Face Book

Teratak pena | Friday, December 25, 2009 | 2 Comments so far
Ha... ha... en3 kali ni aku nak umumkan dengan pujuk rayu dari adik-adik ditambah pulak dengan kawan-kawan yang menghasut, aku sudah pun termakan pujukan mereka dengan mengrejisterkan nama dalam face book. padan muka aku. aku tak tahulah boleh ke tidak aku nak manage dengan face book lagi dan 2 blog yang dah control... apa pun aku cuba yang terbaik....



src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/274/95D8D13A51A39E56DD9D28C1DFB43F4D.png" />


Cerita lama yang ku tinggalkan

Teratak pena | Wednesday, December 23, 2009 | 2 Comments so far
Wah, bukan main jiwang lagi tajuk cik Siti kali ni. nampak macam tengah baru lepas frust menonggeng. tapi yang sebenanya tengah dok ingat masa zaman cik Siti sekolah dulu. kalau boleh nak undur untuk masa tu alangkah bestnye..... tak payah nak ingat bajet, tak payah nak pikir cukup tak duit sampai ujung bulan. yang paling penting eppi.



Dah lama Cik Siti tinggalkan tapak yang Cik Siti panggil rumah ilmu. sudah sepuluh tahun lamanya. kalau diberi peluang nak belaja mesti otak cik Siti dah berkarat. He..he..he.. tambahan pula dengan 'handbag' yang dah ada 3 orang (anakle..) yang pasti satu perkara yang masih belum boleh Cik Siti tinggalkan. sampai la ni cik Siti suka menulis. pada cik Siti menulis tu satu kepuasan. bukan saja dapat menyampaikan ilmu malah cik Siti juga mendapat ilmu.



yang banyak menyimpan kenangan di sekolah adalah di sekolah rendah Kebangsaan Sempang dan Tenang Stesen. Sebab apa????



Kat Sekolah Kebangsaan Sempang cik Siti belajar mengenal ABC, 123 dan alif ba ta. juga cik Siti berjumpa dengan ramai kawan selain dari pak dare dan jiran depan rumah( yang kini dah jadi adik ipar)


kat sekolah Rendah Tenang Stesen cik Siti banyak belajar erti sahabat. yang kini cik Siti masih lagi menghubungi mereka....


Sekolah Menengah Dato' Bentara Dalam Segamat, merupakan tempat cik Siti teruskan perjuangan sebelum kaki ini melangkah ke Maktab Adabi Muar. Di sini 5 musim cikSiti berhempas pulas membenih ilmu walau pun aku tahu keputusan tidaklah seperti yang di harapkan.. di sini juga banyak menyimpan kenangan pahit dan manis yang sampai sekarang ni masih lagi terpahat dlm ingatan.
Gambar ehsan dr portal SMKDBD hampir 15 tahu cik Siti meninggalkan sekolah ini namun bangunan yang tersergam indah adalah tetap yang sama. cuma yang berbeza adalah penghuninya yang silih berganti....
Diperkarangan inilah bila hari sabtu penuh dengan aktiviti ko-kurikulum. yang pasti cik Siti ingat cik Siti masuk badan beruniform utk pandu puteri dan renjers yang pada ketika itu salah satu persatuan yang kurang glamor...he..he... Di sinilah banyak menyimpan kenangan aku... di dewan inilah setiap hari isnin aku berkumpul sambil mendengar kata-kata pengetua masa tu. En Ibrahim b Rawal. dewan ini juga menyaksikan aku banyak menyertai pertandingan peringkat sekolah dan daerah. Seperti Pertandingan pantun, sajak, pidato, bercerita dan syarahan. di dewan ini juga menyaksikan kelas aku pernah merangkul kelas terbersih yang ketika itu aku menjawat jawatan penolong ketua kelas. thank geng.. sebab bersama-sama merialisasikanya...



SEKOLAH DATO' BENTARA DALAM SEGAMAT NAMAMU TERPAHAT DI HATI SINONIM DENGAN MOTTOMU ~JASA DENGAN BUDI~








I'm Back!!!

Teratak pena | Wednesday, December 16, 2009 | Be the first to comment!
Wah... dah lama tak updated blog Cik Siti yang kiut-miut ni (prasan le pulak) bukan apa, bz memanjang. dapat pulak ketua tengah cuti bersalin. lagilah pulak. semua keje dia Cik Siti kena ambil alih. cukup bulan pening kepala nak buat recon.

mula-mula tu macam si buta mencari tongkat. semua lubang Cik Siti menanya. nasib baik semua mahu nak membantu. la... ni dah sebulan setengah Cik Siti dah boleh manage. Cuma yang tak bestnya sakit badan dan letih tak cukup rehat.

Okeylah, tak apa lagi nak membebel. cuma macam mana dengan rumah baru ni? okey tak? sebelum nak tambah aksesori, nak juga pendapat korang....

