Tingkatkan Keyakinan Diri

Teratak pena | Friday, March 04, 2011 |

Berjumpa lagi semua.... Rasa-rasanya manusia tidak boleh lari dengan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri sendiri. Berdoa dan mendekati kepada Allah adalah tunjangnya namun untuk merealisasikan keyakinan perlukan kekuatan minda.

kita selalu berkata....

Boleh ke aku lakukan?

Macam mana nak buat? Tak pandailah....

Memang benar kita boleh mengukur kemampuan kita sendiri namun masih ada kemampuan tersembunyi yang orang lain boleh nampak. Betul tak?

Bila diberi tugasan besar kita sering melihat diri kita sendiri. Fikiran negatif selalu sahaja singgah memberitahu perkataan TIDAK BOLEH. walhal kita boleh melakukan.
antara cara yang boleh meningkatkan keyakinan dari perspektif Cik Siti ialah:

1)Tengok cara orang lain bekerja. ambail cara mereka yang SMART dan bijak. *Jangan ambil yang buruk udahlah ye... nanti terpesong pulak jalan tu...

2)Kumpulkan kekuatan mental tekankan perkataan BOLEH dalam fikiran kita. kadang-kala kata-kata itu adalah doa. tanamkan positif mind.

3)mental warrior... usah dengar kata-kata mereka yang ingin melemahkan semangat kita. masih ada yang memberi sokongan. tanamkan sokongan mereka dalam hati.

4)team spirit. kadang-kala kita tidak boleh bergerak sendiri.... andai perlukan bantuan pasti yang akan bersama-sama dengan kita.

5)ucapkan kata-kata semangat seperti KAU BOLEH! CHALLENGE!!! dan yang penting bila dah sebut tu pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam

6)dengar lagu-lagu yang boleh menaikkan motivasi kita...



jom layan satu lagi lagu motivasi...


Note: Cik Siti pun kadang-kala hilang keyakinan diri....

5 comments:

  1. hai

    terima kasih bila sahabat dah bagi kata smgat sy terus ada semanagt dlm diri heee

    ReplyDelete
  2. nice entri....kurangkan fikiran negatif dan yakin dengan kemampuan kita =)

    ReplyDelete
  3. Suri: sama-sama kita tingkatkan keyakinan diri

    Amari: sentiasa berfikiran positif kelak hasilnya pun positif

    ReplyDelete
  4. kadang2 ada jenis 'sokong membawa rebah'
    memang tak membantu langsung untuk kita membina keyakinan

    ReplyDelete
  5. bykkn pk positif dlm diri. jgn giv up!

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page