Post sebelum ini aku pernah ceritakan tentang kata-kata. Telajak perahu bolehlah kita undur. kalau telajak kata buruk padahnya.
Okeylah, cerita kedua yang aku nak ceritakan ni adalah kisah masa aku tingkatan 2. mase tu ada majlis perkahwinan Mak sedare aku. jadi kita ni yang anak dara teringinlah nak pakai inai. So, nak jadikan cerita aku tempekkan inai kat kaki. Nak tempek kat tangan, nanti bila naik sekolah mahu kena katuk dengan guru disiplin.
Tengah syok aku tempekkan inai kat kaki adalah seorang hamba Allah ni bersuara. merangkap dua pupu aku.
"Hek Eleh.... kecik-kecik dah gatal nak pakai inai. siapalah agaknya yang nak kahwin dengan dia."
Aku pun menjawab. "Peduli apa aku. kaki aku. bukan kaki kau. yang kau sibuk kenapa?"
Yang si abangnya menjawab. "Kamu ni janganglah kacau dia. Tak baik." Aku apa lagi menjeling geram dan dia pulak ketawa bagai nak rak.
Itulah kata orang. kalau dah jodoh tak ke mana. At last aku pakai inai untuk dia. la ni dia dah jadi suami aku. Yang bestnya aku ni kahwin bukan suka sama suka. tapi dengan rancangan orang tue. nak tahu cerita disebaliknya, satu hari aku akan ceritakan.
So, kalau kita tak suka seseorang tu jangan tunjukkan sangat sebab satu hari nanti kita pasti akan menyanyanginya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cepat la cerita...tak sabar nak tau...heheehe
ReplyDelete