Boleh?????



mangsa ragut

Teratak pena | Friday, November 27, 2009 | 1 Comments
apa yang aku nak ceritakan untuk kali ini adalah pasal ragut. Bukan lembu yang ragut rumput tu, tapi lembu bernama manusia yang ragut hasil titik peluh orang. dan aku adalah salah seorang mangsanya.

cerita ni terjadi dalam 4/5 tahun lalu yang mana aku kerja di TM. masa tu aku dah keje kat Kepong. tapi masa tu kita orang masih belum pindah kat taman usahawan kepong. masa tu office aku kat desa jaya. masa tu jam dah menunjukkan ke angka 630 petang. masa untuk balik rumah. jadi.... lepas aku ambil beg, aku pun keluar sambil menantikan kawan yang tengah kunci pintu. sebab aku tumpang dia.

sambil tunggu dia, aku pun menikmati panorama petang sambil aku memandang ke arah jalan. masa tu aku pegang h/bag. tengah aku tunggu kawan aku kunci pintu aku nampak ada sorang nyonya tengah jalan sambil bawa beg plastik. and then aku nampak ada motosikal sedang menuju ke arah aku. berdua. aku kaget. makin lama makin dekat. pas tu....

zap! pembonceng tu rembat handbag aku. aku diam. aku kaget. bila member aku berpaling, aku boleh pandang muka dia. "Kie...akak kena ragut." ";})();ButtonMouseDown(this);'> perlahan je aku cakap. dia tak sempat nak kejar sebab yelah, orang tu naik motor, yang dia ni pakai kaki.

"apa yang hilang?" Aku geleng.

"Kunci rumah."

"habis? beg duit?" Tuhan tu maha kaya. mungkin ada rezeki aku. beg duit dan handphone ada kat tangan aku. yang peragut ambil cuma beg kosong yang ada kunci pintu rumah.

dia tanya samaada nak buat report. aku geleng. lagi pun i/c beg duit dengan h/phone aku ada. balik tu juga aku suruh my hubby tukar kunci.

la...ni... aku pergi kerja dah jadi macam budak sekolah. pakai beg sekolah. bukan apa, senang nak isi barang dan backlong. he...he... pengalaman itu juga membuatkan aku lebih berhati-hati. aku suka pakai baju yang ada kocek termasuklah baju kurung sebab mana yang agak banyak aku sumbatkan dalam kocek. dan aku juga sentiasa was-was dengan motor-motor yang senang-senang menghampiri aku. termasuklah my hubby sebab dia nak 'culik' aku balik rumah. he...he...







:wave::puppyeyes::puppyeyes::puppyeyes::puppyeyes:

SELAMAT HARI TAYA....

Teratak pena | Thursday, November 26, 2009 | Be the first to comment!

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM, KELUARGA DAN SANAK SAUDARA JUGA SAHABAT HANDAI, KEPADA FOLLOWER YANG DIKASIHI TIDAK LUPA KEPADA PEMBACA BLOG BAYU KENANGAN SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA.....



rumah sementra...

Teratak pena | Saturday, November 14, 2009 | 2 Comments so far
tak tahu kenapa.... tak pe. ni buat sementara waktu je. nanti kita jangan mare ye....semua ilang time nak save. mungkin tak cukup back-up


rileks minda

Teratak pena | Friday, November 13, 2009 | Be the first to comment!

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasamelayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabiladiganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometerdaripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kitaakan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku dan tersenyum seorang seorang.



Entiti yang bebas

Teratak pena | Monday, November 09, 2009 | 2 Comments so far
Aku pun tak tahu mana puncanya, mungkin sebab sekarang ni kat amereka tengah sambut Hollowen sampai tempiasnya pun kat kite. ke sebab memang tempat tu sendiri yang ada 'penantinya?' cerita yang aku nak cerita ni antara percaya atau tidak. cerita nidah lama tak dengar tapi lately ni macam dah jadi sebati pulak kat opis aku.

hari selasa:
aku duduk dalam bilik sambil buat balancing. masa tu jam dah tunjuk ke angka 740 malam. tengah aku buat balancing ada tercium bau rokok. jadi aku jerit ada sesiapa merokok kat luar ke? yelah, mahu aku tak pitam? air-cond dengan bau rokok yang amat kuat. mesti aku melenting. tambahan pulak my hubby bukan kaki merokok. antara dengar ataun tidak, si Najib menyahut. 'akak jangan tegur.' aku diam dan buat selamba. jadi aku pun tak ambik pusing.

