah dan surah-surah yang kami tahu tanpa kami hiraukan tadjwidnya.

Fuh! lega... dah sampai. dah sampai rumah jiran ye. kami beri salam dan bila dah dapat ayam dengan daging maka bermulalah sekali lagi debaran untuk melalui hutan di sebelah kanan... kami baca al-fatihah dengan kuat kalau boleh sampai satu kampung boleh dengar. tetiba kami terlihat akan 'makhluk' yang menghalang kami jalan. namun belum sempat kami nak habiskan al-fatihah kami dah meraung separuh gila. masing-masing lari lintang pukang. tapi 'makhluk' tu pun lari sama. apa lagi? kami berlari macam tak cukup tanah.

sampai kat rumah nenek kami semput separuh nyawa. lepas tu mak dare Cik Siti (yang masa tu dia darjah 6) bertanya.
"kenapa korang lari?"
"La.... Mak Lah ke tadi?" dia angguk.
"Kenapa Mak Lah pulak yang lari?"
Nak tahu apa dia jawab? "Sebab korang lari... Mak Lah pun larilah... Mak Lah ingat belakang Mak Lah ada 'benda'. Tak tahulah pulak Mak Lah buat macam tu korang lari."
"Mahu tak lari dalam gelap." Malam tu juga kita orang anti lak dengan Mak Lah. yelah... marah sangat.

Bila teringat kelakarlah pulak. Sekarang ni TV dah canggih. Peti ais nenek pun dah ada dua. (satu yang rosak) buat simpan barang. Yang best konon nak takutkan orang akhirnya diri sendiri yang takut.

note: Bestnya zaman kanak-kanak

Support Each Other

Teratak pena | Sunday, March 20, 2011 | 3 Comments so far


Support Each Other. Kita hidup saling bergantungan kan? tidak kira di mana.... di tempat kerja, di dalam keluarga, di dalam kampung atau tempat tinggal malahan di sekeliling kita. kadang-kala kita boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan kepada sesiapa sahaja terutama dengan rakan dan keluarga. kerana merekalah yang paling dekat dengan kita dan yang paling kenal dengan kita.

Malahan rasanya rakan dan jiran yang paling kita rapat(andai keluarga jauh dari mata). kita sambut berita gembira bersama dan kita berkongsi kesedihan bersama jua. dan ada kala kita turut di dalam berita itu. itu namanya kita memberi sokongan kepada mereka.

Andai berita gembira yang tersisip kita tepuk di bahu dan katakan "I SUPPORT YOU"(saya sokong awak) ianya bukan sahaja memberi kata semangat untuk rakan namun untuk diri sendiri agar kita terus berjaya...
Seandainya kesedihan/kegagalan yang melanda katakan "I KNOW YOU CAN BE BETTER"(Saya tahu anda boleh melakukan dengan lebih baik) ucapkan seikhlas hati agar kita terus bersama untuk melangkah transformasi agar kita terus berjaya bersama...


Itu dinamakan support each other.... bersama terus berdiri mencapai kejayaan globalisasi(ewah macam dalam ikrar Cik Siti lak....)

Apa pun layan jelah lagu ni ye.... dah lama tak selit lagu dalam entri...

lagu ni Cik Siti menyanyi bersama-sama teman sekerja sewaktu krusus motivasi yang lalu... memang best.... dan kalau kita menyanyi dari hati mahu mengalir air mata ni...



Kenapa Mat Moto pakai jaket terbalik???

Teratak pena | Friday, March 18, 2011 | 3 Comments so far
Salam muhibbah semua....

Setiap hari Cik Siti pergi kerja mesti Cik Siti dok tertanya-tanya dengan mat-mat motor ni. kenapa mereka semua pakai jaket terbalik? Maksud Cik Siti zip/butangnya di belakang. Boleh kata majoriti Cik Siti tengok. kadang-kala fikir sendiri.

Maka Cik Siti pun minta pendapat Cik Abang sebab dia pun buat macam tu juga. ada beberapa sebab dia buat macam tu.

