kipas....

Teratak pena | Sunday, December 02, 2012 | 2 Comments so far
Mak selalu pesan.... jangan main kipas! nanti kena tangan. Kalau kakak selalu buli adik. kipaskan kakak! Tapi kalau kita yang dah dewasa ni kalau main kipas ni lagi bahaya. Kipas punya kipas silap haribulan boleh buat kita malu sendiri. Bila nasib tak baik dapat boss yang bukan kaki kipas. boss pun ada mata untuk menilai.

jangan depan boss bukan main buat rajin. sanggup 110% untuk kerja yang kadang-kala tak mampu nak buat.  dan mulalah cuba untuk mencari jalan senang untuk puaskan hati boss. sampaikan ada yang sanggup nak tikam kawan dari belakang dan ada yang jadi gunting dalam lipatan.

Percayalah.... tak semua boss yang memandang puji-pujian yang melambung.  ada boss akan melihat dengan penilaian usaha kita sendiri. jadi.... kalau mengipas tu berhati-hatilah.... kerana nanti kalau dah terkena.... mana nak sorokkan muka.



Entri Cik Siti yang mula merepek.... tapi ini juga peringatan untuk Cik Siti juga.

Resepi: Talapia Masak Kicap

Teratak pena | Sunday, December 02, 2012 | Be the first to comment!

salam bertemu kembali...

Rasanya dah lama sangat tangan Cik Siti tak menaip di dalam teratak ni.  Sibuk?  mungkin ye.  Kena pulak hujung tahun ni.  macam-macam nak kena updated kat opis tu.  kena pulak big boss cuti bersalin.  lagilah....

Okey, hari ni nak kongsi le resepi Ikan Talapia Masak Kicap.  Mungkin ada orang kata..... ala.... masak kicap je... pejam mata pun  boleh buat.  Tapi Cik Siti nak tempekkan juga.  mana yang berkenan tu.... ambik je resepi ni...

Jom layan...

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecik
2 inci halia
3 tangkai cili kering
yang kesemua ni Cik Siti mayang halus dan goreng sehingga keperangan kemudian angkat dan toskan.

kobis bunga
daun kucai
buah tomato
asam jawa
serbuk lada putih

masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali.  bila dah panas minyak tu masukkan kobis bunga. goreng jangan lama sangat.  masukkan kicap, asam jawa, serbuk lada putih, dan kesemua sayur seperti tomato dan kucai.  last sekali masukkan bahan yang kita goreng tadi.  Tara..... dah siap pun...

Jom jamu selera....

Hujung Minggu Yang Tidak menyeronokkan

Teratak pena | Thursday, November 29, 2012 | 4 Comments so far

Erm....

Hujung minggu lalu memang hujung minggu yang tidak begitu menyeronokan bagi Cik Siti. Mahunya tidak, malam sabtu masa nak basuh pinggan tup tap tengok air dah tak ada. telefon pengasuh anak tingkat bawah tak berangkat pulak.  dah tidur kot. akhirnya mesej dengan Cik Abang minta tengokkan meter balik nanti.  sebabnya dia kerja pertang. Yelah.... mana tahu ada yang dok main dengan meter tu.

esok pagi, bangun 630 konon nak basuh pinggan, tapi tak ada air lagi.  Takkan Syabas cuci kolam tengah malam buta lak. Cik Siti kejut Cik Abang bukan main. dalam mamai tu, statement yang keluar memang best bunyinya.
"Meter kena curi...." Hah? aduh! sapalah punya kerja ni?????? nak melaung tak ada guna. benda dah jadi.  bukan main semalam tu Cik Siti beli ikan nak buat ikan bakar.  Punah harapan.

Pukul 8 Cik Siti tel Syabas. Erm.... nak kena pergi ke Syabas lak.  buat report. tp nasib baik diaorang bukak hari sabtu sampai tengah hari.  maka dalam huja petus tu kita orang redah. Dok le merayu kalau boleh pasang pada hari yang sama.  tapi dia orang tak boleh janji sebab ikutkan 3 hari bekerja. wa......

Hari Ahad tak ada pilihan lain Cik Siti bertandang ke rumah bonda mertua.  berkampung anak beranak kat sana.  terima kasih, mak bagi tumpang.  Balik malam tu dengan hati yang sayu dan sedih pergilah tengok kat bawah kalau...... yea yea dah pasang!!!!!! esok pergi keje dah boleh mandi.....

Punyalah seronok tak boleh nak cerita. terharu lak. Terima Kasih Syabas. Hari Ahad diaorang dah settlekan.

Kepada yang 'terambil' tu.... Allah Maha Mengetahui......

mee hoon goreng sicilik

Teratak pena | Saturday, October 13, 2012 | 12 Comments so far
Berjumpa kembali..... Apa khabar semua? Sejak dua menjak ni Cik Siti asyik nak updated pasal makan je kan? Dari sunyi dari tak ada entri. Baik Cik Siti masukkan resepi. Okey... Meh sini layan resepi....

4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Dua sudu besar udang kering
*Kesemua bahan ditumbuk
bila dah tumbuk tu.... masukkan minyak dan mula menumis.
Masukkan Carrot yang dipotong dadu
Masukkan air sedikit
masukkan garam
Kemudiannya serbuk lada putih
masukkan hotdog yang dipotong
Jangan lupa pulak masukkan mee hoon
Bila mee hoon tu dah lembut,
Masukkan kobis yang dihiris
Last sekali, Cik Siti masukkan daun kucai. Sebab apa? anak-anak tak suka makan sawi.
Done! senang je.

Sesiapa yang nak layan resepi ni dipersilakan.... senang dan mudah.  tak payah nak blender cili.

Jemput makan.

kahwin sekampung haram?

Teratak pena | Friday, October 12, 2012 | 5 Comments so far
Selamat berjumpa lagi Statement yang membuatkan jantung Cik Siti tercekik. Tersirap darah Cik Siti mendengarnya. Mahu tidak.... Cerita ni terjadi 2 hari lepas. Bila dah petang dan masing-masing Tengah pening lalat. Ada pulak yang datang dengan riak yang bersahaja Mengatakan bahawa kahwin sekampung haram. Gulp! Air liur Cik Siti Dah tersekat kat kerongkong. Biar betul budak-budak ni. Kat mana Dia orang jumpa statement macam tu? Cirk Siti diam je. Nak Berbunyi lebih kena pulak. Beria-ialah si member ni beri tahu. Namun dalam pening-pening lalat tu ada juga yang bijak. "memang le kahwin sekampung tu haram. Kau gila sampai nak kahwin Sampai satu kampung? Lelaki juga boleh kawin 4 je." Ceh! Macam mana le boleh tak terfikir? Memang le tak boleh khwin Sekampung. Gila? Sekampung tu. Hish! Bebudak ni ..... Kalau dah pening lalat macam-macam Kerenah dia orang... Huhuhu Cik Siti tertipu!!!!!

Bila tempat diambil alih

Teratak pena | Tuesday, October 09, 2012 | Be the first to comment!

Bertemu lagi semua..... dengan tenaga yang suam-suam kuku, sebab demam nak juga membebel kat dalam teratak ni.  Jom layan telatah anak Cik Siti yang kecik ni.  ada ke patut dia ambil alih tempat Cik Siti. macam manalah blog Cik Siti nak jalan kalau dia buat lagu ni.  puas juga nak memujuk dia berhenti last-last buat magic, ajak dia pergi dapur, suruh si abang tu shutdownkan.  lepas keluar dari dapur, katalah bateri dah habis.  kalau tidak dia masih alagi melekat kat netbook Cik Siti.

tengoklah dia.... betapa khusyuknya dia.... nak salahkan dia pun tak boleh juga.  sebab masa mengandungkan dia Cik Siti memang suka mengadap laptop buat novel...

Bebudak sekarang, kan?

Filem tamil...Deiva Thirumagal

Teratak pena | Monday, October 08, 2012 | 2 Comments so far
Salam semua...


Berjumpa lagi... harap-harap tak jemu dengan Cik Siti.  Okey, kali ni Cik Siti nak cerita sikit pasal cite tamil yang mana telah membuatkan Cik Siti mengalirkan air mata.  cerita bukannya berkisarkan cintan-cintun, tetapi kearah kemanusiaan dan kekeluargaan.  Filem ni ada ditayang dichannel 202 tidak lama dulu.  tajuk dia Deiva Thirumagal.

Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang bernama Krishna mempunyai pemikiran serupa kanak-kanak 8 tahun mempunyai anak perempuan yang bernama Nila.  Dia berjaya menjadi ayah kepada Nila dengan bantuan rakan-rakannya yang bekerja di kilang coklat.  begitu juga dengan majikannya yang begitu baik hati.