hari rabu:
waktu lebih kurang sama. aku cam biasa dalam bilik buat balancing. yang ada kat luar masa tu ina, najib, dan mis. mase tu le diaorang dengar sesuatu. aku cuma antara dengar atau tidak. yang tinggal mase tu memang 4 orang tapi yang menakutkan mereka dengar bunyi yang sama. hilaian..... si najib tegur. dengar tak apa yang aku dengar. memasing semua senyap dan pandang sesama sendiri. aku pun keluar dan pulang paku buah keras kat najib.' Jib... jangan tegur. itu bunyi siren je.' aku cakap. saja nak bagi hati memasing tenang.
bila semua dah balik tinggal aku dengan mis menyambung kerja yang tak siap jam dah masuk ke angka 800 malam. masa nilah si Mis pulak yang kena. aku dengar ada bunyi orang membaling kearah white board. kuat dan nyaring. aku pandang mis dan mis pandang aku. akhirnya mis berbunyi. 'kak, dia dah bagi warning suruhbalik tu.' aku apa lagi susun apa yang patut dan kemudian aku campakkan dalam laci. tapi masa tu hati aku tak tahulah nak cakap. masa nak tutup pintu office berderau jugalah darah. mahu mencecah 190/130.

hari khamis:
aku datang office cam biasa kul 715 pagi, apa yang aku pelik, lampu yang aku bukak malam tadi tertutup dan lampu di kaunter pulak yang nyala. aku masuk dan aku tengok gelap gelita. macam mana ni? aku bukak semua lampu. okeylah aku tak syak apa-apa jadi aku cari suis dan bukak. tak nyala. emmm aku membebel sorang-sorang black-out ke? tapi kalau black-out lampu kat depan tu gerenti tak nyala,kan? jawabnya tunggulah member untuk bukak pintu bilik main suis dia. sedang aku membebel sorang-sorang tu si nita datang. selamat aku. tak adalah aku bergelap sorang-sorang. aku tak tahulah kebetulan atau saja 'dia' nak kenakan aku tetiba je ada lampu. pelik tak korang? masa tu aku tak usik apa-apa pun.

sampai sekarang aku masih di dalam misteri..........



Thank u.... Thank uuu...

Teratak pena | Saturday, November 07, 2009 | 2 Comments so far
Kepada semua yang mengenali diri ini dan yang mengucapkan happy besday thank very much....
so sorry masih belum kesempatan nak updated blog sebab masih dihujani bank recon yang masih tak tele lagi. dead line 5/11 la ni masih aku perapkan bank recon. kalau dah settle nanti aku updated. okey



Kenangan Di Maktab Adabi Maharani (Muar)

Teratak pena | Monday, October 26, 2009 | 23 Comments so far
Jumpa lagi... kali ni aku nak kongsi kisah dan pengalaman aku sewaktu aku belajar di Maktab Adabi Maharani(MAM). Bukan apa, sekolah inilah yang telah banyak mendewasakan aku. belajar nilai kejujuran dan mungkin sebab bayar bulan-bulan? first sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada CHERITA NAN LALU yang banyak menyingkap hidup di MAM. yang bezanya aku ni kira senior dialah. he...he... tapi aku bangga dan mengucapkan tahniah kerana dia sudah berjaya. aku akui yang aku bangga belajar di sana walau pun kelengkapan tidaklah sehebat sekolah swasta yang lain.

macam mana aku boleh sangkut belajar kat sana? selepas aku SPM, tunggu panggilan tingkatan 6 pun tak dapat jadi mak aku pun suruh aku sambung belajar. Masa pendaftaran aku berjumpa dengan cikgu Zainab. Cikgu yang mengajar aku sejarah 6. Mula aku nak return tingkatan 5, tapi dia kata "buat apa nak patah balik? ambil STPM. Cuba. Mungkin SPM tidak seindah rupa mana tahu STPM boleh score?" Okeylah... aku pun sahut cabaran tu dan ambil STPM.

Masa aku lower six tak adalah yang menarik sangat, sebab ramai satu kelas. aku pun masa ni dok diam je. aku masih ingat cikgu-cikgu yang mengajara aku:
Cikgu Zakaria(pengetua) : Sejarah 2. dia ni kedekut markah tul. aku tak kisah. sebab masa result aku tak sangka aku boleh dapat A2 dalam sejarah walhal aku kondem dalam SPM.
Cikgu Zainab: dia ajar sejarah 6. aku sebenonya pelik, sebab masa STP aku kaw-kaw rembat markah sejarah. al-hamdullilah...
Cikgu Maimunah: Dia ni cikgu Pengajian Am. kalau sesiapa yang tak siap keje sekolah siaplah dengan cubitan yang memang perit. mulalah membebel. kelesa....(malaslah tu) Tapi cikgu ni comellah.
Cikgu Othman: dia ajar ekonomi. yang menarik tentang cikgu ni orangnya kecik tapi suara mak oi! sampai simpang jalan masuk sekolah boleh dengar suara dia. satu lagi, dia ni boleh menulis tangan kiri dan kanan. cantik pulak tu tulisan dia.
Cikgu Hassan: dia ajar aku Geo masa lower six sebab aku reject subject tu upper six.
Arwah Cikgu Haznah: dia ajar aku sastera. apa yang aku dengar dia meninggal sebab breast cancer.

