Face Book

Teratak pena | Friday, December 25, 2009 | 2 Comments so far
Ha... ha... en3 kali ni aku nak umumkan dengan pujuk rayu dari adik-adik ditambah pulak dengan kawan-kawan yang menghasut, aku sudah pun termakan pujukan mereka dengan mengrejisterkan nama dalam face book. padan muka aku. aku tak tahulah boleh ke tidak aku nak manage dengan face book lagi dan 2 blog yang dah control... apa pun aku cuba yang terbaik....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/274/95D8D13A51A39E56DD9D28C1DFB43F4D.png" />


Cerita lama yang ku tinggalkan

Teratak pena | Wednesday, December 23, 2009 | 2 Comments so far
Wah, bukan main jiwang lagi tajuk cik Siti kali ni. nampak macam tengah baru lepas frust menonggeng. tapi yang sebenanya tengah dok ingat masa zaman cik Siti sekolah dulu. kalau boleh nak undur untuk masa tu alangkah bestnye..... tak payah nak ingat bajet, tak payah nak pikir cukup tak duit sampai ujung bulan. yang paling penting eppi.



Dah lama Cik Siti tinggalkan tapak yang Cik Siti panggil rumah ilmu. sudah sepuluh tahun lamanya. kalau diberi peluang nak belaja mesti otak cik Siti dah berkarat. He..he..he.. tambahan pula dengan 'handbag' yang dah ada 3 orang (anakle..) yang pasti satu perkara yang masih belum boleh Cik Siti tinggalkan. sampai la ni cik Siti suka menulis. pada cik Siti menulis tu satu kepuasan. bukan saja dapat menyampaikan ilmu malah cik Siti juga mendapat ilmu.



yang banyak menyimpan kenangan di sekolah adalah di sekolah rendah Kebangsaan Sempang dan Tenang Stesen. Sebab apa????



Kat Sekolah Kebangsaan Sempang cik Siti belajar mengenal ABC, 123 dan alif ba ta. juga cik Siti berjumpa dengan ramai kawan selain dari pak dare dan jiran depan rumah( yang kini dah jadi adik ipar)


kat sekolah Rendah Tenang Stesen cik Siti banyak belajar erti sahabat. yang kini cik Siti masih lagi menghubungi mereka....


Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, merupakan tempat cik Siti teruskan perjuangan sebelum kaki ini melangkah ke Maktab Adabi Muar. Di sini 5 musim cikSiti berhempas pulas membenih ilmu walau pun aku tahu keputusan tidaklah seperti yang di harapkan.. di sini juga banyak menyimpan kenangan pahit dan manis yang sampai sekarang ni masih lagi terpahat dlm ingatan.
Gambar ehsan dr portal SMKDBD hampir 15 tahu cik Siti meninggalkan sekolah ini namun bangunan yang tersergam indah adalah tetap yang sama. cuma yang berbeza adalah penghuninya yang silih berganti....
Diperkarangan inilah bila hari sabtu penuh dengan aktiviti ko-kurikulum. yang pasti cik Siti ingat cik Siti masuk badan beruniform utk pandu puteri dan renjers yang pada ketika itu salah satu persatuan yang kurang glamor...he..he... Di sinilah banyak menyimpan kenangan aku... di dewan inilah setiap hari isnin aku berkumpul sambil mendengar kata-kata pengetua masa tu. En Ibrahim b Rawal. dewan ini juga menyaksikan aku banyak menyertai pertandingan peringkat sekolah dan daerah. Seperti Pertandingan pantun, sajak, pidato, bercerita dan syarahan. di dewan ini juga menyaksikan kelas aku pernah merangkul kelas terbersih yang ketika itu aku menjawat jawatan penolong ketua kelas. thank geng.. sebab bersama-sama merialisasikanya...



SEKOLAH DATO' BENTARA DALAM SEGAMAT NAMAMU TERPAHAT DI HATI SINONIM DENGAN MOTTOMU ~JASA DENGAN BUDI~








I'm Back!!!

Teratak pena | Wednesday, December 16, 2009 | Be the first to comment!
Wah... dah lama tak updated blog Cik Siti yang kiut-miut ni (prasan le pulak) bukan apa, bz memanjang. dapat pulak ketua tengah cuti bersalin. lagilah pulak. semua keje dia Cik Siti kena ambil alih. cukup bulan pening kepala nak buat recon.

mula-mula tu macam si buta mencari tongkat. semua lubang Cik Siti menanya. nasib baik semua mahu nak membantu. la... ni dah sebulan setengah Cik Siti dah boleh manage. Cuma yang tak bestnya sakit badan dan letih tak cukup rehat.

Okeylah, tak apa lagi nak membebel. cuma macam mana dengan rumah baru ni? okey tak? sebelum nak tambah aksesori, nak juga pendapat korang....

Boleh?????



 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page