Sehingga satu hari, pada ketika anaknya itu sudah berusia 6/7 tahun majikkannya telah memberi peluang untuk anaknya itu belajar disekolah.  pada mulanya, sang ayah menantikan di pintu sekolah kerana dia memang tidak pernah berpisah dengan anaknya.  dan di sekolah Nila telah bertemu dengan shweta yang juga meneraju sekolah tersebut.  tanpa mengetahui shweta itu adalah makciknya.

pada suatu hari sekolah telah menganjurkan pertandingan bercerita dan pada saat itu shweta telah bertemu dengan Krishna.  maka berlakulah perebutan apabila shweta telah membawa Nila pergi.  Huhuhu kat situ Cik Siti dah sayu.

Tidak lama kemudian, ayah shweta telah mengajak Krishna untuk bersama-sama pergi dan berjanji untuk menjaga mereka.  namun sampai ditengah jalan dia telah dihalau oleh ayah mertuanya sehelai sepinggang. mencarilah sang ayah si anak. dia bernasib baik bila bertemu dengan seorang peguam yang juga rakan kepada isterinya.  peguambela tu telah berjanji untuk menuntut semula anak krishna.  kat sinilah permainan emosi berlaku.  memang sedih betul.  bermacam-macam peguam tu buat untuk tidak melihatkan krishna seperti perwatakan kanak-kanak agar hakim dapat kepercayaan bahawa krishna boleh menjaga anaknya itu.

klimaknya.... bila peguamcara telah mengurung krishna untuk menghidari krishna menghampiri anaknya.  pada satu ketika krishna telah bertindak memecahkan pintu bila mendengarkan suara kanak-kanak menangis.  dilihatnya anak peguamcara itu demam.  dia berlari dan tahu apa dia?  dia pergi mendapatkan ubat untuk kanak-kanak itu.  lepas tu dia boleh kurung balik dirinya dalam bilik.

sampai di mahkamah dan waktu menentukan siapa yang berhak menjadi penjaga, peguamcara telah memberi kata putus untuk bertanya kepada Nila,  Dah tentulah dia nak ayah dia kan? Memang dia dapat penjagaan.  tetapi pada malam tu, masa anak dia dah tidur, dia ke rumah ayah mertuanya dan menyerahkan Nila.  dia berkata, dia tidak mahu Nila menjaganya kerana dia tahu dia tidak boleh menjaga.  dia yakin dengan keluarga yang sempurna boleh memberikan pendidikan yang sempurna untuk anaknya.  kerana anaknya itu bercita-cita untuk menjadi doktor.  maka berlalulah sang ayah dengan perasaan yang sedih.

Huhuhu cerita tamil ni memang buatkan Cik Siti menangis.  Kalau ada ditayangkan memang nak tengok sekali lagi...

Layan....

Adjustment

Teratak pena | Monday, October 08, 2012 | 2 Comments so far
Bertemu kembali sekian lama tidak menaip. bukan apa, BZ sikit. Kalau BZ je alamat terkubur juga blog Cik Siti. Ermmm..... harap-harap tidaklah ye. Cuba tengok bubur kat atas tu. Adjustment dari Cik Siti. beli bubur kat MarryBrown pastu taburkan serunding ikan pekasam. best! kadang kala dengan sambal tu pun jadilah.... p/s: entri kering kontang

Testing

Teratak pena | Wednesday, October 03, 2012 | 2 Comments so far
Salam semua..... Bertemu kembali.... Sedang mencuba update blog Menggunakan samsung ace plus

wordless wednesday: Senjakala....

Teratak pena | Wednesday, September 26, 2012 | 5 Comments so far

Pukul 3 malam....

Teratak pena | Sunday, September 23, 2012 | 4 Comments so far

Berjumpa lagi, hari minggu macam ni semoga ceria semua.  Sebelum melangkah ke majlis walimatulurus, teringin pulak nak menaip dalam teratak ni. cerita ni kisah puteri Cik Siti yang tengah.  siapa lagi si kakak yang pandai dan banyak cakap.

Dia bertanya dengan Cik Siti:

"Ibu, kita nak pergi rumah orang kawin bila?" Tanya kakak yang masa tu Cik Siti dalam bilik.
"Kakak tanyalah ayah." Dia keluar dan pergi tanya dengan Cik Abang. masuk sahaja dia terus kata.
"Ibu, ayah kata pukul dua belas." Okey, lepas tu dia tengok jam dalam bilik.  kebetulan jam dalam bilik tu dah tak betul.
"Ibu, jam ni dah tak betul.  pukul 3 malam." ?????? Cik Siti blur.
"kakak... mana ada pukul 3 malam.  yang ada cuma 3 petang atau 3 pagi je."
"Ye ke? pelik lah..... kenapa pukul 3 pagi? bukan 3 malam ibu?"
"aa....u.....a....u...." nak kata selepas 12 tengah malam kita kata pagi mesti dia tanya.  habis tu kenapa gelap macam malam. So.... dok terangkan juga 3 petang dan 3 pagi.

aduh! susah juga kalau dia orang ni dah pandai nak bertanya

Jajan kecik-kecik dulu

Teratak pena | Saturday, September 22, 2012 | 1 Comments
Selamat berjumpa lagi semua.... berjumpa lagi dien3 kedua hari ni.  nak cerita sikit ni.  agak-agak apa jajan korang semua masa kecik-kecik?  Cik Siti? Erm..... fun fries? nugget? Super Ring? Mister Potato? semua tak pernah merasa pun.  tambahan lagi duduk dekat kampung.  mana nak kenal benda alah tu.  lagi pun rasanya yang beli tu pun orang kaya-kaya. Agaknya....

Masa Cik Siti kecik-kecik dulu, masa darjah satu jajan Cik Siti semuanya yang tak lapuk dek hujang yang tak lekang dek panas.  rasanya sampai sekarang nak cari pun senang lagi.  cuma harganya saja yang sudah berubah.  Jom layan jajan Cik Siti masa kecik dulu

                                                                 Sumber dari google
Sagun.... salah satu kesukaan Cik Siti.  kalau dapat duit belanja 20 sen dengan nenek, kat sekolah mesti beli ni.  tapi kalau nak makan benda ni jangan gelak dan jangan bercakap.  tak pasal-pasal tersembur dek orang depan kita.

                                                       Sumber dari google juge
Yang ini pun Cik Siti suka...... tak dapat sagun yang ini pun boleh juga.  ibarat rotan tak ada, akar pun berguna juga.(Betul ke peribahasa ni? kalau salah betulkan ye.)


                                                         kredit dari google
Kalau dah beli sagun atau kacang pedas tu, mesti ada ni juge.  aiskrim Malaysia.  dulu masa kecik-kecik diaorang jual perisa sirap, milo, kacang merah dan kacang hijau. Dulu murah je.  seposen dah boleh dapat dah. bestnya! Kadang-kala Cik Siti buat juga sendiri.  bila anak-anak nak aiskrim bukak peti ais bagi je.  biasanya buat perisa mangga atau tropika.

Kalau korang pulak macam mana? 


SENYUM :)

Teratak pena | Saturday, September 22, 2012 | 1 Comments

Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse
Senyum :)


Pengalaman Hari Pertama Bekerja Di TM

Teratak pena | Thursday, September 20, 2012 | 2 Comments so far
Wah, hari ni macam nak ceritakan tentang pengalaman pertama Cik Siti bekerja dengan TM.  Cik Siti lapor  diri di Kedai Telekom(Sekarang dikenali dengan TMPOINT) pada 16 April 2000. Agak-agak je.  tapi yang pasti Cik Siti lapor diri memang pada pertengahan bulan 4 tahun 2000.

Fisrt sekali Cik Siti berjumpa dengan Pengurus Jualan.  Masa tu Cik Siti berdua.  dengan member Cik Siti. Ala... masa tu tak kenal pun.  dah kenal mesti dah jadi member, kan? dah lapor diri dia serahkan pada ketua kedai.  ketua kedai ni yang akan arrangekan ada dia job yang kita kena buat.  apa yang penting, kita orang ni bahagian khidmat pelanggan.

Masa dia tanya nama Cik Siti dengan pantas belum cakap nama pendek dia dah panggil "O.... Siti duduk kat mana?" dalam hati Cik Siti berkata : wah, pandainya cina ni cakap bahasa melayu.  tak ada slang cina langsung.  pastu fikir.  apa nak pelik.  kebanyakkan orang cina Melaka memang pandai berbahasa melayu.  dalam dok memuji tu Cik Siti geleng dan kata: "Merlimau."

Dan tiba masa dia memperkenalkan diri. La.... melayu ke?  mati-mati ingatkan cina.  masa tu bukan Cik Siti seorang je yang tertipu, malahan kebanyakkan staff yang baru lapor diri pun bercakap perkara yang sama.  Jangankan kita orang ni, pelanggan pun selalu tertipu.  bila masuk dalam bilik marah-marah dalam bahasa cina lepas tu dia boleh gelak pulak. 