okeylah, bila dah lama kat MAM ni rasa macam seronok plak. masuk 6 atas bebudak kelas aku kalau tak caya budak lelaki cuma ada 5 orang, Zizie, nasir, Senin, Suhaimi dengan Nazli. tapi 5 orang macam 50 orang kalau si senin dengan Nasir ada dalam kelas kecoh kelas dibuatnya. pengalaman yang tak boleh dilupakan masa senin bawa masuk basikal Asiah dalam kelas. menjerit cikgu maimunah. itu pun gara-gara Senin nampak basikal Asiah basah kena hujan,

6 Atas juga banyak aktiviti yang aku sertai. Kem motivasi terutamanya. bersama-sama dengan bebudak 6 rendah. Group aku Zizie, emma, Ani, Jun, Mona, Ila(6 Rendah) dan ajak (6 rendah) banyak menyimpan kenangan. insyaallah nanti aku akan buatkan cerita dan muatkan di dalam blog Teratak Pena aku. kelakar dan tidak boleh dilupakan.

satu lagi aktiviti adalah Hari Adabi yang mana setiap kelas dikehendaki menjual barang/makanan. itu pun ada pengalaman yang tersendiri, yang paling aku tak lupa masa pertandingan sajak aku boleh lupa tengah jalan. itu pun gara-gara aku dok ingatkan pertandingan berbalas pantun. he...he...he..

Okeylah, satu lagi yang istimewanya sekolah ni pantang kalau cikgu ada mesyuarat. Pengetua dok ketuk pintu dan jerit Ujian Tergempar!!!!!! ceh! tak pe, kite tiruuuuu....

Bila hujan, aku paling takut. aku pergi sekolah bukannya dekat, dari melaka (Merlimau je). kalau hujan aku berat kaki nak ke sekolah. sampai sana aku tengok alamak!!!!!! sekolah kita sudah naik air be..... pernah sekali dalam kelas waktu ekonomi, luar dah banjir tapi terperangkap dalam kelas. apa lagi, panjat kerusi susun sampai keluar. pengalaman yang mencabar!

walau apa pun rupa sekolah tu, aku bangga belajar di sana. Cikgu di sana baik-baik dan aku dah lama tak jejakkan kaki kat sana. walau apa pun kenangan tetap terpahat.

6 Atas2: Zizie, nasir, senin, suhaimi, nazli, nuri, adiek, yati, aina, ani, emma, asiah, niza, aisyah, efa, Mona, Jun, ....dan...dan...(ada yang aku kurang ingat akan namanya) kalau ada jodoh aku berharap dapat berjumpa dengan korang semua....



Panggilan Haji Sudah Tiba lagi....

Teratak pena | Friday, October 23, 2009 | Be the first to comment!
Tanggal 21/10/2009 mak sedare kite mendapat seru untuk ke tanah suci. meninggalkan anak-anak dan ayah serta ibu membuatkan si anak sulung tabah untuk menjaga adik-adik. Itu tak pe, yang aku nak cerita macam mana aku nak gi sana. Penerbangan mak sedare kita dijadualkan jam 930 malam. kite suruh my hubby ambil kul 630. 630 my hubby call suruh naik bas sampai kat kepong sentral sebab jalan jem(kl kalau hujan inilah padahnya). masa nak cepatlah bas tak ada, teksi apa lagi. at last dapat bas aku pun naik. wa la wehhhhh jem gila kat desa jaya, menghala ke sungai buluh. Tak boleh jadi. aku turun kat desa jaya dan aku terus jalan kaki (lebih kurang 10 minit perjalanan). berpeluh-peluh aku dibuatnya.

jalan nak ke Kelana Jaya lebih memeritkan. bayangkan, jam dah menunjukkan ke angka 730. Jalam masih lagi jem. kepala aku dah sakit. Tak boleh jadi, sampai kat Shell kelana Jaya berhenti kejap. gi tandas. nak tahu aku sampai kat sana kul bape? Nak kul 830. Nasib baik le sempat jumpa.

walau bagaimanapun kite berdoa agar mak sedare kita selamat pergi dan selamat kembali....amin....



Rutin Harian

Teratak pena | Monday, October 19, 2009 | 2 Comments so far
Okeylah, utk kali ni aku nak ceritakan pasal rutin harian setiap hari isnin hingga jumaat, Time keje le. ari sabtu aku setengah hari. Bila cite pasal keje ni memang kadang-kala kita akan rasa malas nak gi keje. tapi sebab nak cari rezeki, tempulah ye... terutama sekali keje macam aku ni. ari-ari jumpa dengan pelnggan. yang baik, okey. Yang bising, kite pun dah jadi tak okey.

