Jaga-jaga bermain dengan kata

Teratak pena | Friday, October 09, 2009 |
Baju songket penuh labuci
Dipakai oleh para penari,
Sebab mulut orang benci
Sebab mulut juga kawan lari

okeylah, kali ni so sorry lambat updated blog dan kali tak ada gambar ye. bukan apa, al-maklumlah musim raya ni, rumah terbuka sana, kenduri sini. itu yang sibuk. entah kenapa masa balik kampung aku tiba-tiba teringat dengan satu mamat ni. bila ingat nak gelak ada, kesian pun ada.

cerita bermula masa aku kerja kilang di Melaka. Kilang TEAC. Masa tu sebelum aku masuk TM. Aku jadi QC kat sana. kerja aku cek barang dari kilang lain. kira aku jaga Subcon. adalah satu hari tu, aku cek satu kilang ni barang dia reject. jadi bila dah reject, kita panggil nak buat rescreen balik. kebetulan masa tu, aku kerja normal shif. jadi semua production line keluar makan dan tinggallah aku yang melayan mereka.

Bila aku berpaling nak ambil reject, ada satu mamat dari kilang tu panggil aku. "Hey, gemuk. Gemuk! kau mari sini sekejap. bagi tau apa yang salah dengan barang yang aku hantar ni." jadi aku pun datang kat dia dan suruh dia tunggu sekejap. Aku tak marah tapi aku buat biasa je. namun datang satu member kilang aku ke arah dia bila dia dengar macam mana dia panggil aku. dia sound "kau datang tempat orang tak bagi salam lepas tu kau buat kilang ni macam kilang kau ada juga yang kena sumbat dalam mesin tu nanti." nasib baiklah orang tak dengar sebab time rehat.

aku malas nak panjang lebar aku pun tenangkan member aku tu. tapi mamat ni memang mulut celupar agaknya, dia menjawab juga. "elehh... dia tak bising awak yang melenting." Bila aku tenangkan mereka akhirnya mereka bersurai. lagi pun aku malas nak ambik hati. baiarlah. lagi pun nak kata orang dia pun sama.

keesokkan harinya, sekali lagi kilang yang sama buat masalah. reject lagi. jadi bila dah call dia pun datang. tapi aku pelik, kali ni dia tak bercakap. mungkin dia selsema sebab dia pakai mask masa tu. aku buat bodoh mula-mula. tapi rasa macam tak sedap hati bila dia mengelak dengan aku. dalam diam aku tanya dengan kawan ni.

"kenapa dengan dia tu? ada masalah ke? kenapa dia pakai mask?"

Kawan dia dengan perlahan beritahu "dia accident semalam. jatuh motor masa balik. habis mulut dia terluka." aku terkejut. tapi aku fikir balik. mungkin Tuhan tu nak tunjukkan apa yang telah dia lakukan. sebab memang aku tak ada niat nak dia jatuh motor.

Mungkin memang benar kata orang sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana... oleh itu, berhati-hatilah bila berkata dan jangan sesekali buat aniaya kepada orang. satu hari nanti bila kena kepada kita jangan pula kita persoalkan....



No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page