"Hai.... ingat bos awak tu cina." kata pelanggan.  Cik Siti senyum je.

Hari pertama Cik Siti ditempatkan di bahagian telegram.  hari pertama Cik Siti rasa macam kerdil je.  yelah kebanyakkan staff semua  yang sudah jauh berpengalaman dan kebanyakkan yang kami ganti adalah staff yang ambil VSS.  "Saya malas nak ajar awak." Dus! kena sebijik kat muka Cik Siti.  Tapi bak kata orang kalau nak belajar tu kita tak boleh malu.  Cik Siti tebalkan muka dengan apa yang dia cakap dan Cik Siti ikut je mana dia nak pergi(toilet idak le...) Cik Siti tanya itu ini.  nak tak nak dia kena jawab juga. 

Cik Siti beranikan juga tanya dia.  Kenapa dia tak nak ajar Cik Siti.  dan ini jawapannya:
"Kalau saya ajar awak, esok awak dah ke department lain.  saya kat sini dah berpuluh tahun sampai nak pencen. setiap staff yang saya ajar semuanya lari"ooooooooooooooooo............

"Tapi kalau saya yang ganti En Burn nanti macam mana?"

"Tak mungkin."

Dan dengan perkataan TAK MUNGKIN itu akhirnya menjadi satu kemungkinan bila Cik Siti kena ganti bila dia VSS...

Jadi????? kita tak boleh menilik apa yang akan terjadi akan datang.  walau pun kita yang merancang, tuhan yang akan menentukan

Wordless Wenesday: Cik Sit in Da House

Teratak pena | Wednesday, September 19, 2012 | 2 Comments so far

Madah

Teratak pena | Tuesday, September 18, 2012 | 2 Comments so far

Jersi Baru MU

Teratak pena | Tuesday, September 18, 2012 | 2 Comments so far
Bila masuk bulan Ogos, mulalah ramai yang tidak tidur malam minggu sebab nak tengok bola sepak inggeris.  Termasuklah Cik Abang yang memang kaki bola.  Bila dah mula bola sepak inggeris ni, dan Cik Siti tak beri lagi hadiah masa hari jadi dia hari tu, maka nak le jalankan jarum beli jersi Mu yang latest.  memang cantik.  warna putih.  Cik Siti belilah saiz M.   Cik Siti rasa-rasa muat.

                                                                kredit dr google
Mula-mula tu CikAbang senggeh sampai ke telinga.  Yelah... Cik Siti bukannya minat MU. Cik Siti minat dengan Liverpool.(Nak jugak mencelah). Tapi... bila dia pakai... alamak... kesiannya. kecik sikit.  Mulalah kena membebel. "Nak beli tu cakaplah"... erm... ingat nak beri kejutan, last-last kita yang terkejut.  tak pelah.... "Nanti saya beli yang lainlah.... beli yang player punya nak?" Yang ini? kalau nak jual, bolahlah. tapi tunggu dapat yang replacement ye.

Kesian Cik Abang.  konon nak pakai hari ahad tempoh hari, tapi terpaksa batalkan hasrat sebab kecik. huhuhu...

Resepi sambal ikan bilis

Teratak pena | Wednesday, September 12, 2012 | 2 Comments so far

Hari ni rasa macam nak beri resepi pulak. Sambal ikan bilis..... emmmm.... kalau makan dengan nasi lemak memang marbeles.... sedap memang tak boleh nak cerita.  memang itulah regu dia.  Yang sebenarnya masa isnin lepas tempat kerja Cik Siti ada buat jamuan makan.  setiap orang bawa satu resepi.  Cik Siti bawak sambal tumis ikan bilis, karipap dengan kuih buah melaka(onde-onde).

Cik Siti tak tahu pulak yang sambal Cik Siti ni jadi rebutan.  masing dok tanya. apa yang dah Cik Siti campak dalam sambal tu.  Pssst! jom Cik Siti bagi resepi dan petuanya sekali....

bahan-bahan:
Ikan bilis -ikut suka dan berapa banyak yang kita nak masak. tapi kalau banyak ikan bilis pastikan kurangkan garam ye.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci belacan
*bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk.
cili kisar
garam
gula
air asam
Minyak untuk menumis.

Okey, Firstly.... masukkan minyak.  lebih pun tak pe sebab nanti dah masak kita boleh buang. masukkan ikan bilis, namun sebelum tu pastikan basuh dulu ye.  bila dah nak agak garing, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. bila dah garing, masukkan cili kisar dalam barang 4 atau 5 sudu besar.  nak pedas boleh tambah lagi.

kacau, masukkan ha..... ini dia petua dia kalau nak sedapkan sambal kita.  Cik Siti masukkan gula melaka. bila dah masukkan gula melaka tu gula biasa kita kurangkan. masukkan garam dan juga bawang besar yang telah di hiris.  masak sehingga garing.

Bila dah garing masukkan asam jawa secukup rasa.  tapi jangan banyak sangat.  nanti masam lak.  okey,  nanti hasilnya.... sambal kita akan sedap dan rasa lemak dari gula melaka tu.  warnba dia pun tak adalah merah sangat dan agak gelap sikit.  orang nak makan pun tak adalah takut sangat, kan?

Okey, resepi ni cik Siti dapat dari orang kampung Cik Siti sendiri. Terima kasih kepada auntie Nab yang sudi kongsi resepi....

apa lagi?  nak cuba?  boleh cuba. tak ada halangan....

*sambal tumis kalau makan dengan karipap pun sedap juga.  itu memang Cik Siti suka.

SELAMAT MENCUBA SEMUA.....

Usah Dengar Kata Orang

Teratak pena | Saturday, September 08, 2012 | 4 Comments so far
Tok!tok!Tok! any body home???? Hish! rumah sendiri pun nak ketuk juga ke??? Apa khabar semua? harap sihat-sihat ye.  mana yang masih lagi penuh dengan jemputan rumah terbuka tu makan beringat sikit.  nanti ada pulak yang kena jumpa dengan Cik Tan berpuluh kali.

Okey, kali ni Cik Siti nak cerita kisah yang pernah Cik Siti lalui.  Masa ni zaman anak dara lagi. zaman masa Cik Siti tengah bertunang dan hampir nak melangsungkan perkahwinan.  maklumlah, Cik Siti kat Melaka, Cik abang kat KL. masa tu sisi borang transfer untuk ke KL.

Bila dah dapat surat tu, okey je.  sebab tak dapat tempat dengan rumah, cik Siti pindah juga. nasib baiklah dekat dengan rumah mertua.  namun sebelum berpindah, Cik Siti dihujani dengan kata-kata yang bukan nak naikkan semangat malah menakutkan juga untuk Cik Siti.

"Budak KL tak boleh percaya.  dia orang semua sosial. tak takut ke?" Pang! sekali kena kat telinga kanan Cik Siti. Bisa dan Cik Siti diam je.

"Budak KL semuanya kaki shopping.  semuanya kejar branded.  semuanya mahal-mahal.  ko boleh tahan ke nak kawan dengan dia orang?" Pang! telinga kiri pula yang berdesing.  Cik Siti diam lagi.

Masa pindah di TM Muzium Cik Siti tak sempat nak beramah mesra sangat sebab Cik Siti tak lama.  sebab Cik Siti dapat pindah kat Kepong, tempat yang Cik Siti minta transfer dulu(Sebab dekat dengan rumah). kat sini Cik Siti kenal dengan semua.  sangkaan mereka semua meleset sekali.

dia orang semuanya baik belaka. tak ada pulak Cik Siti tengok sintom-sintom yang kejar branded.  beg dia orang sama je dengan Cik Siti.  lagi pulak, diaorang semua lebih suka bawak beg sandang yang diberi oleh syarikat. anak-anak dara pun sama.  bukannya dia orang datang dengan beg Gucci ke, LV ke, Carlo Rino ke, tak nampak semua tu.

tempat dia orang belanja pun kat JLN TAR, Sogo ke, tak pulak yang belanja kat Pavillion atau The Curve. dia orang semua sempoi je. kami dah macam adik beradik.  gaduh? ermmmm baik balik... mulut je bising. pastu  dah tak ada apa.

yang sebenarnya pokok pangkal adalah hati kita.  walau pun kita berada, walau semaju mana tempat tu, kalau kita pandai menjaga diri, kalau kita pandai menyesuaikan diri, insyaallah....

jujur Cik Siti katakan Cik siti sayang semuanya.... yang mana Cik Siti anggap mereka macam adik sendiri.

Cik Siti dapat melihat.  usah dengar kata orang sebelum kita melihat dengan mata kita sendiri.
Inilah mereka.... mereka biasa je.... yang baju pink tu Big Boss cik Siti. Cik Siti? Hahaha tak de dalam gambar tu... Cik Siti sibuk kat dalam.... Apa pun Cik Siti sayang mereka semua.....

Lupa???