Kul 6-6.30 pagi
Biasa aku dah bangun utk mandi dan gosok baju. si Abby masih lagi melayani mimpi. tapi kalau dia dah tido awal malam tadi, dia pulak yang jadi jam loceng kite.

Kul 7 pagi
Aku dah keluar rumah dan kemudiannya aku antar si abby rumah Mama Ani dia. dia tak kisah kalau aku nak pegi keje. dia boleh pulak lambai aku. jadi aku pun tak risaukan nak tinggalkan dia. Maklumlah dia pun belum mencecah 2 tahun.

kul 745
biasanya aku dah sampai kat opis. kalau hubby keje pagi lagi awal dari tu. sebelum mula keje aku pastikan komputer utk kaunter payment dah on semuanya. kalau lambat, mahu menggelabah bila pelanggan dan depan mate.

Kul 815
Biasa ada doa dan ikrar. la ni dah tak boleh nak gi toilet atau nak ronda. Coz 5 minit sebelum loceng keje menjerit kena duduk kat kaunter.

Kul 830
keje Time.... focus....focus... pung pang dengan pelanggan, kite pulak pung pang dengan sistem. Tolong.... sistem dah kejung..... bila lagi nak siap ni????


Kul 5.30
Mase ni tmpoint dah tutup. kalau awal bulan jangan harap nak tengok mase ni pelanggan dan tak de. terutama sekali bahagan application. mahu jejak kul nam. aku bile abis ke kene buat balancing. dah balace kena tunggu laporan. itu kalau aku kena buat laporan cek. biasa kalau paling cepat aku balik pukul 7.00 malam

kul 830 malam
masa ni lah kebiasaanya aku balik. bila dah ambik abby, aku pun terus buatkan dia susu. sebelum aku tidurkan dia aku mandi dulu.

kul 1000
bila abby dah tido aku pun bukak blog dan updated apa yang perlu.

kul 1200
pergh... mata dah mengantuk. esok nak gi keje pulak. nak zzzzzzzzzzzzzzzzzz........

Itulah dia. saban hari buat keje yang sama. pegi keja tak nampak matahari balik pulak matahari dah terbenam. ermmmmm

Malas.....

Teratak pena | Friday, October 16, 2009 | Be the first to comment!
Ntah kenapa, ari ni rase macam malas je... kalau tak updated blog leh x?????

Nak tido awal. esok nak balik kampung. nanti pas blk kg kite update ye...


Majlis Perkahwinan di Melaka

Teratak pena | Wednesday, October 14, 2009 | 1 Comments
La ni aku tak tahu nak updated apa. pasal keje, ari memang tengah tesion. semua pelanggan ari ni blurrrr semacam. lain di tanya, lain di jawab. bila belek laptop ternampak folder mak sedara kawin dulu. Bila tengok nak pulak buat pasal majlis kawen kat kampung aku.

Okeylah, kalau nak ikut dulu-dulu tu memang susah nak jumpe. tapi walau bagai manapun banyak yang masih lagi dipertahankan. macam hantaran. 'ibu' dia sireh junjung. kalau tak ada ni bukan kawen namanya. lagi pun kalau nak bertantang, sireh junjung yang jalan dulu. yang pasti ada petua pulak bagi sireh pada anak dara supaya dapat jodoh. Ye ke? aku pun tak tahu sebab jodoh tu terletak di tangan tuhan.
dah adat orang kampung semua kenduri-kendara mesti bergotong-royong. Tak payah nak pakai katering. bila jemput memang sah diaorang datang sebab kebanyakkan mereka ni suri rumah. Yang pasti bila kerja mereka selesai tuan rumah tidak akan lupa dengan berkat yang diberikan kepada mereka.

Yang tua kita hormati yang muda jangan main mata. Kat Melaka bila pengantin datang tuan rumah akan sambut dengan beras kunyit. masa itulah tudung penuh dengan beras kunyit. tanda kedatangan pengantin dan rombongannya dialu-alukan.


Ini pulak acara sampingan. kalau nak. yang pasti bukan sahaja bebudak yang nak rebut gula-gula. tapi mak-mak budak dan bapak-bapak budak pun ada.



Ini Lauk-pauk yang mesti ada. ikan tak ada yang kecik. Tak mainlah sadin, kembung. calang-calang ikan siakap. semuanya buat sweet sour




Ini yang tidak boleh tinggal. udang panjat. nak tahu mana letak udang ni, jenguklah depan pengantin. mesti ada. Ini sudah menu wajib


Bila dah datang, semua tetamu dilayan istimewa. siapa yang datang dengan pengantin tidak akan berada di dalam balai lain selain balai pengantin. apa yang pengantin makan, segala rombongan akan dapat menu yang serupa. kecuali udang panjat tadi itu le....

