Dah lama Cik Siti tinggalkan tapak yang Cik Siti panggil rumah ilmu. sudah sepuluh tahun lamanya. kalau diberi peluang nak belaja mesti otak cik Siti dah berkarat. He..he..he.. tambahan pula dengan 'handbag' yang dah ada 3 orang (anakle..) yang pasti satu perkara yang masih belum boleh Cik Siti tinggalkan. sampai la ni cik Siti suka menulis. pada cik Siti menulis tu satu kepuasan. bukan saja dapat menyampaikan ilmu malah cik Siti juga mendapat ilmu.
yang banyak menyimpan kenangan di sekolah adalah di sekolah rendah Kebangsaan Sempang dan Tenang Stesen. Sebab apa????
Kat Sekolah Kebangsaan Sempang cik Siti belajar mengenal ABC, 123 dan alif ba ta. juga cik Siti berjumpa dengan ramai kawan selain dari pak dare dan jiran depan rumah( yang kini dah jadi adik ipar)
kat sekolah Rendah Tenang Stesen cik Siti banyak belajar erti sahabat. yang kini cik Siti masih lagi menghubungi mereka....
Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, merupakan tempat cik Siti teruskan perjuangan sebelum kaki ini melangkah ke Maktab Adabi Muar. Di sini 5 musim cikSiti berhempas pulas membenih ilmu walau pun aku tahu keputusan tidaklah seperti yang di harapkan.. di sini juga banyak menyimpan kenangan pahit dan manis yang sampai sekarang ni masih lagi terpahat dlm ingatan.
Gambar ehsan dr portal SMKDBD hampir 15 tahu cik Siti meninggalkan sekolah ini namun bangunan yang tersergam indah adalah tetap yang sama. cuma yang berbeza adalah penghuninya yang silih berganti....Diperkarangan inilah bila hari sabtu penuh dengan aktiviti ko-kurikulum. yang pasti cik Siti ingat cik Siti masuk badan beruniform utk pandu puteri dan renjers yang pada ketika itu salah satu persatuan yang kurang glamor...he..he... Di sinilah banyak menyimpan kenangan aku... di dewan inilah setiap hari isnin aku berkumpul sambil mendengar kata-kata pengetua masa tu. En Ibrahim b Rawal. dewan ini juga menyaksikan aku banyak menyertai pertandingan peringkat sekolah dan daerah. Seperti Pertandingan pantun, sajak, pidato, bercerita dan syarahan. di dewan ini juga menyaksikan kelas aku pernah merangkul kelas terbersih yang ketika itu aku menjawat jawatan penolong ketua kelas. thank geng.. sebab bersama-sama merialisasikanya...
SEKOLAH DATO' BENTARA DALAM SEGAMAT NAMAMU TERPAHAT DI HATI SINONIM DENGAN MOTTOMU ~JASA DENGAN BUDI~
Dato bentara dalam
ReplyDeletesekolah tercinta
dato bentara dalam
namanya kita jaga
belajar terus belajar
bakti terus berbakti
jasa dengan budi
itu la sumpah kami
**lagu sek dato...aku igt lagi wooo....tahniah untuk aku...huhuhu**
cuba nyanyi sek tenang stesen boleh?
ReplyDelete