Teratak pena | Monday, September 03, 2012 | 2 Comments so far
Kita sebagai manusia memang tidak lepas dari 'lupa'.  tidak kiralah kita berumur setahun jagung, remaja dan dewasa.  Lupa adalah sesuatu yang ianya tidak kita sedari.  kalau sekolah dulu memang popular dengan perkataan lupa ni.  tapi.... kalau dah kerja tu... ada juga perkataan lupa tu keluar.  tetapi bila kita kata lupa pas tu mesti kena marah, kan?

okeylah kat sini nak cerita 2 kisah tentang lupa ni.  cerita pertama tentang customer Cik Siti yang kehilangan kunci keretanya.  ceritanya begini...
masa tu Cik Siti cover kaunter anak buah gi rehat.  lantas tak berapa lama datang EnWan, Pengawal keselataman Cik Siti ke kaunter Cik Siti. diserahkan kunci yang hanya.... sekeping? ke seketul? Hish! Cik Siti memang tak pasti dengan penjodoh bilangan dia.

"Puan Shimah, ada customer drop kunci dia." Cik Siti angguk.  macam kunci mangga je... kecik sangat. Cik Siti simpan dan buat kerja macam biasa.  tidak lama lepas tu...

"Kak Shim, nampak kunci kereta tak?" Tanya Mera yang masa tu baru nak keluar rehat.  Cik Siti geleng.  tapi dok tengok juga kunci yang En Wan bagi tadi.  Takklah...
Lepas tu Cik Siti tengok En Wan dengan beberapa staff tengah dok mencari sesuatu. En Wan datang lagi.
"Puan Shimah, nampak kunci kereta tak?  ada satu je kunci tu." Tak tahu Cik Siti ni cerdik ke tidak Cik Siti tunjuklah kunci yang dia beri tadi.  punyalah dia bantai gelak. 
"Tak tahu pulak kereta ada kunci kecik macam ni.  ada customer kata kita perli dia." Cik Siti senyum je... Cik Siti tengok juga mana rupa customer tu... oh... muda lagi.  lebih kurang dalam usia 20-an berbaju kemeja. 

Puas juga kita orang cari kunci dia.  memang cuak jugalah muka dia.  sebab kereta dia dah block kereta orang lain.  puas dia call sana, call sini.  tidak lama lepas tu Cik Siti tengok masing-masing dah buat kerja balik.  dah jumpa kot... telahan Cik Siti.  bila jumpa dengan En Wan (Dia ni selalu round) Cik Siti tanya dia.  dah jumpa ke kunci dia.  dia angguk.
"Nak tahu kat mana jumpa kunci dia?"
Cik Siti geleng. ini kalau buat contest di manakah kunci itu hilang best juga ni....
"Nasib baik awek dia ada around situ.  dia tepuk belakang pak we dan dia kata...."
"Sorryyy abang... so sorryyyy..."
Rupanya kunci tu ada dalam lipatan baju kemeja dia.... ceh! Nak gelak ada, nak marah pun ada.  punya puas mencari.  nak dekat setengah jam rupanya kat badan dia....

kisah kedua terjadi kat Cik Siti lak.
Kisah ni terjadi dalam 2 tahun lepas bila Cik Abang jemput Cik Siti kerja pada hari sabtu.  entah kenapa masa tu dia rajin lak parking kat Jusco.  sampai kat parking lot tingkat 3 Cik Siti ikut belakang dia.  dia cari punya cari.  Cik Siti tanyalah mana kereta.  Muka Cik Abang dah cuak sangat.

"Abang ingat.  abang parking kat sini."  Betul ke....
"Cuba ingat betul-betul... kat mana."  Nak tanya Cik Siti memang le Cik Siti tak tahu sebab masa dia datang tu Cik Siti tak de.  melilau juga dia cari kereta tu. 
"Kete kita hilang." Tersirap darah Cik Siti dengar. Biar betik!
"Cuba cari dulu..." Cik Siti dok jaga anak-anak. Yang abang dah bagi hint.
"Kalau kete kita hilang nak baik ibu balik nanti?"
"Kita naik teksi jelah." Cik Abang dah kalut.  nak buat report kat balai polis.
"Jangan report dulu.  kita suruhlah guard kat sini cari dulu.  dah betul tak de baru buat report." Cik Siti rasa Jusco tu bukannya besar sangat.  takkan boleh hilang. on the way nak balik, dia tanya Cik Siti.
"Ni tingkat berapa?"
"Tiga."
"Jom!"

Naik lif turun tingkat 2, lepas tu tu dia.... depan lif lagi Cik Abang parking. aduh!!!! nak marah? tak ada guna... perkara dah jadi. tp nak gelak pun ada. 

mulai dari itu kalau parking mesti Cik Siti ambil gambar tiang.... nanti tak adalah tercari-cari.

Alamak.... terlupa cari jalan pulang.... dah tak boleh nak stop.... somebody help me!!!

Malam Bersama Keluarga.....

Teratak pena | Wednesday, August 29, 2012 | Be the first to comment!
Raya....Raya...Raya.... mana-mana sekarang ni sibuk cerita pasal raya.  La ni Cik Siti nak ceritakan corat-coret raya lepas.  Macam biasa, malam ketiga raya keluarga sebelah bonda Cik Siti akan buat ikan bakar.  Macam tahun-tahun sudah.  Jom kongsi gambar yang Cik Siti sempat snap hari tu....


Nasi lemak 2 singgit.... dibungkus baik oleh mokde+maktam+makuteh+maklah+makngah+mak Ita+seluruh warga dapur....


Otak-otak dari batu berendam.  Mak Ita Cik Siti yang bawa.... Sedap..... sehinggakan Pak dare yang duduk kat Arab tu pun nak bawak kat sana.... Cik Siti tanya juga... tak kena tahan ke nanti????

ikan yang sedang disemadikan....


Bakar! bakar lagi!


Itu dia... tunggu nak semadikan dalam perut je...


Sosej kegemaran anak-anak kecil.....

Yang sebenarnya bukan keluarga sebelah Cik Siti je yang buat.  Sebelah Cik Abang pun buat juga.  tapi dia orang buat pada malam keempat.  tahun lepas Cik Siti tak dapat join sebab Cik Siti dah balik.  komitment pada kerja katanya.... So.... rezeki Cik Siti...Jom layan gambar kat bawah ni....

Menu yang sama.... itu namanya jodoh.... sama tapi tuan lain.... rasa pedas dan sedap.

Itu dia.... ayam bakar.... keluarga sebelah Cik Abang mereka buat ayam bakar, sosej, otak-otak dan kambing bakar bersama dengan tomyam....nyum...nyum....

Menyelerakan, kan?????  sedap sangat!!!!


Itu dia... ayam dan sosej yang telah diperap....

Tahun ni memang seronok.  bukan setakat dapat cuti seminggu, tapi dapat berkumpul bersama sanak saudara....

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah kita buat lagi....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA......

Shopping Selepas Raya

Teratak pena | Wednesday, August 29, 2012 | 2 Comments so far
Hi Blogger semua!

Masih dalam mood raya lagi ke?  rasanya masih ada yang masih lagi penuh dengan rumah terbuka setelah pulang dari berhari raya di kampung kan? masa balik dari kampung hari tu sempat juga Cik Siti singgah di Mydin Melaka untuk memenuhi impian Cik Siti. apa dia? Jom layannnnn...

Yang sebenarnya sebelum raya Cik Siti dah berangan dan impikan nak cari langsir.  maklumlah dah tiga tahun langsir tak bertukar. Namun bila mengenangkan masa tu gaji awal dan juga OverTime pun tak ada, jadi Cik Siti simpanlah niat tu.  Tak pe... kalau ada rezeki tu bila-bila pun boleh beli.

Jadi bila dah balik kampung, ada rezeki lebih Cik Siti ajak Cik Abang ke Mydin.  Di kata nak buat apa? 
"Adalah...."
sampai sana Cik Siti tak pergi kat tempat lain.  Cik Siti terus tuju kat tempat langsir. tengok langsir yang dah siap.  jadi bila dah berkenan dan tengok kain pun boleh tahan tebalnya, dan Cik Siti berpuas hati dengan kualitinya jadi Cik Siti pun ambik. kosnya? 230.00 untuk tingkap 3 panel tp Cik Siti beli yang sliding 8' sebab dia boleh menutup seluruh dinding. Cik Siti pun beli dengan langsir pintu 2 helai yang sama corak dan kain.  sebenarnya Cik Siti bajet dalam RM 300.00 tp bawah dari tu Cik Siti berasa syukur sangat.

Jadi tahun ni.... dapatlah beraya dengan langsir baru. al-hamdulillah... rezeki yang allah beri. syukur sesangat. Sebab tu balik kampung hari tu 2 jam boleh jadi 4 jam.  sebab melencong kat tempat lain. Hehehe....

