Panggilan Haji Sudah Tiba lagi....

Teratak pena | Friday, October 23, 2009 |
Tanggal 21/10/2009 mak sedare kite mendapat seru untuk ke tanah suci. meninggalkan anak-anak dan ayah serta ibu membuatkan si anak sulung tabah untuk menjaga adik-adik. Itu tak pe, yang aku nak cerita macam mana aku nak gi sana. Penerbangan mak sedare kita dijadualkan jam 930 malam. kite suruh my hubby ambil kul 630. 630 my hubby call suruh naik bas sampai kat kepong sentral sebab jalan jem(kl kalau hujan inilah padahnya). masa nak cepatlah bas tak ada, teksi apa lagi. at last dapat bas aku pun naik. wa la wehhhhh jem gila kat desa jaya, menghala ke sungai buluh. Tak boleh jadi. aku turun kat desa jaya dan aku terus jalan kaki (lebih kurang 10 minit perjalanan). berpeluh-peluh aku dibuatnya.

jalan nak ke Kelana Jaya lebih memeritkan. bayangkan, jam dah menunjukkan ke angka 730. Jalam masih lagi jem. kepala aku dah sakit. Tak boleh jadi, sampai kat Shell kelana Jaya berhenti kejap. gi tandas. nak tahu aku sampai kat sana kul bape? Nak kul 830. Nasib baik le sempat jumpa.

walau bagaimanapun kite berdoa agar mak sedare kita selamat pergi dan selamat kembali....amin....



No comments:

Post a Comment

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page