1)dia kata senang. masa itu emas. nanti nak pasang zip dengan butang makan masa. buatnya zip tu tersangkut ke setengah jam pulak nak kerjakannya.

2)Dia kata fesyen. he...he...he... fesyen. boleh layan ke pendapat ni?

3)Dia kata nanti tak adalah bawak moto macam siput. yelah kalau pakai jaket tu gerenti bila dah bawa moto mesti jaket dah kembong(betul ke ejaan ni? ke 'kembung'?) semacam.... lepastu mesti melayang-layang...

4)Kalau pasang betul nanti tak berzip/berbutang takut tersangkut kat cermin sisi. kalau jatuh siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka...

5)Nampak macho..... betul ke???

Walau apa pun alasan dan pendapat Cik Siti tak tahu sama ada ianya terjadi hanya di Malaysia atau pun terjadi di negara-negara lain...

Note: Kalau Cik Siti pergi kerja pakai jaket dengan betul sampaikan kena bebel sebab lambat....he...he...he....

Malunya Cik Siti

Teratak pena | Thursday, March 17, 2011 | 2 Comments so far
Hi.... berjumpa lagi.... ermmmm nampak sangat blog Cik Siti yang melecun ni dah bersawang. kebelakangan ni memang busy sikit. dengan anak cuti sekolah, lepas tu anak tak sihat sebab itu kegiatan berblog ni terbatas sikit.

la ni Cik Siti nak cerita sikit apa yang berlaku 2 hari lepas. Malu sungguh Cik Siti sampai sekarang ni masih lagi terasa. cerita bermula apabila Cik Siti nak updated staff no Cik Siti untuk aplikasi baru ditempat kerja. maka ada 5 person incharge yang boleh dihubungi sebelum 18 Mac ini. selepas tu kalau nak updated kena log dalam e-mail. okey.... Cik Siti malas nak e-mail dan kebetulan memang Cik SIti perlukan ID tu.

First Cik Siti call person incharge pertama. ringing tu ada tapi hampa tak berangkat. Cik Siti dok jeling jam. patutlah.... time makan pukul 1.00 mana dia orang nak angkat. tak pe, Cik Siti holdkan dulu. hampir pukul 4 Cik Siti capai balik list person incharge tu. Telefon yang no 2 dan no 3. line sibuk le pulak. tak pelah.... call yang last sekali. person incharge yang kelima. En Razali. Tak sampai 3 kali berbunyi, kedengaran suara garau berkata "HELLO". memanglah garau. sebab namanya En Razali. Kalau halus suaranya tu namanya Cik Rozy. Jadi Cik Siti pun terangkan yang Cik Siti perlukan ID tu.

"Memang staff no dah ada cuma nak release je. nanti saya suruh staff saya unlockedkan."
"Okey... berapa lama saya boleh guna ID saya En Razali?"
"Tak lama... dalam masa lima minit. nanti saya e-mailkan password."
"Ye ke... terima kasih banyak En Razali." Senyum Cik Siti
(Yang atas ni adalah Lakonan semula ye)
jadi dalam hati ni dok bertanya juga dan teringat dengan apa yang dia kata "NANTI SAYA SURUH STAFF SAYA UNLOCKEDKAN" Mungkin dia ni Eksekutif kot?
Bila dah berjaya mulalah yang lain pun nak buat juga. Erm..... nak juga Cik Siti yang mulakan.
Member Cik Siti bertanya dengan siapa yang Cik Siti berurusan tadi. Jadi Cik Siti pun katalah yang Cik Siti berurusan dengan En Razali. Member Cik Siti pulak punyalah baik dia tengok propeties En Razali di dalam e-mail dan sekejap tu nama Cik Siti kena laung.

