Seisi Teh Tarik Bersama GM

Teratak pena | Friday, November 14, 2014 | 6 Comments so far

                                                    Inilah GM yang Cik Siti maksudkan tu En Mohd Roslan Haron
Kembali bersiaran semula...

La ni nak cerita tentang Cik Siti terpilih untuk pergi ke Seisi Teh Tarik pada 12.11.2014. Memang tak sangka yang nama Cik Siti tersenarai dalam list untuk seisi teh tarik bersama dengan General Manager Palanning & Development.  Macam-macam dah rasa bila tengok nama dekat e-mail tu.

Rasa cuak, takut, semuanya ada.  Ingatkan nama untuk Staff lain.  Bil tengok nama dan binti tu, terbuntang anak mata dibuatnya.  Apa istimewanya insan ni sampai nama ada dalam list tu.  Dengan GM pulak tu.

Seisi teh tarik ni adalah untuk satu landasan utuk pihak pengurusan mendekati pekerja dalam suasana santai dan bersahaja.  Sebab tu dia dipanggil seisi Teh tarik.

Kalau nak diikutkan seisi tu satu jam je.  Dari pukul sembilan hingga sepuluh.  Tapi sampai sana dah anjak sampai pukul 12.30 tengahari.

Macam -macam yang dibincangkan untuk mengetahui akan permasalahan staff ditempat kerja.  Dan segala usul akan dibentangkan kepada CEO untuk penambahbaikkan untuk masa akan datang.

Masa mula-mula datang tu cuak juga, sebab tak pernah jumpa dia.  Bila dah jumpa dia,  la.... sempoi je dia ni.  Borak pun dah macam lama kenal. Sebab itu dia panggil akan seisi teh tarik.  Sambil berbual dan bercerita boleh makan dan minum sambil tu.  Tapi Cik Siti?  kontrol ok makan tu.  (hahaha..... kalau tak mahu nak tambah teh tarik yang marbeles tu walau pun Cik Siti agak kureng dengan teh)

Erm.... sampai sekarang masih tak percaya lagi yang Cik Siti pernah duduk semeja dengan GM.

So, Sekarang?






Gagal kali pertama bukan gagal selamanya

Teratak pena | Monday, November 10, 2014 | 6 Comments so far
Kembali bersiaran...



Semalam Cik Siti buat kuih onde-onde a.k.a buah melaka.  Bila mengentel buah melaka tu teringat kisah Cik Siti masa mula-mula buat kuih tu.  Masa tu Cik Siti form one. Meh sini... kalau nak dengarlah cerita yag dah basi ni.

Masa form 1 dulu Cik Siti ambil jurusan Ekonomi Rumah tangga.  Buat kuih, masak, menjahit, dan macam-macam lagilah.  kena pulak bonda Cik Siti memang suka kerah Cik Siti ke dapur tolong memasak. Bukan apa, kesenangan untuk diri sendiri juga kan?

Okey nak dijadikan cerita.... masa tu bonda Cik Siti tengah tidur tengahari.  Datang kerajinan luar biasa Cik Siti teringin nak buat kuih buah melaka ni.  Saja nak bagi suprise pada bonda Cik Siti.  Biar dia jadi chef merasa masakan Cik Siti.

Maka bermulalah projek Cik Siti sendirian di dapur.  Ambil tepung, gula melaka dan kelapa.  Air awal-awal dah rebus dulu.  Bila dan adun tepung dan masukkan gula melaka, gelek punya gelek bush! terus terjunkan dalam air yang mendidih tu.  

Bila dah masuk lebih kurang sepuluh biji, Cik Siti menantikan buah melaka Cik Siti kenapa tak gugur-gugur.  Tahulah dia gugur ke atas.  Tapi.... dah sepuluh minit tunggu macam tu juga.  Tak naik-naik kuih itu.  Dalam hati dok kata juga "Kenapa mak buat boleh timbul tapi aku buat dia merajuk nak naik?" 

Bila hati rasa tak senang, Cik Siti kaut juga kuih tu keluar dari periuk.  Bila dah keluar tu hati ni berkata lagi.
"La.... kenapa rupa dia macam pelik je?"  Cik Siti rasa sikit.  Rasa dia pun macam pelik je.  Erm... tak boleh jadi.  Nak kena tanya bonda.  Kenapa jadi lagu ni.

Akhirnya Cik Siti dok kejutkan bonda Cik Siti.  

"Kau pakai tepung apa, Long?"  Oh... dengan penuh bangga Cik Siti tunjukkanlah tepung yang Cik Siti gunakan untuk buat kuih tu. Bertepuk dahi bonda Cik Siti.  

"Yang kau pakai tepung beras tu kenapa? orang pakai tepung pulutlah." Oh, ye ke?"  Garu kepala yang tak gatal dan makan juga lah kuih tu.  Tapi sebijilah.  

Itulah.... bak kata orang malu bertanya sesat jalan.  Itulah sombong sangat nak bertanya, kan?  Lepas tu siapa yang susah?  Mereka dan keluarga juga yang susah.

