NO Car NO Life!!

Teratak pena | Sunday, March 06, 2011 |

Okey berjumpa kembali semua... NO car NO life!! macam ganas je bunyinya kan? nak tahu kat mana Cik Siti nampak Tag line ni? dekat used car. Cik Siti nampak masa Cik Siti pergi kerja. besarnya mak aiiiii..... dari jauh dah nampak. itu sebagai trick perniagaan mereka. Mungkin tiada kereta tak bererti hidup ini. betul ke? seperti mana sebelum en3 Cik Siti kereta dah menjadi keperluan sekarang ni. bukannya kehendak. yang menjadi kehendak adalah jenama apa yang perlu kita pakai.

macam-macam rancangan perniagaan mereka. rasa-rasanya mana si gadis manis tu memang termakan dengan iklan tu. kalau yang bujang trang tang tang rasanya mereka lebih suka pilih motor. tambahan pulak nak simpan duit nak pinang anak dara orang. betul tak?

Tapi Cik Siti rasa iklan ni pun sepatutnya ada pada broker-broker hartanah yang nak jual rumah. rumah tu kan ke aset yang kekal? yang mana harganya makin lama makin tinggi. mana yang bujang ni elok sangatlah beli rumah sementara muda. ianya satu pelaburan yang baik. kalau dah berumur nanti nak beli rumah pun kena bayar lebih.


yang penting kita kena bijak memilih. pastikan keperluan mengatasi kehendak.

Nak gelak juga dengan tag line iklan tu. tapi itu untuk menarik minat orang ramai membeli kereta 2nd hand. walau pun murah kena berhati-hati. pastikan tiada saman, pastikan semuanya dalam keadaan baik....

Ermmmm.... NO car NO life!!!


Note: kalau jual kereta balik separuh harga pun susah nak dapat sekarang ni....

4 comments:

  1. pilih sekadar termampu je, cik siti
    kalau hutang banyak sangat, payah juga nak melangkah

    ReplyDelete
  2. apa yg ada paki dulu...takat ni klu en suami ada kje luar kena naik bas bertukar ganti ..2 bas nak ke tmpat kje huu..pent juga hooo..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page