"Shiemah!!!!!!" Cik Siti berpaling.
"Ye Kak Ayu.... kenapa? tak dapat call ke?"
"Shiemah tahu ke dengan siapa Shiemah bercakap tadi."
"La... kan orang dah cakap dengan En Razali."
"Shiemah tahu ke siapa tu En Razali tu?"
"Ekesuif kot? tadi dia kata nak suruh staff dia buatkan."
"Bukanlah Shiemah."
"Dah tu... kenapa pulak kak Ayu?"
"En Razali yang shiemah call tadi tu MANAGER tau!"
Gugur jantung Cik Siti sekejap. what???? MANAGER????
"Sumpah kak Ayu.... memang saya tak tahu dia manager. kalau saya tahu tak adalah saya telefon dia. lagi pun nama dia yang paling last dan yang paling bawah. saya ingatkan staff biasa. bukan ke biasanya MANAGER tu nama dia yang paling atas?"

Cuak juga Cik Siti masa tu.... memang masa telefon dia biasa je. mana tahu dia manager. aduh!!!! malunya.....

Note: lain kali siasat dulu. nasib baik Cik Siti telefon dia dengan penuh SPP. kalau tidak naya je.....

Cerita Bersiri Masa Kecik-Kecik

Teratak pena | Friday, March 11, 2011 | 3 Comments so far
Bila kita dah dewasa ni.... selalu juga kenangan-kenangan zaman kanak-kanak selalu bermain difikiran kita. la ni Cik siti nak cerita tentang drama bersiri yang memang selalu Cik Siti tengok masa kecik-kecik dulu. ada cerita yang Cik Siti pun dah ingat-ingat lupa.


Cik Siti rasa cerita bukan sahaja Cik Siti yang tengok. mana bebudak lelaki masa tu memang minat gila dengan kesatria baja hitam. Daripada otromen Cik Siti rasa yang ini macam realistik sikit. sebabnya macam otromen tetiba je jadi besar kalau raksasa tu memang menjadi raksasa. Kesatria Baja Hitam ni macam adiwira yang lain iaitu mengekang kejahatan. Cik Siti suka dengan motonya yang ada sesunggut...he...he...he...


Yang ini pulak cerita biografi Oshin dari dia kecil hingga dia menjadi warga emas. suka duka menjadi orang gajian, perihal kehidupan semasa peperangan ianya memang cerita menusuk jiwa dan kalbu. bila tengok dia masa kecik memang comel... geram tengok pipi dia yang merah tu...


Yang ini memang Cik Siti paling suka. Maero Attack! tentang skuad bola tampar wanita jepun yang selalu sahaja mencari cara-cara terbaik di dalam sukan tersebut. Yang paling Cik Siti ingat sampai sekarang adalah SAMASOP BERPUSING!!!!(betul ke apa yang Cik Siti eja ni?) masa tu memang dah jadi trend. kalau masa Pendidikan Jasmani mulalah tiru gaya-gaya mereka.... tapi gaya SAMASOP BERPUSING tak jadi badan Cik Siti pulak yang berpusing...


Sememangnya masa tu kebanjiran cerita-cerita Jepun memang berleluasa. Mungkin masa tu Filem Jepun murah tak? Yang paling Cik Siti dok perhatikan adalah bibir diaorang sebab mula-mula Cik Siti gelak gerak bibir lain, suaranya lain. Alih bahasa rupanya...

Note: Semua gambar Cik Siti cilok dari goggle...

KIta Cuma Menumpang

Teratak pena | Wednesday, March 09, 2011 | 5 Comments so far
Pernahkah kita terfikir kita hidup hanya sementara.... segala yang kita miliki adalah pinjaman sahaja. dan pernahkah kita terfikir segalanya tidak akan kekal selamanya. nama, pangkat, darjat dan yang penting sekali nyawa kita pun adalah bukan milik kita sepenuhnya.

tetapi mengapakah masih bermain dengan kuasa andai melukakan hati dibawahnya?
mengapakah mendabik dada dengan darjat dan pangkat andai saat kita dilahirnya semuanya sama?

ermmmmm susah betul dengan perangai sesetengah orang yang menggunakan pangkat, darjat
untuk memuaskan hati mereka....