Apa pun ada  segala hutang kuih dan baju semua dah settle.  sebab tu Cik Siti berani nak beli.  kalau tidak, tunggu kalau ada rezeki lebih....

Al-hamdulillah.....

Memulakan Tugas

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 | 3 Comments so far
                                       kredit dr google

Seminggu lamanya Cik Siti bercuti, maka bermulalah untuk menyambung tugas semula esok hari.  malas? tipulah kalau kata semangat nak kerja esok.  yang si kecik tu pun dah bersuara:

Cik Siti: Esok ibu kerja, Abby duduk dengan Mama ye?
Abby: na nak... nak duk dengan ibu...
Cik Siti : Mana boleh?  ibu kerjalah.
Abby: ibu cutilah...
Cik Siti;  ingat TM tu ibu yang punya ke?
Abby: ibu beyilah TM...
wah!  tinggi angan tu... mampu?  tak tahulah apa cerita yang si kecik tu nanti esok.  mahu menangis bila nak hantar dia... apa pun kepada yang sudah lama bercuti dan akan memulakan tugas esok, selamat bertugas dan semoga berjaya....

Okey.... adios....

Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 | 2 Comments so far

Salam Raya semua....
 Setelah en3 agak beremosi sebelum ni, kali ni Cik Siti nak buat en3 utk Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom. dah lama tak join give away ni....

en3 istimewa ini buat Cik Tom,
Yang sebenarnya dah lama Cik Siti follow cik Tom. entah mengapa kali rajin pulak nak join giveaway ni. bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu... betul tak? lagi pun nak cuba nasib.  mana tahu ada rezeki.  apa yang penting... dapat mengeratka hubungan sesama blogger.
terima kasih banyak pada Cik Tom yang sudi buat giveaways ni...

mula-mula Cik Siti kenal dengan Cik Tom masa blog walking.  minat blog Cik Tom terus Cik Siti follow dia... join giveaways ni?  saja nak isi masa lapang... boleh pakai ke alasan ni?  okey kot?

Okey, entri yang paling Cik Siti suka sepanjang Cik Siti join dunia blog ni:

http://bayuk3nangan.blogspot.com/2011/03/terkenang-semasa-dulu.html

ini adalah kandungannya:
Terkenang semasa dulu....
Hatiku menjadi rindu....

Erm... kalau waktu sunyi je tetiba kita teringat dengan cerita-cerita dulu. terutama sekali zaman kanak-kanak ribena. wa.... rasanya nak kembali ke zaman dulu lak. masa kecik Cik Siti tinggal dengan nenek (masa tu Cik Siti darjah satu) tahun 1984. lama kan? masa dulu susah nak jumpa dengan televisyen kaler(kata budak kecik) yang ada cuma TV hitam putih je. pas tu peti ais pun tak ada. kalau nak pun kena tumpang jiran. biasanya time nak raye... bila teringat pasal peti ais ni ada cerita disebaliknya.

Cerita bermula masa malam raya. biaslah malam raya bukan ke sibuk. nak buat ketupatlah... nak buat rendanglah.... nak buat kuah kacanglah... jadi Cik Siti dan beberapa orang pak dare Cik Siti ditugaskan pergi ke rumah jiran sebab kita orang tumpang ayam dengan daging di sana. jaraknya kira-kira sepelaung. maksudnya lebih kurang 100 meter. maka berjalanlah kami ramai-ramai.... sambil membaca al-fatihah dan surah-surah yang kami tahu tanpa kami hiraukan tadjwidnya.

Fuh! lega... dah sampai. dah sampai rumah jiran ye. kami beri salam dan bila dah dapat ayam dengan daging maka bermulalah sekali lagi debaran untuk melalui hutan di sebelah kanan... kami baca al-fatihah dengan kuat kalau boleh sampai satu kampung boleh dengar. tetiba kami terlihat akan 'makhluk' yang menghalang kami jalan. namun belum sempat kami nak habiskan al-fatihah kami dah meraung separuh gila. masing-masing lari lintang pukang. tapi 'makhluk' tu pun lari sama. apa lagi? kami berlari macam tak cukup tanah.

sampai kat rumah nenek kami semput separuh nyawa. lepas tu mak dare Cik Siti (yang masa tu dia darjah 6) bertanya.
"kenapa korang lari?"
"La.... Mak Lah ke tadi?" dia angguk.
"Kenapa Mak Lah pulak yang lari?"
Nak tahu apa dia jawab? "Sebab korang lari... Mak Lah pun larilah... Mak Lah ingat belakang Mak Lah ada 'benda'. Tak tahulah pulak Mak Lah buat macam tu korang lari."
"Mahu tak lari dalam gelap." Malam tu juga kita orang anti lak dengan Mak Lah. yelah... marah sangat.

Bila teringat kelakarlah pulak. Sekarang ni TV dah canggih. Peti ais nenek pun dah ada dua. (satu yang rosak) buat simpan barang. Yang best konon nak takutkan orang akhirnya diri sendiri yang takut.

note: Bestnya zaman kanak-kanak

##########
yang sebenarnya blog Cik Siti banyak menceritakan tentang masa lalu Cik Siti.  sebab itu Cik Siti namakan blog Cik Siti Bayu Kenangan. tak kiralah masa kecik atau masa kini... janji semuanya ada kena mengena dengan kenangan yang mungkin tidak boleh Cik Siti lupakan...

akhir kata:

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak MahhDania Eryati, Onlajer, NazriHatiputera, EielaRina Avail, Akhiyy, HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

Terima Kasih, Cik Tom....

Kenangan yang ditinggalkan....

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 | 2 Comments so far
                                              kredit dari google

Hari raya yang lepas, Cik Siti bercuti seminggu lamaya.  Cik Siti balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya.  bila malam tu, kampung Cik Siti seperti sudah menjadi tradisi akan ada takbir di setiap rumah.  memang sejak dulu lagi.  malam tu nak hidangkan ketupat rasanya setiap rumah memang dah ada hidang makanan wajib tu.  so..... bonda Cik Siti buat roti jala dengan cucur udang. sebab memandangkan rumah Cik Siti adalah yang tengah-tengah takut ramai yang dah kenyang makan.  mahu tidak malam tu Cik Abang balik dari kenduri tu pun pukul 130 pagi.  masa rumah Cik Siti masih ada 8 atau 10 buah rumah lagi.  masa tu jam dah pukul 1100 malam.

Yang sebenarnya isi yang Cik Siti nak kongsi adalah pada hari raya pertama.  apabila pak sedara sebelah ayah datang ke rumah.  masa tu lah Cik Siti tahu akan hal yang selama ini hanya menjadi cerita orang lain dan kini ianya menjadi cerita saudara sendiri.  Bila dikatakan harta pusaka sudah bertukar tangan, dan yang sedih dengan orang luar, betapa ralat hati Cik Siti.  bila dikatakan 'sudah jual', serta-merta kenangan Cik Siti kepada tanah itu dan rumah tua yang kini sudah tiada serta merta  menerjah dalam kotak fikiran Cik Siti.  Cik Siti terbayangkan pokok kuini yang menghasilkan buah yang manis, buah rambutan merah yang ranum, pokok jambu di depan rumah, dan perigi buta tempat Cik Siti bermian masa kecil, kini sudah tiada!

Saat bicara kuasa pada 1995, selepas arwah ayah meninggal, segala tanah pusaka dibahagi.  ketika itu Cik Siti pun baru je 18 tahun. tapi... pedulilah.... Cik Siti tak ambil port pun sebab itu adalah rezeki masing-masing.  tetapi kini.....

betapa sedihnya hati saat tanah kenangan itu hilang dari salasiah keluarga Cik Siti.  mungkin ada sebab mengapa dia menjualkannya.  namun puas difikir, namun Cik Siti tidak dapat mencari jawapannya. kerja?  Pak sedare Cik Siti kerja bagus.  lebih bagus dari arwah ayah.  anak?  seorang sahaja yang belajar.  yang sulung sudah kahwin dan yang kedua sudah bekerja.  kemudian... terfikir.... o.... mungkin dia menjualkan tanah untuk anaknya belajar diluar negeri kot? dia sahaja yang tahu jawapannya.

tanah itu banyak meninggalkan kenangan.  sebab Cik Siti banyak menghabiskan masa dengan arwah atok masa kecik dulu.  sebab masa darjah satu (1984)  Cik Siti tinggal kat kampung.  masa tu rasa dengan atok bukan main manja lagi Cik Siti masa tu.  yelah.... apa yang nak semua dapat.  dengan arwah mak sedare pun bila dia balik kerja mesti seluk dalam poket dan ambil gula-gula.  kalau musim kuini, pagi-pagi dah keluar tengok kalau ada yang gugur.

tiadakah kenangan untuk dia kenangkan? tanah pusaka bukan dari titik peluh dijual dengan harga yang tidak dapat ditafsirkan oleh minda.  Bukankah tanah pusaka adalah tanah tinggalan untuk anak dan cucu? andai sudah tiada tanah pusaka, kemanakah langkah anak dan cucu seandainya tiada rezeki diperantauan?  seandainya sudah tiada tanah pusaka kemanakah langkah seandainya kita dibuang oleh anak dan menantu?

tanah itu sudah tinggal kenangan.... kenangan yang tak boleh Cik Siti lupakan.... Cik Siti mungkin boleh memijak tanah itu, namun perasaan bangga sudah hilang.  kerana tanah pusaka itu sudah tiada kamus dalam keturunan 'Yaacob@Akob'. yang paling sedih, di situlah rumah tua... tempat yang pernah mengumpul sanak saudara ketika hari raya dan kenduri-kendara....

bila mendengarkan berita itu.... teringat akan kata orang, menjual tanah pusaka tiada senang dalam kamus hidup mereka?  benarkah??????