Okeylah.... nak tunjukkan gamba kawen kita nak kena scan satu-satu. nanti kalau ghajin kita tunjukkan. sebab aku dapat merasa pakai sanggul lintang. satu-satunya pakaian warisan melaka.....









BerJaga-Jaga dengan Kata 2

Teratak pena | Tuesday, October 13, 2009 | 1 Comments
Post sebelum ini aku pernah ceritakan tentang kata-kata. Telajak perahu bolehlah kita undur. kalau telajak kata buruk padahnya.

Okeylah, cerita kedua yang aku nak ceritakan ni adalah kisah masa aku tingkatan 2. mase tu ada majlis perkahwinan Mak sedare aku. jadi kita ni yang anak dara teringinlah nak pakai inai. So, nak jadikan cerita aku tempekkan inai kat kaki. Nak tempek kat tangan, nanti bila naik sekolah mahu kena katuk dengan guru disiplin.

Tengah syok aku tempekkan inai kat kaki adalah seorang hamba Allah ni bersuara. merangkap dua pupu aku.

"Hek Eleh.... kecik-kecik dah gatal nak pakai inai. siapalah agaknya yang nak kahwin dengan dia."

Aku pun menjawab. "Peduli apa aku. kaki aku. bukan kaki kau. yang kau sibuk kenapa?"

Yang si abangnya menjawab. "Kamu ni janganglah kacau dia. Tak baik." Aku apa lagi menjeling geram dan dia pulak ketawa bagai nak rak.

Itulah kata orang. kalau dah jodoh tak ke mana. At last aku pakai inai untuk dia. la ni dia dah jadi suami aku. Yang bestnya aku ni kahwin bukan suka sama suka. tapi dengan rancangan orang tue. nak tahu cerita disebaliknya, satu hari aku akan ceritakan.

So, kalau kita tak suka seseorang tu jangan tunjukkan sangat sebab satu hari nanti kita pasti akan menyanyanginya.....



Apa Beza Meow dan Kucing?

Teratak pena | Monday, October 12, 2009 | Be the first to comment!
Post kali ini aku nak singgah ingatan aku pada 2 tahun dulu. Yang mana peristiwa ni berlaku di kampung. Masa tu cuti Tahun Baru Cina. jadi bila dah cuti panjang tu apa lagi? sudah tentu balik kampung. Aku bertolak petang tu dan sampai azan maghrib mula berkumandang. Bila sampai sana, rutin makan malam lepas isya'. Jadi lepas Magrib tu dan sibuk nak masak dan panaskan lauk.

Bila dah siap, Fir (anak aku no 1) yang masa tu dah pun 3 tahun. jadi dah pandai cakap dan mengarah. dia pun sibuk kat dapur nak menolong. jadi malas nak tengok dia merajuk, bagilah dia angkat yang ringan. bila dah ramai, nak makan atas meja dah tak muat. jadi adik aku pun bentangkan saprah dan makan di bawah.

Bila dah siap semuanya, jadi aku suruhlah anak aku ni panggil nenek dia makan. bila dah duduk semua, si Fir ni pun bersuara. "Meow, jom makan." sambil dia menepuk dilantai nak ajak kucing tu duduk sebelah dia.

jadi adik aku ni dengar dia pun sampuk.

"Fir, jangan panggil meow..."

"O, Tak boleh ye Mak Ngah. Tak pe. Kucing...oh...kucing. Jom makan."

Aku yang dengarnya tergelak. aku tahu niat adik aku supaya kucing tidak turut serta. Tapi anak aku lebih pandai menjawab. akhirnya adik aku bawa lari kucing dan berkata.
"Kucing tak boleh makan sekarang. nanti Mak Ngah bagi dia makan."

Fir.... Fir.... dia boleh pula terpinga-pinga orang gelakkan dia....

Itulah pengalaman yang tidak boleh aku lupakan.


MY NEW BLOG

Teratak pena | Sunday, October 11, 2009 | Be the first to comment!
He... he.... he....

utk post kali ni aku nak umumkan satu berita. kalau korang semua nak cakap apa aku tak kisah. yang pasti aku dah terbitkan satu blog baru iaitu Tinta Pena. bersesuaian dengan minat aku menulis di sini korang boleh baca karya aku. Tak kiralah apa jua. yang penting kepada sesiapa yang lapang, bolehlah baca dan berikan komen. okey, So, apa tunggu lagi..... link ke Tinta Pena adalah;

http://teratakp3na.blogspot.com

tq....tq...tq...