Note: susah.... susah....

Baginda...

Teratak pena | Monday, March 07, 2011 | 4 Comments so far
Baginda.... masih ingat lagi Cik siti dengan filem arahan Aziz M. Osman ni. Mungkin ramai yang kata apa kelas tengok cerita tu? tapi Cik Siti suka tengok cerita tu. Pelikkan? Biasalah setiap orang lain citarasanya...

Cerita ni bermula dengan Cikgu Azian guru cemerlang yang terpaksa meninggalkan bandar dan memikul tanggungjawab dengan wasiat dari pakciknya. pakciknya Mahmud Baginda telah menyerahkan sekolah swasta Mahmud Baginda yang ternyata penuh dengan masalah dan krisis. dengan telatah guru yang lebih banyak mementingkan diri sendiri sehinggakan anak nusa ditinggalkan terpinggir. perubahan yang dibawa oleh Cikgu Azian telah mendapat sokongan dan tentangan dari guru-guru di situ. Namun begitu dengan ketegasan dan kesabaran akhirnya dia berjaya mengembalikan kegemilangan sekolah itu.

apa yang Cik siti tengok adalah pengajaran dalam cerita ni.
Sepeti mana yang kita tahu... tidak kira mana-mana institusi dan tidak kiralah di mana kita mencari rezeki ada masa kita berhadapan dengan pelbagai ragam dan jenis manusia. dalam kita mencari sesuap nasi di tempat kerja, ada yang rajin ada yang mengelat. ada yang diam berisi dan ada juga yang bawa 'kipas' gred A. ada masa kita tidak lari dengan persekitaran bekerja sebegitu. walaubagaimana pun hidup kita tidak selalunya di atas. dan kita juga harus ingat kita juga tidak selalu berada di bawah. Yang diatas jangan lupakan di bawah, yang berada di bawah jangan pula rasa kecewa....

Note: Memang best tengok cerita ni.... ramai kata taste Cik Siti lain dari yang lain....

NO Car NO Life!!

Teratak pena | Sunday, March 06, 2011 | 4 Comments so far

Okey berjumpa kembali semua... NO car NO life!! macam ganas je bunyinya kan? nak tahu kat mana Cik Siti nampak Tag line ni? dekat used car. Cik Siti nampak masa Cik Siti pergi kerja. besarnya mak aiiiii..... dari jauh dah nampak. itu sebagai trick perniagaan mereka. Mungkin tiada kereta tak bererti hidup ini. betul ke? seperti mana sebelum en3 Cik Siti kereta dah menjadi keperluan sekarang ni. bukannya kehendak. yang menjadi kehendak adalah jenama apa yang perlu kita pakai.

macam-macam rancangan perniagaan mereka. rasa-rasanya mana si gadis manis tu memang termakan dengan iklan tu. kalau yang bujang trang tang tang rasanya mereka lebih suka pilih motor. tambahan pulak nak simpan duit nak pinang anak dara orang. betul tak?

Tapi Cik Siti rasa iklan ni pun sepatutnya ada pada broker-broker hartanah yang nak jual rumah. rumah tu kan ke aset yang kekal? yang mana harganya makin lama makin tinggi. mana yang bujang ni elok sangatlah beli rumah sementara muda. ianya satu pelaburan yang baik. kalau dah berumur nanti nak beli rumah pun kena bayar lebih.


yang penting kita kena bijak memilih. pastikan keperluan mengatasi kehendak.

Nak gelak juga dengan tag line iklan tu. tapi itu untuk menarik minat orang ramai membeli kereta 2nd hand. walau pun murah kena berhati-hati. pastikan tiada saman, pastikan semuanya dalam keadaan baik....

Ermmmm.... NO car NO life!!!


Note: kalau jual kereta balik separuh harga pun susah nak dapat sekarang ni....

Selamat Hari Jadi....

