Seisi Teh Tarik Bersama GM

Siti Norshimah Md Yasan | Friday, November 14, 2014 |

                                                    Inilah GM yang Cik Siti maksudkan tu En Mohd Roslan Haron
Kembali bersiaran semula...

La ni nak cerita tentang Cik Siti terpilih untuk pergi ke Seisi Teh Tarik pada 12.11.2014. Memang tak sangka yang nama Cik Siti tersenarai dalam list untuk seisi teh tarik bersama dengan General Manager Palanning & Development.  Macam-macam dah rasa bila tengok nama dekat e-mail tu.

Rasa cuak, takut, semuanya ada.  Ingatkan nama untuk Staff lain.  Bil tengok nama dan binti tu, terbuntang anak mata dibuatnya.  Apa istimewanya insan ni sampai nama ada dalam list tu.  Dengan GM pulak tu.

Seisi teh tarik ni adalah untuk satu landasan utuk pihak pengurusan mendekati pekerja dalam suasana santai dan bersahaja.  Sebab tu dia dipanggil seisi Teh tarik.

Kalau nak diikutkan seisi tu satu jam je.  Dari pukul sembilan hingga sepuluh.  Tapi sampai sana dah anjak sampai pukul 12.30 tengahari.

Macam -macam yang dibincangkan untuk mengetahui akan permasalahan staff ditempat kerja.  Dan segala usul akan dibentangkan kepada CEO untuk penambahbaikkan untuk masa akan datang.

Masa mula-mula datang tu cuak juga, sebab tak pernah jumpa dia.  Bila dah jumpa dia,  la.... sempoi je dia ni.  Borak pun dah macam lama kenal. Sebab itu dia panggil akan seisi teh tarik.  Sambil berbual dan bercerita boleh makan dan minum sambil tu.  Tapi Cik Siti?  kontrol ok makan tu.  (hahaha..... kalau tak mahu nak tambah teh tarik yang marbeles tu walau pun Cik Siti agak kureng dengan teh)

Erm.... sampai sekarang masih tak percaya lagi yang Cik Siti pernah duduk semeja dengan GM.

So, Sekarang?






6 comments:

  1. tahniah untuk cik siti
    rasanya ada peluang nanti untuk nak pangkat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik pangkat ye En Tehr.... hehehe.... Amin....

      Delete
  2. Kalau dah jumpa GM tu ada harapan nak naik pangkat dan gaji kan

    ReplyDelete
  3. tahniah Cik Siti. Pasni kita tunggu entri naik pangkat :-)

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page