Kenapa Mat Moto pakai jaket terbalik???

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, March 18, 2011 |
Salam muhibbah semua....

Setiap hari Cik Siti pergi kerja mesti Cik Siti dok tertanya-tanya dengan mat-mat motor ni. kenapa mereka semua pakai jaket terbalik? Maksud Cik Siti zip/butangnya di belakang. Boleh kata majoriti Cik Siti tengok. kadang-kala fikir sendiri.

Maka Cik Siti pun minta pendapat Cik Abang sebab dia pun buat macam tu juga. ada beberapa sebab dia buat macam tu.

1)dia kata senang. masa itu emas. nanti nak pasang zip dengan butang makan masa. buatnya zip tu tersangkut ke setengah jam pulak nak kerjakannya.

2)Dia kata fesyen. he...he...he... fesyen. boleh layan ke pendapat ni?

3)Dia kata nanti tak adalah bawak moto macam siput. yelah kalau pakai jaket tu gerenti bila dah bawa moto mesti jaket dah kembong(betul ke ejaan ni? ke 'kembung'?) semacam.... lepastu mesti melayang-layang...

4)Kalau pasang betul nanti tak berzip/berbutang takut tersangkut kat cermin sisi. kalau jatuh siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka...

5)Nampak macho..... betul ke???

Walau apa pun alasan dan pendapat Cik Siti tak tahu sama ada ianya terjadi hanya di Malaysia atau pun terjadi di negara-negara lain...

Note: Kalau Cik Siti pergi kerja pakai jaket dengan betul sampaikan kena bebel sebab lambat....he...he...he....

3 comments:

  1. 5)Nampak macho..... betul ke???
    apa benda ni...mungkin mat moto ni ada kerja sambil kan...kena la terbalik kan jaket tu....bukan pencuri ni.

    ReplyDelete
  2. yang pasti nak elakkan angin kena badan terutama dada dan tak mahu kembung macam siput
    hehe

    ReplyDelete
  3. ali ridha: Cik abang tu cakap je.... he..he...he...

    tehr: he...he...he... memang betul.

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page