Teratak pena | Sunday, March 06, 2011 | 3 Comments so far

En3 kali ni Cik Siti nak wish selamat hari lahir kepada Putera sulung Cik Siti

MUHAMMAD FIRDAUS BIN MOHD ARIS


yang mana 5 mac 2011 genap umurnya 7 tahun....

Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.... amin....

Tingkatkan Keyakinan Diri

Teratak pena | Friday, March 04, 2011 | 5 Comments so far

Berjumpa lagi semua.... Rasa-rasanya manusia tidak boleh lari dengan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri sendiri. Berdoa dan mendekati kepada Allah adalah tunjangnya namun untuk merealisasikan keyakinan perlukan kekuatan minda.

kita selalu berkata....

Boleh ke aku lakukan?

Macam mana nak buat? Tak pandailah....

Memang benar kita boleh mengukur kemampuan kita sendiri namun masih ada kemampuan tersembunyi yang orang lain boleh nampak. Betul tak?

Bila diberi tugasan besar kita sering melihat diri kita sendiri. Fikiran negatif selalu sahaja singgah memberitahu perkataan TIDAK BOLEH. walhal kita boleh melakukan.
antara cara yang boleh meningkatkan keyakinan dari perspektif Cik Siti ialah:

1)Tengok cara orang lain bekerja. ambail cara mereka yang SMART dan bijak. *Jangan ambil yang buruk udahlah ye... nanti terpesong pulak jalan tu...

2)Kumpulkan kekuatan mental tekankan perkataan BOLEH dalam fikiran kita. kadang-kala kata-kata itu adalah doa. tanamkan positif mind.

3)mental warrior... usah dengar kata-kata mereka yang ingin melemahkan semangat kita. masih ada yang memberi sokongan. tanamkan sokongan mereka dalam hati.

4)team spirit. kadang-kala kita tidak boleh bergerak sendiri.... andai perlukan bantuan pasti yang akan bersama-sama dengan kita.

5)ucapkan kata-kata semangat seperti KAU BOLEH! CHALLENGE!!! dan yang penting bila dah sebut tu pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam

6)dengar lagu-lagu yang boleh menaikkan motivasi kita...



jom layan satu lagi lagu motivasi...


Note: Cik Siti pun kadang-kala hilang keyakinan diri....

Apa Yang Cik Siti belajar hari ini

Teratak pena | Thursday, March 03, 2011 | 2 Comments so far
Kali ni Cik Siti nak kongsi apa yang dah Cik Siti belajar hari ni. Cik Siti belajar buat Adobe photoshop melalui youtube. tak nak cakap banyak layan jelah hasil yang telah Cik Siti buat ni ye....






MACAM MANA? OKEY TAK? OKEY JE LAH YE....


Jom belajar buat adobe

Hari ini dalam sejarah

Teratak pena | Thursday, March 03, 2011 | 3 Comments so far
Ha...ha...ha...Cik Siti gelak besar sikit....
hu....hu...hu... Cik Siti nangis tak berlagu sekejap

hari ini dalam sejarah setelah lama berkhidmat dalam syarikat dah lebih sepuluh musim kalah american idol kat TV tu, inilah kali pertama Cik Siti datang lewat ke pejabat. punch kad Cik Siti hari ni merah. 8.33 pagi. cuma 3 minit je... huhuhu masuk opis Cik Siti dah jadi macam supertstar... Kak Shimah lambat????? dalama sejarah....


nak tahu apa cerita hari ni? Cik Siti tunggu bas macam biasa. pukul 7.15. dah dapat bas tu dok terik nafas lega. tapi... bak kata orang panas tak selalu sampai ke petang. tak sampai suku perjalanan bas Cik Siti rosak. turun le balik menunggukan bas yang seterusnya.

bas seterusnya Cik Siti dapat pukul 7.40 pagi. bas wanita. jalan Cik Siti tengok dah jadi pesta lampu merah. tak bergerak. Cik Siti sempat beri SMS. dalam bas Cik Siti dah macam goyang gerudi inul.... tak tentu arah dibuatnya. kalau tengok jam agaknya lagi le pulak. bukan goyang gerudi, goyang gergasi jawabnya.