Panjang lebar pulak cerita Cik Siti hari ini.... cuma meluahkan perasaan.... dan juga menjadi pengajaran untuk semua dan terutamanya Cik Siti....


Teratak pena | Sunday, August 19, 2012 | 1 Comments
salam semua!!! Pejam celik, pejam celik dah nak raya. tahun ni agak best sebab Cik Siti dapat cuti selepas raya. so... Cik Siti balun le sampai satu minggu. Cuti ada lagi... selagi ada... tahun ni dapatlah tebus mana yang tak dapat pergi tahun sudah...

So... Cik Siti nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua blogger dan follower cik Siti...

Adios...

Persediaan hari raya

Teratak pena | Wednesday, August 15, 2012 | Be the first to comment!
Hai... semua...

Rasanya ramai yang dalam mood nak raya, kan?  macam mana dengan persiapan tahun ni?  macam biasalah... ala kadar jelah kan? bila umo dah meningkat ni, rasanya raya tu yang seronok cuma anak-anak.  tapi dalam erti kata ala kadar pun baju baru pun nak beli juga.  kuih pun bertelap-telap.  kat opis tu sape yang jual kuih kita pun nak menempel muka membeli.

Duit raya? tahun yang paling best!  sebab apa?  semua dapat duit baru.  lepas tu lak ada duit 20 ringgit.  tapi Cik Siti lebih suka duit singgit yang lama berbanding yang baru ni. sanggup Cik Siti cari duit lama yang masih baru untuk angpow tahun ni.  sebab apa?  duit singgit baru ni memang susah nak kira. licin dan juga melekat. nak guna mesin?  sampai pagi esok total tak pernah yang betul.  huhuhu...

Apa pun tahun ni Cik Siti dapat cuti selepas raya.  maksudnya Cik Siti akan bercuti dari sabtu minggu ni sampai ahad minggu depan.  yelah... tahun lepas dah cuti sebelum.  so tahun ni turn Cik Siti cuti selepas.

Okeylah... sebelum nak undur diri, Cik Siti nak hidangkan lagu kegemaran Cik Siti...


bidan terjun jadi kerja tetap

Teratak pena | Saturday, August 11, 2012 | 2 Comments so far


Ingat tak lagi masa Cik Siti cite pasal Cik Siti sibuk menggantikan admin Cik Siti yang cuti bersalin dulu? Erm... nampaknya kerja tu dah jadi kerja tetap Cik Siti.  hahaha.... tak tahu nak cakap apa.  Bos kata, 
"Kak Shim... jadi admin je le..." Boleh ke bos????? bos angguk.  Boleh....  yakin boleh.

Mencabar juga jadi admin ni.  yelah.... merangkap PA bos.  nasib baik dapat bos yang suka menolong.  mana yang Cik Siti tak sempat, dia dah buat.  Thanks Bos...

Bukan senang nak control 31 orang ni. (termasuk Cik siti) OT tiap-tiap bulan kena submit.  kalau tak dapat OT, Akak juga yang kena.  Report sebelum 3HB dah kena hantar.  nasib baiklah semuanya boleh tengok kat sistem. kalau nak kutip sorang demi sorang mahu terkeluar anak tekak Cik Siti.

Kat admin juga tempat dia orang mengadu masalah.  mahu tidak.... lepas sorang, sorang yang dok jumpa.

"Kak Shim, nak A4 paper."

"kak Shim nak A4 warna biru"

"Kak Shim.... nak ubat stapler"

"kak Shim.... kertas QMS dah habis."

"Kak Shim! pen ada tak?"

"Kak Shim, nak punch kad bulan lepas nak buat time sheet"

"kak Shim.... tonner kaunter depan dah habis."

"Kak Shim!"

"Kak Shim!"

"AAAAPPPPPAAAA!!!!"

"Alamak..... Kak Shim dah marah... nak tukar warna hijau tu...." (cakap le... yang Cik Siti nak jadi hulk)

Pening tapi seronok. penat tapi puas.  walau bagaimana pun Cik Siti still backup ketua hasil Cik Siti.  Selamat datang ke alam kerja baru.... semoga berjaya....

Chaiyok CIK SITI..... Yakin Boleh...


Teratak pena | Saturday, August 11, 2012 | Be the first to comment!
rindu sangat nak menaip dalam teratak Cik Siti ni. ada banyak cerita tetapi rasa macam susah nak lepaskan rasa penat yang masih lagi bersarang. angan tinggal angan. azam dan macam tinggal sepi. macam manalah nak berjaya macam ni ye tak? tenggelam celup dalam dunia blog ni.
inilah dia kalau sindrom malas mula melanda. mahu pulak bila dulu jadi bidan terjun sekarang dah jadi kerja tetap...wa....wa....

Selamat Pengantin Baru.... 2/6/2012

Teratak pena | Friday, June 08, 2012 | 3 Comments so far
Salam sejahtera semua... rasanya musim cuti sekolah ni ramai yang menghadiri majlis kenduri kahwin. Cik Siti pun tak terlepas. minggu lalu Cik Siti balik kampung sebab sepupu Cik Abang melangsungkan perkahwinan... TIKA DAN ADNAN... jom layan gambar yang diambil oleh sepupu Cik Siti... Thanks Miza sebab jadi jurugambar tak bergaji... itu pun Cik Siti ambil dari FB dia. Dia ni memang minat dengan gambar. kalau tengok blog dia pun pandai betul dia edit gambar. kalau Cik Siti mahu rosak gambar tu dibuatnya.


          anak Cik Siti (si abang kiri sekali) dan pak sedare menjadi pengapit kanak-kanak

 
anak Cik Siti (Si kakak kiri sekali) dan mak sedarenya menjadi flower girl

 
Si adik yang frust sebab tak jadi flower girl


Sepupu ( Noratika dan Adnan) Selamat Pengantin Baru semoga murah rezeki dan jodoh berkekalan... Amin..

Kepada yang mendirikan rumah tangga SELAMAT PENGANTIN BARU Cik Siti ucapkan... jom layan lagu ni...

Selamat Pengantin Baru
Semoga kekal abadi
Bahgia ke anak cucu
Sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
berkat kesucian akhir terlaksana

Pabila sedang bersanding
Janganlah suka menjeling
Menjadi raja sehari tersenyum
Nampak berseri
Tenanglah hati
dengan kesyukuran
sabar menghadapi tempoh
Hidup baru


Kerja: Minat atau keperluan

Teratak pena | Thursday, June 07, 2012 | 4 Comments so far


 Bila cerita tentang kerja, ada yang bernasib baik mendapat kerja sama dengan minat sedari kecil lagi.  jadi bila dapat kerja sama dengan minat kita sudah tentu semangat kerja kita pun luar biasa, kan?  macam mana bila kita dapat kerja buka dengan minat dan juga bidang kita?  apakah kita perlu matikan semangat untuk kerja.

Tambahan pula minat kita tu kekosongan jawatan tidak begitu banyak. dan?

akhirnya demi mencari sesuap nasi, kita kerja untuk keperluan hidup.  tapi pastikan halal ye....

Mungkin ada masa kita perlu berkorban dengan minat kita untuk bekerja.  namun bagaimana dengan semangat kerja kita?  adakah tidak seperti yang kita harapkan atau pun kita berusaha untuk 'bercinta' dengan kerja kita walhal  kerja yang kita sandang adalah 'musuh' kita.

Macam mana yek?  nak berikan semangat kerja yang sepadan dengan minat kita? tentu susah kan?  tapi kalau kita sisipkan walau sekuman pun rasa gembira dengan kerja yang sedia ada sudah tentu musuh boleh kita tundukan dan minat itu akan datang dengan sendirinya...

kita sudah tentu boleh melakukannya....

Berilah peluang untuk diri kita sendiri untuk menyesuaikannya.  sudah pasti setiap apa yang kita dapat ada hikmah yang tersirat.  mana tahu kerja sebelum ini adalah 'musuh' kita akan memberikan kejayaan buat kita...

okey, buat semua.... jom layan lagu ni...

