Mungkin perasaannya...

Teratak pena | Monday, January 23, 2012 | 4 Comments so far

Bulan lepas Cik Siti telah menghadiri krusus Empowering(Khas untuk Teamleader). maka ada satu VT yang ditayangkan tentang TMpoint Pelangi di Johor, and what? Tetiba sahaja hati Cik Siti merasa sungguh terharu dan bangga kerana mendengarkan ikrar yang pernah Cik Siti menang dulu dibacakan oleh mereka tanpa melihat skrip. mereka menghafalnya... mungkin inilah perasaan penyanyi bila mendengarkan lagu mereka dimainkan di radio dan juga televisyen.

Ini adalah sebahagian dari ikrar yang telah Cik Siti hasilkan....

Peringatan keselamatan kami landaskan
Kesempurnaan bekerja kami genggamkan...
Sesungguhnya
Tiada lain yang yang menjadi halangan
Untuk kami menjulang
Kejayaan dalam kerjaya...

Nak mengalir rasanya air mata ni.... sayu melihat dan mendengarnya...

Kursus

Teratak pena | Thursday, January 19, 2012 | 1 Comments

SMILE, COOL, WOW, KRISTAL, TEAMING WITH PASSION semua tu adalah cebisan tajuk kursus yang perlu Cik Siti hadiri. yang sebenarnya kursus ni dah lama dah..... sejak Cik Siti dari anak dara lagi. Tapi sejak setahun dua ni kursus ni giat dijalankan semula memandangkan ianya perlu untuk keperluan semasa. pelanggan kian bijak. dan juga kian jauh kehadapan. yang pasti Cik Siti perlu menghadiri kesinambungan dari setiap kursus yang diberi agar kerja Cik Siti lebih bermakna.

kursus ni banyak belajar erti sabar, berhemah dan yang penting adalah keyakinan diri kita. kalau tengok tajuk pun kita dah tahu basic dia. tapi setiap huruf tu ada makna yang tersendiri. jika Cik Siti berjaya merangkumkan kesemua nilai-nilai tu dah tentu Cik Siti akan berjaya. Kebanyakkan kursus bukan sahaja teori, malahan praktikal dan juga role play yang terpaksa Cik Siti tempuhi..... sebab itu Cik Siti suka dengan lagu-lagu motivasis dan sedutan film yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri....

kat sini Cik Siti nak kongsi VT ni tentang motivasi kisah team work. ianya berlatar belakangkan dinegara India. yang mana sebatang pokok telah tumbang mengadang jalan utama. masing-masing semua menunding jari untuk mengalihkan pokok itu. namun sekian kali hujan turun dan tiada keputusan dibuat masing-masing sanggup berteduh di dalam kereta atau kedai tanpa berbuat apa-apa dengan pokok itu.

Maka ada seorang kanak-kanak yang kebetulan lalu di situ cuba menolak pokok itu. kesungguhan kanak-kanak itu mendorong orang lain tanpa mengira kasta, agama, keluar untuk membantu sehinggakan pokok besar itu berjaya dialihkan. begitulah bertapa kuatnya semangat kerjasama. kerana kerjsama segala yang susah akan menjadi mudah dan yang lemah akan menjadi kuat




I'm back

Teratak pena | Tuesday, January 17, 2012 | 3 Comments so far

lama sangat tak jengah blog ni... bersawang sangat. ni kalau sapu sawang mahu mahu bertong-tong. maklumlah.... bila sekolah dah start kita pulak yang macam nak ke sekolah sama. apa-apa hal pun dunia blog Cik Siti belum terhenti. Semoga terima kembali Cik Siti ini....

Selamat Maju Jaya.....

Teratak pena | Tuesday, January 03, 2012 | 2 Comments so far

Salam Semua...

Tahun 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. dan tahun 2012 baru sahaja menjengah suarianya. ini adalah en3 Cik Siti yang pertama dalam tahun 2012(walhal orang lain dah berpuluh-puluh idea yang dilepaskan di dalam blog mereka)...

Okey, start esok ramai yang sibuk dengan anak-anak yang akan melangkah ke sekolah. tak ketinggalan juga Cik Siti. Tapi.... Cik Siti tak dapat nak hantar mereka kerana terpaksa kerja. maklumlah kerja dengan orang ramai ni.... terpaksalah bergilir-gilir. apa yang pasti semua keperluan sudah pun siap sedia. tinggal anak-anak yang nak ke sekolah je.


Syasya tahun ke-2 di tadika. sekolah yang sama tetapi mungkin dapat rakan yang berbeza. seronok betul bila kita buat persiapan. dia pun nak tumpang sekaki juga.


Firdaus tahun ni masuk darjah 2. sekolah yang sama dan Cik Siti harap dia akan belajar bersungguh-sungguh agar dia mencapai kejayaan yang cemerlang.... amin....

Kepada semua pelajar yang akan memulakan seisi persekolah tahun 2012 Cik Siti nak ucapkan selamat maju jaya....

kredit2: Cik Nurul
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page