Jumpa lagi... kali ni aku nak kongsi kisah dan pengalaman aku sewaktu aku belajar di Maktab Adabi Maharani(MAM). Bukan apa, sekolah inilah yang telah banyak mendewasakan aku. belajar nilai kejujuran dan mungkin sebab bayar bulan-bulan? first sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada CHERITA NAN LALU yang banyak menyingkap hidup di MAM. yang bezanya aku ni kira senior dialah. he...he... tapi aku bangga dan mengucapkan tahniah kerana dia sudah berjaya. aku akui yang aku bangga belajar di sana walau pun kelengkapan tidaklah sehebat sekolah swasta yang lain.
macam mana aku boleh sangkut belajar kat sana? selepas aku SPM, tunggu panggilan tingkatan 6 pun tak dapat jadi mak aku pun suruh aku sambung belajar. Masa pendaftaran aku berjumpa dengan cikgu Zainab. Cikgu yang mengajar aku sejarah 6. Mula aku nak return tingkatan 5, tapi dia kata "buat apa nak patah balik? ambil STPM. Cuba. Mungkin SPM tidak seindah rupa mana tahu STPM boleh score?" Okeylah... aku pun sahut cabaran tu dan ambil STPM.
Masa aku lower six tak adalah yang menarik sangat, sebab ramai satu kelas. aku pun masa ni dok diam je. aku masih ingat cikgu-cikgu yang mengajara aku:
Cikgu Zakaria(pengetua) : Sejarah 2. dia ni kedekut markah tul. aku tak kisah. sebab masa result aku tak sangka aku boleh dapat A2 dalam sejarah walhal aku kondem dalam SPM.
Cikgu Zainab: dia ajar sejarah 6. aku sebenonya pelik, sebab masa STP aku kaw-kaw rembat markah sejarah. al-hamdullilah...
Cikgu Maimunah: Dia ni cikgu Pengajian Am. kalau sesiapa yang tak siap keje sekolah siaplah dengan cubitan yang memang perit. mulalah membebel. kelesa....(malaslah tu) Tapi cikgu ni comellah.
Cikgu Othman: dia ajar ekonomi. yang menarik tentang cikgu ni orangnya kecik tapi suara mak oi! sampai simpang jalan masuk sekolah boleh dengar suara dia. satu lagi, dia ni boleh menulis tangan kiri dan kanan. cantik pulak tu tulisan dia.
Cikgu Hassan: dia ajar aku Geo masa lower six sebab aku reject subject tu upper six.
Arwah Cikgu Haznah: dia ajar aku sastera. apa yang aku dengar dia meninggal sebab breast cancer.
okeylah, bila dah lama kat MAM ni rasa macam seronok plak. masuk 6 atas bebudak kelas aku kalau tak caya budak lelaki cuma ada 5 orang, Zizie, nasir, Senin, Suhaimi dengan Nazli. tapi 5 orang macam 50 orang kalau si senin dengan Nasir ada dalam kelas kecoh kelas dibuatnya. pengalaman yang tak boleh dilupakan masa senin bawa masuk basikal Asiah dalam kelas. menjerit cikgu maimunah. itu pun gara-gara Senin nampak basikal Asiah basah kena hujan,
6 Atas juga banyak aktiviti yang aku sertai. Kem motivasi terutamanya. bersama-sama dengan bebudak 6 rendah. Group aku Zizie, emma, Ani, Jun, Mona, Ila(6 Rendah) dan ajak (6 rendah) banyak menyimpan kenangan. insyaallah nanti aku akan buatkan cerita dan muatkan di dalam blog Teratak Pena aku. kelakar dan tidak boleh dilupakan.
satu lagi aktiviti adalah Hari Adabi yang mana setiap kelas dikehendaki menjual barang/makanan. itu pun ada pengalaman yang tersendiri, yang paling aku tak lupa masa pertandingan sajak aku boleh lupa tengah jalan. itu pun gara-gara aku dok ingatkan pertandingan berbalas pantun. he...he...he..
Okeylah, satu lagi yang istimewanya sekolah ni pantang kalau cikgu ada mesyuarat. Pengetua dok ketuk pintu dan jerit Ujian Tergempar!!!!!! ceh! tak pe, kite tiruuuuu....
Bila hujan, aku paling takut. aku pergi sekolah bukannya dekat, dari melaka (Merlimau je). kalau hujan aku berat kaki nak ke sekolah. sampai sana aku tengok alamak!!!!!! sekolah kita sudah naik air be..... pernah sekali dalam kelas waktu ekonomi, luar dah banjir tapi terperangkap dalam kelas. apa lagi, panjat kerusi susun sampai keluar. pengalaman yang mencabar!
walau apa pun rupa sekolah tu, aku bangga belajar di sana. Cikgu di sana baik-baik dan aku dah lama tak jejakkan kaki kat sana. walau apa pun kenangan tetap terpahat.