Hitam Putih Kehidupan (Shiela Majid)


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan


Layan Lagu ni: Hanya Sekali-Ideal sister

Teratak pena | Tuesday, June 05, 2012 | 3 Comments so far
dah lama Cik Siti cari lagu ni... la ni dah jumpa. best sangat. jom layan lagu ni...
Lirik Lagu Hanya Sekali - Ideal Sisters

Sekali Janji ku Lafazkan
Akan ku Kotakan
Walaupun Dihalang
Sekali ku Lafazkan
Kata Cinta
Takkan ku Permainkan

Sekali Di Dalam Hidupku
Kurasakan Cinta
Yang Suci Sejati
Sekali Hanyalah Sekali Ini
Tiada Lagi Tukar Ganti

Sehari ku Rasa Setahun
Jika Tiada Kasihmu
Jika Kau Pergi Jauh
Perasaanku Akan Terganggu
Hanyalah Kau Seorang
Mengubat Hati Rinduku

Tiada Bandingan Di Dunia
Yang Sama Semurni
Cinta Yang Kau Beri
Sekali Kau Beri
Sekali ku Katakan Sekali Lagi
Cintaku Hanya Sekali


 

Busy period

Teratak pena | Monday, June 04, 2012 | 2 Comments so far
O.... 1hb dh masuk.... tang tung tang tung Cik Siti berhadapan dengan tugas getir bila terpaksa memangku jawatan admin bidan terjun. sudahlah masa sebelum bersalin Cik Siti cuma belajar 5% je. yang lain terpaksa pandai-pandai. mula-mula tu hujung bulan rasa macam tak cukup masa je. sebab 1hb tu hari jumaat.

hari juamaat lak bagai nak pecah otak kepala macam mana nak keluarkan report.  dah buat dah macam mana admin Cik Siti ajar.  siap bagi formula dan ambil dari sistem.  bila masauk, tak dapat.  wa..... Cik Siti nak nangis. udahlah call admin Cik Siti dia matikan handphone.  Call admin lain diaorang kira manual.  mana nak cari bebudak ni punya statistik.  kadang-kala manual ni takut tak ngam dengan sistem.  itu mulalah Cik Siti jadi singa.  dari 800 pagi hingga 700 malam baru Cik Siti jumpa dengan formula yang sebenarnya.  Cik Siti dah tak tahan dengan kepala. dah sakit sangat.  lagi pun Cik Siti nak balik kampung.  ada kenduri kahwin.  Tapi last bila dah dapat formula yang sebenarnya Cik Siti melompat dan tepuk tangan.  nasib baiklah orang semua dah balik.  cuma tinggal Cik Siti kat belakang dan 2 orang lagi rakan Cik Siti yang masih lagi menyiapkan kerja.

Bila Cik Siti dah tahu formula nak cari report melalui sistem, pepagi Cik Siti dah godek sistem.  namun ada beberapa report yang perlu Cik Siti hantar.  namun report tu kena tunggu dari asst boss Cik Siti.  nasib baik yang penting sudah die-mailkan.  pas tu nak jadi cerita..... e-mail tak boleh nak bukak! bukan e-mail Cik Siti, tapi sistem e-mail tu yang ada masalah.  nasib baik le dah hantar e-mail.  kalau tidak mesti jadi VIP hari ni.

Dalam erti kata Cik Siti bertungkus lumus Cik Siti memanjat kesyukuran bila dilorongkan oleh Allah memudahkan urusan kerja Cik Siti.  jadi untuk bulan yang kedua selepas ni Cik Siti yakin Cik Siti boleh lakukan.... oh.... Cik Siti dah belajar sesuatu yang baru.... YES!!!!!!

Aktiviti time sekolah...

Teratak pena | Tuesday, May 29, 2012 | 3 Comments so far
Masa sekolah dulu... apakah aktiviti yang selalu korang libatkan diri?

Kalau korang minat sukan dah tentu korang libatkan aktiviti sukan macam acara balapan, bola sepak, bola tampar, hoki, tapi kalau mana yang minat dengan aktiviti sastera.... meh sini.... Cik Siti memang minat.  Kalau sukan tu alamatnya Cik Siti duduk barisan paling belakang sekali.  langsung lari bakat dalam sukan.

Cik Siti berjinak dengan aktiviti ala sastera sejak Cik Siti darjah 5 lagi.  masa tu cikgu suruh Cik Siti deklamasikan sajak.  Masa tu rasa macam tak ada keyakinan je.  yelah... Cik Siti mana pernah nak deklamasikan sajak, pas tu depan orang ramai pulak tu....

bila dah berjaya, satu kepuasan dan juga satu semangat untuk Cik Siti terus untuk menyertai pertandingan yang menjurus kepada sastera.  mula-mula deklamasikan sajak.  sebab itu 'makanan' Cik Siti.  tapi bila dah masuk ke alam sekolah menengah lebih mencabar lagi.  Cik Siti cuba yang lain.

Akhirnya Cik Siti mencuba dengan syarahan.  mula-mula tu rasa gementar sebab masa yang diberi agak lama berbanding dengan mendeklamasikan sajak.  First, tengok abang-abang dan kakak-kakak senior ni beri syarahan.  aduh!  mereka lantang bersuara.  dari situ Cik Siti belajar bagaimana nak buat syarahan.

bila dah tahu, Cik Siti cuba pulak dengan pantun.  ini yang paling Cik Siti suka dan kena dengan jiwa Cik Siti.  Maklumlah... orang Melaka kan sinonim dengan pantun.  tapi cabaran yang best bila kena menjawab pantun dalam masa 1 minit. first time tu mahu macam tak menang tangan nak menulis.  tapi bila dah 2 kali wakil sekolah keyakinan tu dah ada.

namun yang paling kelakar dan yang memang Cik Siti tak boleh lupa masa Cik Siti menerima 'tempahan' dari cikgu bila kena menyertai pertandingan bahas.  Cik Siti ni bukan le pandai sangat nak bahas ni.  apa lagi nak membangkang.  bila satu masa ketika wakil sekolah dan pihak lawan mengoyakkan kertas depan mata, Cik Siti menelan air liur.... lidah dah kelu.... huhuhu... menggigil tul.

kalau flash back balik memang best betul masa tu.  sekarang kalau nak dapat masuk pertandingan seumpama itu memang susah nak jumpa.  Nak pantun dengan customer?  ha..ha...ha... tak dapat bayangkan. yang boleh Cik Siti cungkil bakat kalau ada pertandingan yang sebati dengan Cik Siti.  Itu pun bukannya selalu....

sajak, syarahan, pantun, bahas, semuanya menjadi kenangan Cik Siti di masa akan datang.  dan kadang-kala tu teringin nak deklamasikan sajak atau berbalas pantun...

Cuti Sekolah...

Teratak pena | Sunday, May 27, 2012 | 3 Comments so far

selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar... anak Cik Siti bukan main lagi bila hari jumaat sebab cuti sekolah sudah bermula. dua minggu pulak tu.

hari jumaat lepas Cik Siti ke KLIA menjemput bonda Cik Siti balik dari umrah.  al-hamdullillah bonda dan dinda Cik Siti, Cik Nurul sihat walafiat.  begitu juga dengan nenda Cik Siti.  pas tu Cik Siti terus je balik kampung.  Balik kampung tak de gi mana pun.... ada tak ada pegi MYDIN kat sana.  jenjalan bawa anak.  nak jejak kaki ke bandar hilir malas pulak rasanya.  dah tentu ramai orang.

la ni baru je sampai rumah.  kat sana bukan tak ada streamyx, ada.  cuma nak release tensen jap.  tengok pokok-pokok yang menghijau dan juga melantak durian yang baru gugur.

Apa pun 2 minggu ni jangan persiakan. SeLaMat BeRcUtI seMuA....

Terima Kasih

Teratak pena | Tuesday, May 22, 2012 | 2 Comments so far


Hi! hi! bertemu kembali.....

Nak tahu kenapa Cik Siti rajin nak updated?  ada beberapa faktor (ceeewwwaaahhhh skema le pulak)

1) sebab dah dapat... eh bukan! dah beli laptop baru... bukan ke rosak ari tu...

2) ini paling best! dah 3 tah pakai streamyx...ops! bukan potong ye.... sebab Cik Siti dah tahu password wireless dia.  yelah.... masa install ari tu Cik Abang yang tengok.  dia pun lupa nak tanya wireless password.  ari tu entah macam mana cuba nasib call 100 dan tunjuk ajar mereka akhirnya Cik Siti berjaya juga.  selama ni payah sikit sebab kena guna wired.  la ni.... dah senang dah.... duduk depan tv pun dah boleh...

