Gagal kali pertama bukan gagal selamanya

Siti Norshimah Md Yasan | Monday, November 10, 2014 |
Kembali bersiaran...



Semalam Cik Siti buat kuih onde-onde a.k.a buah melaka.  Bila mengentel buah melaka tu teringat kisah Cik Siti masa mula-mula buat kuih tu.  Masa tu Cik Siti form one. Meh sini... kalau nak dengarlah cerita yag dah basi ni.

Masa form 1 dulu Cik Siti ambil jurusan Ekonomi Rumah tangga.  Buat kuih, masak, menjahit, dan macam-macam lagilah.  kena pulak bonda Cik Siti memang suka kerah Cik Siti ke dapur tolong memasak. Bukan apa, kesenangan untuk diri sendiri juga kan?

Okey nak dijadikan cerita.... masa tu bonda Cik Siti tengah tidur tengahari.  Datang kerajinan luar biasa Cik Siti teringin nak buat kuih buah melaka ni.  Saja nak bagi suprise pada bonda Cik Siti.  Biar dia jadi chef merasa masakan Cik Siti.

Maka bermulalah projek Cik Siti sendirian di dapur.  Ambil tepung, gula melaka dan kelapa.  Air awal-awal dah rebus dulu.  Bila dan adun tepung dan masukkan gula melaka, gelek punya gelek bush! terus terjunkan dalam air yang mendidih tu.  

Bila dah masuk lebih kurang sepuluh biji, Cik Siti menantikan buah melaka Cik Siti kenapa tak gugur-gugur.  Tahulah dia gugur ke atas.  Tapi.... dah sepuluh minit tunggu macam tu juga.  Tak naik-naik kuih itu.  Dalam hati dok kata juga "Kenapa mak buat boleh timbul tapi aku buat dia merajuk nak naik?" 

Bila hati rasa tak senang, Cik Siti kaut juga kuih tu keluar dari periuk.  Bila dah keluar tu hati ni berkata lagi.
"La.... kenapa rupa dia macam pelik je?"  Cik Siti rasa sikit.  Rasa dia pun macam pelik je.  Erm... tak boleh jadi.  Nak kena tanya bonda.  Kenapa jadi lagu ni.

Akhirnya Cik Siti dok kejutkan bonda Cik Siti.  

"Kau pakai tepung apa, Long?"  Oh... dengan penuh bangga Cik Siti tunjukkanlah tepung yang Cik Siti gunakan untuk buat kuih tu. Bertepuk dahi bonda Cik Siti.  

"Yang kau pakai tepung beras tu kenapa? orang pakai tepung pulutlah." Oh, ye ke?"  Garu kepala yang tak gatal dan makan juga lah kuih tu.  Tapi sebijilah.  

Itulah.... bak kata orang malu bertanya sesat jalan.  Itulah sombong sangat nak bertanya, kan?  Lepas tu siapa yang susah?  Mereka dan keluarga juga yang susah.

Hehehe... Kenangan itu mengajar Cik Siti belajar dari kesilapan.  Lepas tu dah pandai dah.  Bila buat kuih tu semalam sekejap pan dah lesap dari pandangan mata.  Cik Siti pun merasa dua biji je.  

Hai... Kenangan....

Anak muda pakai celana,
Pakai celana penuh bergaya,
Jika tersilap usah gulana,
Jadikan pelajaran untuk berjaya,


6 comments:

  1. saya sangat suka kuih ni, tapi saya pun tak pernah try nak masak kuih ni
    selalu cakap saja ... "mak teringin la nak makan buah melaka "... haha pastu selang 2 3 hari tau -tau mak pun masakkan kuih ni khas utk saya =)

    ReplyDelete
  2. buah yang banyak masak ketika bulan puasa

    anak muda pakai seluar
    pakai seluar penuh gaya
    kalau malas nak belajar
    sampai bila pun tak merasa

    ReplyDelete
  3. Hehehe, lawak juga tu bila pakai tepung beras. Tapi teringin juga nak rasa macam mana kalau buat kuih buah melaka ni guna tepung tu...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page