Post kali ini aku nak singgah ingatan aku pada 2 tahun dulu. Yang mana peristiwa ni berlaku di kampung. Masa tu cuti Tahun Baru Cina. jadi bila dah cuti panjang tu apa lagi? sudah tentu balik kampung. Aku bertolak petang tu dan sampai azan maghrib mula berkumandang. Bila sampai sana, rutin makan malam lepas isya'. Jadi lepas Magrib tu dan sibuk nak masak dan panaskan lauk.
Bila dah siap, Fir (anak aku no 1) yang masa tu dah pun 3 tahun. jadi dah pandai cakap dan mengarah. dia pun sibuk kat dapur nak menolong. jadi malas nak tengok dia merajuk, bagilah dia angkat yang ringan. bila dah ramai, nak makan atas meja dah tak muat. jadi adik aku pun bentangkan saprah dan makan di bawah.
Bila dah siap semuanya, jadi aku suruhlah anak aku ni panggil nenek dia makan. bila dah duduk semua, si Fir ni pun bersuara. "Meow, jom makan." sambil dia menepuk dilantai nak ajak kucing tu duduk sebelah dia.
jadi adik aku ni dengar dia pun sampuk.
"Fir, jangan panggil meow..."
"O, Tak boleh ye Mak Ngah. Tak pe. Kucing...oh...kucing. Jom makan."
Aku yang dengarnya tergelak. aku tahu niat adik aku supaya kucing tidak turut serta. Tapi anak aku lebih pandai menjawab. akhirnya adik aku bawa lari kucing dan berkata.
"Kucing tak boleh makan sekarang. nanti Mak Ngah bagi dia makan."
Fir.... Fir.... dia boleh pula terpinga-pinga orang gelakkan dia....
Itulah pengalaman yang tidak boleh aku lupakan.
No comments:
Post a Comment
Dah baca sila komen ye... Terima kasih...