3)Tengah release tensen.... sebab kena buat kerja lebih (admin) memandangkan admin tengah cuti bersalin... tengah pening dengan cuti bebudak ni.... malas nak fikir tu yang taip yang bukan-bukan...isi tak ada... cuma membebel je.  tahan mata sajalah ye...

namun begitu di harap dengan pembaharuan yang ada tidak akan patah semangat nak berblog semula....

Sedar Diri

Teratak pena | Monday, May 21, 2012 | 4 Comments so far
Okey.... sekarang nak cerita tentang bagaimana Cik Siti dok rasa kerdil diantara pelajar-pelajar yang rata-ratanya celik IT.

 Dalam kata barang naiklah.... kos hidup naiklah.... tup tap memasing di tangan galaxy tab 10.0, samsung note... kiri kanan lak tu. isk!isk! diorang bukan main lagi tweet. yang Cik Siti dok peratikan je. Yang sebenarnya bukan Cik Siti datang bukan nak join mereka tetapi oleh sebab menantikan penyampaian hadiah untuk Pertandingan Penulisan Blog sempena Minggu Sosial Network anjuran TM 17 Febuari lalu Cik Siti datang juga. itu pun Cik Siti datang dah nak tengahari memandang anak Cik Siti tak beberapa sihat.

 bila pandangkan mereka bukan main asyik dengan tab dan h/p yang ada wireless internet, Cik Siti pun tak nak mengalah... Cik Siti keluarkan h/p Cik Siti dan Cik Siti pun slide juga... walau pun tak boleh surf internet... he...he...he... saje je... sedar diri... siapa diri kita... w850i je. 

masa tu diaorang dok tengok-tengok. mungkin dia kata apalah kakak ni buat kat sini. sudahlah datang lambat. Cik Siti tengok diaorang tweet secara online dan skrin besar telah dipasang untuk melihat maklumat dan juga soalan untuk pada juri. orang taip tweet Cik Siti taip SMS...he...he...he... lagi pun Cik Siti bukannya ada akaun twitter ni... tak pandai pun.. yang pandai cuma FB dan blog je. Bila dijemput untuk menghadirikan diri bagi majlis penyampaian hadiah baru tahu anak-anak zaman sekarang memang mewah. Erm... tak apalah... janji mereka perlu berfikir dengan sebaiknya untuk tidak melukakan hati ibu bapa dan belajar dengan bersungguh-sungguh

Layan Lagu: Nothing's gonna stop us now

Teratak pena | Monday, May 21, 2012 | 3 Comments so far
"Nothing's Gonna Stop Us Now" Looking in your eyes, I see a paradise. This world that I found is too good to be true. Standing here beside you, I want so much to give you this love in my heart that im feeling for you Let them say we're crazy. I don't care about that. Put your hand in my hand, baby, don't ever look back. Let the world around us just fall apart. Maybe we can make it if we're heart to heart. And we can build this thing together, stand in stone forever, nothing's gonna stop us now. And if this world runs out of lovers we'll still have eachother. Nothing's gonna stop us, nothing's gonna stop us now. I'm so glad I found you, I'm not gonna lose you, whatever it takes to stay here with you. Take it too the good times, see it through the bad times. Whatever it takes is what I'm gonna do. Let them say we're crazy. What do they know? Put your arms around me, baby, don't ever let go. Let the world around us just fall apart. Baby, we can make it if we're heart to heart. Oh, all that I need is you. All that I ever need. All that I want to do is hold you forever, forever and ever. And we can build this thing together, stand in stone forever, nothing's gonna stop us now. And if this world runs out of lovers we'll still have eachother. Nothing's gonna stop us, nothing's gonna stop us now. And we can build this thing together, stand in stone forever, nothing's gonna stop us now. And if this world runs out of lovers we'll still have eachother. Nothing's gonna stop us, nothing's gonna stop us now.

Kalau sudah Obses

Teratak pena | Sunday, May 20, 2012 | 5 Comments so far
Okey... nak cerita kisah puteri Cik Siti yang kecik sekali... Si Abby. masa tu dia tengah syok sangat tido. kita buka lampu tak sedar. mula-mula Cik Siti ingat dia masih berjaga sebab kasut kat tangan dia. senyap dan tak bergerak
Cik Siti panggil: "Dik...Dik...." Dia senyap. Takkan dah tido kot? habis kasut kat tangan?
Cik Siti datang dekat. memang dia dah tido! punyalah letih dia bermain. sampai kasut pun tak sempat nak letak. Cik Siti geleng kepala sambil tergelak... hai... adik...adik...
Comei tak dia?

Semoga Mereka Tabah

Teratak pena | Sunday, May 20, 2012 | 8 Comments so far
Pagi tadi (19/5/2012) jam 530 pagi Cik Siti dikejutkan dengan bunyi handphone di sebelah. memang Cik Siti letak handphone disebelah untuk kunci jam. Bila dengar bunyi handphone pagi-pagi ni hati Cik Siti dah berdebar. mahu tidak? Bonda Cik Siti dan dinda Cik Nurul ada di Mekah untuk menunaikan umrah. Yang dinda Cik Siti pulak tinggal seorang kat kampung. mula fikir yang bukan-bukan.
Bila tengok nombor biras Cik Siti yang call. Angkat tel dan akhirnya Cik Siti dengar suara cemas biras Cik Siti.
"Akak, rumah Mak Uda terbakar. semua habis kak." Cik Siti tersentak. Mak Uda yang biras Cik Siti katakan adalah bonda sedara Cik abang. Cik Siti tak senang hati dan telefon menanatu bonda sedara cik abang ni yang Cik Siti panggil Mak Uda. Mereka sehelai sepinggang dan yang penting dan hati Cik Siti lega mereka kesemuanya (9 orang ) ketika waktu kejadian itu selamat.
Namun disebalik cerita, tuhan maha kaya saat ketika sepupu Cik Abang masuk kerumah buat kali kedua setelah disangka semuanya sudah keluar untuk menyelamatkan barang tetiba dia tersepak sesuatu, dan bila dilihat anak buahnya yang lebih kurang 3 tahun sedang nyenyak tidur. terus disambar anak buahnya dan saat dia keluar api menjulang tinggi dan saat itu tiada apa yang boleh diselamatkan.
Banyak juga bantuan yang diterima. sesungguhnya sayu melihat apa yang tinggal namun memanjat kesyukuran tiada kemalangan jiwa yang ada. dikatakan api berpunca dari rumah sebelah apabila jiran sebelah telah membakar lilin dan meletakkan di atas almari kerana ketika itu bekalan elektrik terputus.
Sesungguhnya..... sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.... yang pasti hanya tuhan yang tahu....
Cik Siti berharap mereka tabah dan insyaallah ada rezeki mereka untuk mereka meneruskan hidup.... AMIN.....

Soalan yang menguji kesabaran....

Teratak pena | Saturday, May 19, 2012 | 4 Comments so far
Cerita tentang pengalaman khidmat pelanggan banyak cabarannya, kena sabar....sabar...sabar... dan sabar. okeylah... nak cite sikit pasal soalan yang pernah menguji kesabaran Cik Siti. Dan jawapan Cik Siti senyum dan ada masa tak tahu nak cakap apa. soalan yang paling simple dan Cik Siti fikir dua tiga kali.
1) Hari sabtu ni cuti umum. you all buka ke? tet.... geleng je lah...
2) I bayar lebih ni duit tu you all ambik ke? Erm.... bukan Cik Siti untung pun....
3) Kenapa orang ramai sangat? awal bulan kot.... tp kalau tengah bulan? Cik Siti dok angkat bahu... tak tahu...
4)Masa bila tak ada orang? Masa tutup(hehehe dalam ati je) tengah bulan kot? kalau ramai? dok angkat bahu lagi... diaorang ingat Cik Siti Nujum Mak Belalang kot?
5)Kenapa orang banyak tanya you all jawab? suruh tanya tempat lain le... Habis? takkan nak halau kot? tp biasanya tengok situasi juga. kalau pelanggan ramai sangat terpaksa cut conversation tu. kesian tengok orang dah tunggu lama.
6)Kenapa orang tua dengan dengan kurang upaya tak payah ambik nombor? ada juga orang macam ni... yang ini memang hish tak tahu nak jawab apa. yang sebenarnya kalau di tmpoint memang pelanggan yang warga emas dengan kurang upaya akan terus ke kaunter dan kami terus serve.
kalau ikutkan banyak soalan yang kadang-kala menguji kesabaran kita. tapi ada juga soalan yang membina dan memberi motivasi. tapi kita cerita lain kali yek? Adios
Teratak pena | Friday, May 18, 2012 | 1 Comments
?
Salam Jumaat.... Saje je nak coret dan membebel.... yang sebenarnya nak biasakan diri dengan sistem baru ni. yang sebenarnya banyak sangat nak kongsikan cerita. nanti kalau ada masa terluang, Cik Siti akan kongsi...ok
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page