6 Atas2: Zizie, nasir, senin, suhaimi, nazli, nuri, adiek, yati, aina, ani, emma, asiah, niza, aisyah, efa, Mona, Jun, ....dan...dan...(ada yang aku kurang ingat akan namanya) kalau ada jodoh aku berharap dapat berjumpa dengan korang semua....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalo banjir teringat masa saya sekolah tadika dekat kampung baru..sanakan area banjir masa dulu..nak tak nak rumah saya pun banjir..tapi dekat bawah jer..kesian tngok ustazah and ustazah dkt sekolah so saya pun tolonglah...mmg syok bila teringat balik..skang dah tak rasa main banjir dah..
ReplyDeletesekolah tu dah tak wujud lagik la kat muar nun...dah jadik rumah antu daaa.
ReplyDeleterossyweety, sekolah tu ada lagi walaupun nampak macma rumah hantu :P kepada bayu kenangan, sebenarnya saya ada banyak lagi nak cerita tapi tak sempat...keje terlalu banyak..nanti laa ada masa weekend ni saya tulis lagi pasal maktab adabi maharani... :P
ReplyDeletesalam.. betul ke sekolah tu dah x wujud lagi??
ReplyDeleteBangunan MIC sebelah tu ada lagi x?
fhhfgh
ReplyDeleteSuhaimi.....
ReplyDeleteKepada cikgu-cikgu, terima kasih di atas ilmu dan nasihat yang diberikan. Segala jasa dan didikan yang dicurah amat bernilai dan berharga. Saya doakan cikgu-cikgu sihat dan sejahtera selamanya di dalam kasih sayang allah taala. Kehadapan kawan-kawan lama... Semoga berjaya dalam apa jua lapangan hidup dan masa-masa bersama kalian dulu akan terus menjadi memori kenang-kenangan. Maktab Adabi banyak membentuk pelajar agar lebih berani berdepan dengan kegagalan... Oleh itu terima kasih kapada semua.
aku try contact sekolah tu..tp x ada penyambutnya..betul ke sekolah tu dah tutup...alamakk..byk kenangan pahit dan manis kat sekolah tu.. 215 lorong oren tahun 1992..huhu..
ReplyDeleteterima kasih kepada cikgu Maimunah..yg menjadi guru kelas aku tahun 1992..suara dia yg serak serak basah..time pungut yuran tu yang aku terharu..korang tau kenapa..bukan sume yang kat kelas tu orang yg beruang..sadis kan.. tapi aku bangga sbb masing2 bersemangat meneruskan perjuangan yg belum selesai..
ReplyDeleteONN - 215 Lorong Oren 1992
baru2 ni aku ada ler contact sorg bks pelajar thn ni..sayu je cter dia..cuma tinggal 3 kelas je, form 5 cuma 1 kelas. cikgu hasan dn cikgu zainab msh ada lagi. cikgu noraini pn masih mengajar lg..dn sorg ckgu india..aku lupa ar namanya..
ReplyDeleteSebenarnya lepas abis belajar kat adabi cikgu zek ajak buka pusat tuisyen. Masa tu tengah tunggu keputusan. Lembaga pengarahnya cikgu zek, cikgu jamaludin, cikgu azhar dan cikgu hassan.Ingat lagi... bertungkus lumus uruskan pusat tuisyen atas kedai buku sri tanjong. akhirnya berjaya dan ramai murid.Cikgu-cikgu yang mengajar semuanya yang terbaik.ialah penanda kertas exem!..... Seronok !.... pelajar ramai, kelas sentiasa bersih. gaji cikgu tak pernah sangkut... tapi biasalah, budak-budak selalu buat hal....ponteng. Akhirnya doa dimakbulkan allah....dapat panggilan masuk universiti. sedih ada, gembira lagi ada..... Maka ku tinggalkan Pusat Tuisyen Adabi (PTA)hujung 1999.... Sepeninggalan ku.... PTA diurus dengan baik. terima kasih... Tamat belajar 2002. Cikgu zek panggil mintak bantu uruskan PTA semula. Pening jugak sebab banyak yang kena baiki semula. Alhamdulillah dari support cikgu-cikgu PTA dapat dinaikkan semula.... Tetapi tak lama sebab ada masalah dalaman.Lembaga pengarah suruh aku ambil alih dan uruskan sendiri tapi aku tak mampu.Akhirnya PTA ditutup dengan berat hati.... Cikgu zek minta pulak tolong buka Pusat tuisyen maharani..... tetapi banyak juga dugaan...(hanya tuhan yang tahu). lalu aku merantau ke Kuala Lumpur bersama ijazah dan keberanian sahaja.....Hingga kini, bila balik Muar. Jeling juga Maktab adabi dengan pusat tuisyen. Kalau balik kadang-kadang lepak kedai makan cikgu zek.Banyak jugak dapat info.... Best juga dapat taip citer lama tentang adabi. Dulu selalu jugak ikut cikgu hasan pusing satu semenanjung naik van dia. paling best expdc rakan muda ke tasik kenyir. Harap-harap dia sihat skrg dan aku pun dah jarang balik Muar.... i'm so happy share this memories. And at the end...i'm single man in every single day...and in single distiny.to be continue..... ' jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama dia diambil orang.....'