Abang driver pulak dah jadi macam agen traffic di Rapid. setiap 2 minit dia beri info. silap hari bulan pokok yang tepi jalan pun sempat dia kira gara-gara kereta yang tak banyak bergerak. tapi tengok abang driver tu cool je... jalan dah jem. nak buat macam mana kan? takkan nak suruh abang driver tu kuak jalan? betul tak? itu penting diri sendiri namanya.


jadi Cik Siti ikut je apa yang akan terjadi. sampai di pejabat Cik Siti tengok pelanggan dah duduk dulu sebelum Cik Siti. dah sah... Cik Siti lambat. memang betul Cik Siti puch lebih waktu yang ditetapkan. Biasanya Cik Siti1ah Orang yang pertama sampai opis....

wa...wa...wa... cukuplah sekali Cik Situ punch lambat. nanti kalau lambat lagi kena tukar kad. kalau lambat lagi kena showcause letter. tak nak....


Note: harap-harap esok Cik Siti tak lewat.

Hebatnya dugaan bertunang...

Teratak pena | Wednesday, March 02, 2011 | 8 Comments so far
Mungkin ramai yang sudah melalui alam pertunangan. kepada sesiapa yang belum tu, jangan risau... masih ada jodoh tu...

Bertunang adalah tanda yang kita telah disunting. masa inilah kenangan manis sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan. namun dalam alam pertunangan tidak semestinya lesen utuk kita berbuat sesuka hati. masih ada batasnya.

Orang kata bertunang tu jangan lama-lama sangat. waktu dalam pertunangan adalah penuh dengan halangan dan cubaan. masa inilah tuhan itu nak menduga kita sama ada kita ini setia atau tidak dengan pasangan kita. Tambahan pula mana yang tunangnya berada jauh dari pandangan mata. masa itulah kadang kala cemburu pula yang timbul.

biasanya semasa sebelum tunang tak ada siapa yang berkenan dengan kita. bila dah bertunang tu adalah yang nak mengorat dengan kita. nak ajak kita keluar.. nak berjumpa dengan mak ayah...uh! kuat betul dugaannya.... kalau tak betul-betul dugaan memang boleh patah iman ni.... apa pun kena berpegang kepada yang SATU. kuatkan semangat dan keyakinan diri... insyaallah...tiada apa yang akan terjadi...

kepada yang bertunang dengan pilihan keluarga, tunang pula jauh dimata perasaan takut itu sudah tentu akan ada.. syak wasangka pula yang akan bersilih ganti. betul atau tidak dianya inginkan kita sebagai teman hidup. memang sukar pada zaman kini menerima pilihan keluarga sebagai teman hidup. namun seperti Cik Siti, Cik Siti berpaling kepada bonda Cik Siti. orang dulu-dulu pun kahwin dengan pilihan keluarga. dna mereka bahagia. betul tak?

Cerita tentang Cik Siti adik-adik beradik Cik Siti kebanyakkannya berkahwin dengan pilihan keluarga atau senang cerita bukan dengan pilihan hati.

1)bonda Cik Siti berkahwin dengan pilihan keluarga
2)PakNgah kahwin dengan pilihan sendiri
3)Makuda pulak ada saudara yang jalankan
4)Mak tam cik Siti pun kahwin dengan pilihan keluarga
5)Mak Ita Cik Siti pun kawan yang jalankan
6)Mak Lah Cik Siti pilihan keluarga saudar lak tu
7)Pak Yen pun pilihan kleuarga
8)Pak Man Cik Siti pilihan sendiri
9)Pak usu Cik Siti ni bujang lagi... tak tahulah pilihan keluarga atau pun pilihan sendiri...

Tak kiralah pilihan orang tua ke, kawan ke sendiri ke, mesti pandai jaga diri dan mesti jaga tatatertib semasa dalam bertunang ye....


note: teringat lak detik-detik alam pertunangan
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page