Cik Siti rasa cerita bukan sahaja Cik Siti yang tengok. mana bebudak lelaki masa tu memang minat gila dengan kesatria baja hitam. Daripada otromen Cik Siti rasa yang ini macam realistik sikit. sebabnya macam otromen tetiba je jadi besar kalau raksasa tu memang menjadi raksasa. Kesatria Baja Hitam ni macam adiwira yang lain iaitu mengekang kejahatan. Cik Siti suka dengan motonya yang ada sesunggut...he...he...he...
Yang ini pulak cerita biografi Oshin dari dia kecil hingga dia menjadi warga emas. suka duka menjadi orang gajian, perihal kehidupan semasa peperangan ianya memang cerita menusuk jiwa dan kalbu. bila tengok dia masa kecik memang comel... geram tengok pipi dia yang merah tu...
Yang ini memang Cik Siti paling suka. Maero Attack! tentang skuad bola tampar wanita jepun yang selalu sahaja mencari cara-cara terbaik di dalam sukan tersebut. Yang paling Cik Siti ingat sampai sekarang adalah SAMASOP BERPUSING!!!!(betul ke apa yang Cik Siti eja ni?) masa tu memang dah jadi trend. kalau masa Pendidikan Jasmani mulalah tiru gaya-gaya mereka.... tapi gaya SAMASOP BERPUSING tak jadi badan Cik Siti pulak yang berpusing...
Sememangnya masa tu kebanjiran cerita-cerita Jepun memang berleluasa. Mungkin masa tu Filem Jepun murah tak? Yang paling Cik Siti dok perhatikan adalah bibir diaorang sebab mula-mula Cik Siti gelak gerak bibir lain, suaranya lain. Alih bahasa rupanya...
Note: Semua gambar Cik Siti cilok dari goggle...
osin memang popular suatu ketika dulu
ReplyDeletesaya pulak suka siri MacGyver
hehe
haa...gaban ..salemon..toma tomen hee..semua minat alahai...malu saya.skrg dah besar dewasa..
ReplyDeletekisah skincan best gak cik ct heeee
ReplyDelete