Jaga-jaga bermain dengan kata

Teratak pena | Friday, October 09, 2009 | Be the first to comment!
Baju songket penuh labuci
Dipakai oleh para penari,
Sebab mulut orang benci
Sebab mulut juga kawan lari

okeylah, kali ni so sorry lambat updated blog dan kali tak ada gambar ye. bukan apa, al-maklumlah musim raya ni, rumah terbuka sana, kenduri sini. itu yang sibuk. entah kenapa masa balik kampung aku tiba-tiba teringat dengan satu mamat ni. bila ingat nak gelak ada, kesian pun ada.

cerita bermula masa aku kerja kilang di Melaka. Kilang TEAC. Masa tu sebelum aku masuk TM. Aku jadi QC kat sana. kerja aku cek barang dari kilang lain. kira aku jaga Subcon. adalah satu hari tu, aku cek satu kilang ni barang dia reject. jadi bila dah reject, kita panggil nak buat rescreen balik. kebetulan masa tu, aku kerja normal shif. jadi semua production line keluar makan dan tinggallah aku yang melayan mereka.

Bila aku berpaling nak ambil reject, ada satu mamat dari kilang tu panggil aku. "Hey, gemuk. Gemuk! kau mari sini sekejap. bagi tau apa yang salah dengan barang yang aku hantar ni." jadi aku pun datang kat dia dan suruh dia tunggu sekejap. Aku tak marah tapi aku buat biasa je. namun datang satu member kilang aku ke arah dia bila dia dengar macam mana dia panggil aku. dia sound "kau datang tempat orang tak bagi salam lepas tu kau buat kilang ni macam kilang kau ada juga yang kena sumbat dalam mesin tu nanti." nasib baiklah orang tak dengar sebab time rehat.

aku malas nak panjang lebar aku pun tenangkan member aku tu. tapi mamat ni memang mulut celupar agaknya, dia menjawab juga. "elehh... dia tak bising awak yang melenting." Bila aku tenangkan mereka akhirnya mereka bersurai. lagi pun aku malas nak ambik hati. baiarlah. lagi pun nak kata orang dia pun sama.

keesokkan harinya, sekali lagi kilang yang sama buat masalah. reject lagi. jadi bila dah call dia pun datang. tapi aku pelik, kali ni dia tak bercakap. mungkin dia selsema sebab dia pakai mask masa tu. aku buat bodoh mula-mula. tapi rasa macam tak sedap hati bila dia mengelak dengan aku. dalam diam aku tanya dengan kawan ni.

"kenapa dengan dia tu? ada masalah ke? kenapa dia pakai mask?"

Kawan dia dengan perlahan beritahu "dia accident semalam. jatuh motor masa balik. habis mulut dia terluka." aku terkejut. tapi aku fikir balik. mungkin Tuhan tu nak tunjukkan apa yang telah dia lakukan. sebab memang aku tak ada niat nak dia jatuh motor.

Mungkin memang benar kata orang sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana... oleh itu, berhati-hatilah bila berkata dan jangan sesekali buat aniaya kepada orang. satu hari nanti bila kena kepada kita jangan pula kita persoalkan....



corat-coret aidilfitri 2009

Teratak pena | Tuesday, October 06, 2009 | Be the first to comment!
Bunga Mawar penuh berduri,
Dipetik puteri ke dalam raga
Corat-coret diaidilfitri,
untuk santapan seisi keluarga

Agaknya mungkin masih belum terlambat untuk meraikan Syawal. Rayakan sebulan. Jadi untuk post kali layankanlah gambar yang aku dapat snap ari tu. Itu pun adik aku yang jadi jurugambar. Layanlah gambar-gambar kandid yang diambil ari tu...
Ibu.... kalau Abby menyapu sampai satu ghumah ni boleh dapat upah lebih tak???? Abby tengah ghajin ni.

Dua puluh sen boleh simpan dalam poket a.... kalau 20 inggit kite nak. nak beli kete kontrol.... bolehkan?

Ala.... Syaya.... kenapa bank inkan duit ghaya dalam akaun Syaya. Bukan ke abang bagi tau bank inkan dalam akaun abang.... habislah duit aku......wa.....wa....

Please..... Syaya nak duit ghaya nak beli lipstik Maybline. dapat 2 inggit pun jadilah. yang lebih kite minta kat ibu. Please.......

Beli-beli kepek tinggal sikit je. 2 inggit setelap. mey lah kakak... meylah abang.... beli-beli. murah je ni.

Tima kasih nanti datang lagi. ye.....


Ha.... kakak sorokkan duit ghaya saya dalam ni ye... kabo pada ibu nanti. tak baik tau buat Abby macam ni.
Sayang kakak.... Nanti kite kongsi duit ghaya ye. duit abang yang kakak bank inkan tu kite kongsi dua ye....he....he....cian abang.












Streamyx akaun

Teratak pena | Sunday, October 04, 2009 | 2 Comments so far
Lidah ini kelu berbicara,
bila melihat si gadis kenit
Hati ini bagaikan gembira,
Hari-hari tale internet.