ReplyDeletecikgu zek bukak kdai makan ke..sapa yg masak..ckgu hidayah ke...aku rasa time tu aku la murid pmpuan yg nakal dlm senyap..ponteng kelas math tp muka cool jer..bila ingat2 balik kt sekolah tu la aku tu la aku byk menimba ilmu dan pengalaman berharga dlm hidup aku..rasanya berguna sampai ke hari ni..ahh..memang sayu la..
ReplyDelete......baru-baru ni balik muar jap.lepak kat restoran cikgu zek. Banyak cite dikongsi... dulu restoran "teh pagi" buka kat sebelah KFC depan Astaka... lepas raya hari tu cikgu zek pindah kat jalan hashim.Ingat lagi masa mula-mula dia buka kedai makan, ada jugak tolong pindahkan angkat barang2. Bila pjbt PTA tutup lepak kedai cikgu zek bagi report. Tak silap cikgu zek berhenti ngajar adabi tahun 2003..... Kene perli lama tak balik muar....cikgu maizan pun ada (orang rumah dia)... Alhamdulilah dia sihat.... Bangunan sekolah adabi tu masih ada lagi cuma....biasalah dah makin uzur. Cikgu zek dengan cikgu-cikgu lain ada tubuhkan koperasi adabi....Masa tu tak dapat balik.(out station)....Jadi mana-mana bekas pelajar tu bolehlah sertai koperasi tu untuk naikkan balik adabi....(banyak jasa tu). Beberapa tahun dulu.... lepas tamat ting 6. Cikgu zek minta tolang cat sekolah. Aku ajak senin dgn suhaimi bantu.... Si Senin tak kenal dinding dengan muka manusia sampai muka aku pun dia tercat.... Habis maktab adabi bertukar warna macam balai polis, tiang warna biru dinding warna putih... Macam balai polis bukit kepong zaman dulu-dulu jadinya.... Tapi cantik apa !. Apa-apa pun... sapa-sapa yang nak tanya kabar cikgu zek atau tanya tentang koperasi adabi boleh buka face book maktab adabi maharani.Atau call cikgu zek 0162819422. Seorang kawan aku kat adabi dulu pernah cakap memorie's never die... Malamnya aku lepak sorang-sorang kat tepi laut....Dari dulu, tanjug tempat aku ambil angin malam2 sampai telelap dalam keta. Sebelum balik rumah cari mee bandung dengan ABC dulu... Arioss...
ReplyDeletelast week aku ada ke melaka..balik tu saja la nak tengok bandar muar...masih tak berubah kan..tempat makan cendol pun ada lagi..yang paling sedih tu tengok terminal bas lama teringat la kenangan masa kat adabi tu..itu la tempat transit kami...kalau sebulan sekali tu dpt balik kampung memang teruja gila.. teringat juga la kat kerani sekolah tu kalau tak silap aku nama dia abg sahat kot..tak tau la apa citer diorg sekarang ni..harap2 sume nyer sihat walafiat hendaknya..amin.. especially cikgu zek and his wife nurhidayah maizan.. lepas tu sempat gak lepak kat tg.mas...teringat kenangan dulu lepas habis kelas aku lepak kat masjid tu..sejuk dan nyaman menenangkan fikiran..siap study lagi kat situ...
ReplyDeleteurm nk tanya lah..agak2 ada tak yg tau..maktab adabi ada tak amik budak2 yg nk amik paper muet sahaja..sy nk smbg degre tp lum amik muet lg
ReplyDeletecuba la call cikgu zek..bagus cita2 murni tu..jangan hentikan selagi cita2 belum tercapai..hb saya sekarang pun tgh wat phd..hidup adabi!!
ReplyDeleteNk tanya u tahun berapa? Masa sek situ..
ReplyDeleteSaya baru terbaca ruangan ini ......
ReplyDeleteSaya di Maktab Adabi 6 Atas tahun 1973, Ada gambar kenangan di FB Anak Jati Muar.
Saya juga bangga, kerana pernah menjadi anak didik " MAKTAB ADABI MAHARANI "ini.. 1991-1992
ReplyDeleteAssalamualikum wrb.
ReplyDeleteSaya pernah mengajar di Maktab Adabi,Kelas 5 Sains sessi SPM 1993.
Saya ingin hubungi semua x-student saya untuk reunion; antara yang masih saya ingat ialah Shahril, Norman, Muamar Gadafi,Aspalela, Norzana dll.Cikgu ucapkan setinggi2 terima kasih kepada Cikgu Zek,Cikgu Nur Hailiana dll yang bagi peluang untuk menimba pengalaman sebagai guru.Tel saya: International call /sms +6012-7363132
Tringin nk blaja at sane,nk tbus kslhn lalu,agk2 bleh k?yurn klas bpe ekk?
ReplyDeleteAda ke sini kenal saya? Lockman
ReplyDeleteKalau kenai boleh kontek sembang kat fb saya Ajee Ajee
Deleteterjumpa blog ni 3feb2023..masih segar dlm ingatan thn1992
ReplyDeletesaya dimaktab adabi ambik spm 1993 , mana nak cari kawan2 lama and cik gu KAng ajar math
ReplyDelete