Hehehe... Kenangan itu mengajar Cik Siti belajar dari kesilapan.  Lepas tu dah pandai dah.  Bila buat kuih tu semalam sekejap pan dah lesap dari pandangan mata.  Cik Siti pun merasa dua biji je.  

Hai... Kenangan....

Anak muda pakai celana,
Pakai celana penuh bergaya,
Jika tersilap usah gulana,
Jadikan pelajaran untuk berjaya,


1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Teratak pena | Monday, November 10, 2014 | 6 Comments so far
Selamat Bersiaran....

Dah lama tak join Segmen....  kali ni nak join segmen yang dianjurkan oleh Khairunnisa Hassan


Syarat-syaratnya adalah senang:
  1. Follow blog Nisa {Nisa akan follow semua peserta}
  2. Buat entry yang bertajuk "1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan"
  3. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
  4. Publish dan paste link penyertaan di ruangan comment.
  5. Done!
Okey,

Selamat mencuba!

Tutorial Photoshop : Tulisan yang ada background

Teratak pena | Sunday, November 09, 2014 | Be the first to comment!
Kembali bersiaran...

Okey,  Tutorial ni saya ambil dari Wan Hazel.  Terima kasih banyak dengan ilmu yang diberi.  saya cuma sampaikan dengan cara saya.

Okey... layan jelah....









Okey.... selamat mencuba

Assalamualaikum....

Kami Yang Sentiasa HAPPY!!!!

Teratak pena | Friday, November 07, 2014 | Be the first to comment!
Salam Besiaran...

Kali ini biarlah gambar yang bercerita.......











Walau pun kami bertukar tuan dan karektor namun jika di bawah nama TMpoint Kepong akan dikekalkan semangat kasih antara satu sama lain...

Walau pun kami diterjah dengan bebanan segala kerja kami lakukan dengan ikatan semangat berpasukan kerana kami yakin dengan semangat kerjasama...

Walau pun kami berada dan jauh dari mata, namun di hati kami terpahat seribu kenangan yang bernama ALBUM TMPOINT KEPONG!

YOU ALL THE BEST!

Gambar Ehsan dari Facebook TMpoint Kepong, AMie, Ekin...




Dua tiga kapal belayar di samuderaAyuh sahabatku kita bergembiraBermain bernyanyi bersama menikmati indahnya duniakerna..Sahabat untuk selamanyaBersama untuk selamanyaKau dan aku sahabatUntuk selamanya setiaoh oh..Berakit-rakit kita ke huluberenang-renang kita ke tepiankita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kitamenjadi..Sahabat untuk selamanyaAtasi semua perbedaanKau dan aku sahabatUntuk selamanya… selama-lamanya setia…Tiada bukit yang terlalu tinggiuntuk kita daki bersamadan tak ada laut yang terlalu dalamuntuk diselami…Sahabat untuk selamanyaBersama untuk selamanyaKau dan aku sahabatUntuk selamanya ohh..Sahabat untuk selamanyaBerbagi dan saling menjagaKau dan aku sahabatUntuk selamanya… selama-lamanya… setia…

Sayang Anda Semua...

Teratak pena | Thursday, November 06, 2014 | 2 Comments so far
Salam Senyum Semua....

Saja nak ucapkan terima kasih kerana sudi memberikan ucapan dan doa kepada hari kelahiran saya sama ada di wassup, SMS dan juga Face book.  Terima kasih banyak-banyak.  Sayang anda semua.


Untuk semua yang sudi memberikan ucapan untuk saya....

Tak lupa juga kepada Google yang juga ingat dengan saya.... hamba kerdil ini...


Terbang kedidi di sarang tempua,
Burung dijual ditimbang kati,
Terima Kasih diucapkan kepada semua,
Segala doa dan ucapan agar diberkati.

More More and More

Teratak pena | Sunday, November 02, 2014 | 2 Comments so far
Salam bersiaran semua....

Tak sangka Cik Siti bulan oktober adalah bulan paling banyak Cik Siti publish entri dalam blog Cik  Siti untuk sepanjang tahun ni.  Nak menangis ke, nak bangga ke atau nak ketawa?  Erm.... Tak boleh nak cakap apa-apa.  Orang lain beratus-ratus entri tak cakap apa-apa, Cik Siti baru 13 entri dah bangga sakan.

Okeylah tu.... sebab Cik Siti ni bz orangnya.  Macamlah VVIP.  VVIPlah sangat.

Harapan?  Tak boleh nak cakap sombong.  Tapi kena ada azamkan?  Yang penting cuba.  kalau tak cuba tak boleh.  Yakin boleh!  Kalau yakin boleh barulah jumpa dengan KEJAYAAN!

Chaiyok Cik Siti!  Yakin Boleh!


Sayang ku tanam tumbuhnya lalang,
Hajat di hati menanam Melati,
Harapan digenggam kejayaan dijulang,
Yakin boleh segalanya pasti.
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page