Senangnya dalam hati kalau ada internet streamyx. Hari-hari surf internet pun tak kisah. dulu guna ezynet. la ni guna 1mbp streamyx. puas ati aku. nak cari info dan updated blog tak payah nak garu kepala. tak payah nak curi-curi guna pc opis.

ha.....ha.... gumbira ati ini.....


kasih adik-beradik

Teratak pena | Wednesday, September 30, 2009 | 1 Comments

Anak punai di dalam sangkar,
sayang jatuh di atas batu,
Apa guna kita bertengkar,
Adik-beradik harus bersatu.


okeylah post kali ni aku nak ceritakan pasal adik-beradik, gambar atas tu gambar anak-anak aku. dua orang anak dara ni bukanya sebulu. asyik nak gaduh. tapi biasalah adik-beradik. Bila si kakak menangis si adik pandai pujuk hulurkan mainan. Bila si adik peluk dia kata 'ayang' (sayang).
Pasal adik-beradik aku pulak mase kecik pun kaki gaduh. tapi dah besar tak adalah pulak. Biasalah belum matang lagi. aku penah kene buli dengan adik aku yang tengah (Angah) bila dia paksa aku tengok wayang. Sebab apa, umur dah 25 tahun tapi tak penah masuk panggung. pakai baju kurung sambil tengok cite omputih 'antitrust'. itulah first time aku masuk panggung. tapi bila dah mula sekali, bila time gaji je aku ajak adik-adik aku tengok wayang. mase tu aku anak dare lagi. pelik kan? aku kena buli dengan adik aku sendiri. jangan mare ngah....
satu lagi cite adik-adik beradik yang aku nak kongsi sama adalah tentang pengasuh anak aku. dia mempunyai 6 orang anak. apa yang aku nak citekan tentang anak dia no 1 dan 2. dua-dua lelaki. Yang sulung adalah remaja 'istimewa'. Berusia 18 tahun dan no 2 17 tahun. satu hari aku berkesempatan balik awal dan masa aku ambil anak aku tengok keakraban adik-beradik ini.
dalam sayup kedengaran dalam bilik si adik ceritakan kepada si abang. biasalah remaja lelaki bukan ke suka baca komik. si adik cerita sambil ada sound sistem lagi. yang abang dok gelak dan dengar dengan teliti. sebab dia tak boleh nak baca. si adik jadi orang tengah tolong sampaikan apa yang ada dalam komik tu. jarang aku tengok adik-beradik terutamanya lelaki remaja yang bersikap macam tu. dalam diam, aku kagum.
memang benar kata pepatah air yang dicincang takkan putus.


berbuka puasa di Singgahsana

Teratak pena | Thursday, September 24, 2009 | Be the first to comment!
Menanti berbuka sambil berangan,
Menyambut tangan dengan ehsan,
Bersama kita menikmati hidangan,
mengeratkan hubungan sesama insan
okeylah.... yang sebenonya sebelum post ikan bakar aku nak updated lagi pasal jamuan berbuka di singgahsana. oleh sebab masalah teknikal (den punya pen drive kene virus) terpaksalah extended. so.... sekarang marilah layan gambar yang aku tak sempat nak post ari tu....
inilah hotel tempat kami berbuka...

tengoklah mereka tu, belum raya dah bergaya.... Mad apa kurangnya, lagak cam nak gi nikah je.... dari kiri Mad, Meera, adik Syuk, Najib, Wid, dan K-rol


yang ini gambar Wan dengan buah hati pengarang jantung dia.....sedondonnnnnnn....

Tengoklah meja bebudak bujang ni. selagi ada semuanya dia sapu.....

yang ini pulak is dengan awekkkkkk dia. pandai berlakon ye. nampak baik pijak semut tak mati. jom datang opis tengok perangai dia yang sebenarnya...he....he....he....
ni laks poon dengan dia punya lengloi.... manyak kiut a..... Thanks poon sama meraikan...
jangan salah sangka, mereka ni bukanlah suami isteri, saje je ni zami tu tumpang kali.... mie.... jangan mare

yang ini the bigggg bossss... cik wani dengan hubbbynya. yang belakang tu si Najib saje nak tumpang glaemor
Dua merpati sejoli... Mad dan jijah mad dan meera... mad, tahulah nak cukupkan kuota 4 orang tapi.... takkan 1 opis kot? Pakat nak guna 1 Malaysia ke?????
Ha...... ini gambar kite dengan anak-anak bersama dengan Wan, Mad dan jijah.....
Ana, A'asha dan Kak Ayu selaku duta makan malam tu. Patutlah badan kekal langsing. tak nampak nasi langsung. ke dah bedal dulu????? jangan mare ye...
Okeylah dah panjang berjela membebel Sorry kalau ada yang terasa, kite gurau je.... ape-ape hal pun kite semua satu bumbung. ****The sweet memories 2009*****















 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page