Kerja: Minat atau keperluan

Teratak pena | Thursday, June 07, 2012 |


 Bila cerita tentang kerja, ada yang bernasib baik mendapat kerja sama dengan minat sedari kecil lagi.  jadi bila dapat kerja sama dengan minat kita sudah tentu semangat kerja kita pun luar biasa, kan?  macam mana bila kita dapat kerja buka dengan minat dan juga bidang kita?  apakah kita perlu matikan semangat untuk kerja.

Tambahan pula minat kita tu kekosongan jawatan tidak begitu banyak. dan?

akhirnya demi mencari sesuap nasi, kita kerja untuk keperluan hidup.  tapi pastikan halal ye....

Mungkin ada masa kita perlu berkorban dengan minat kita untuk bekerja.  namun bagaimana dengan semangat kerja kita?  adakah tidak seperti yang kita harapkan atau pun kita berusaha untuk 'bercinta' dengan kerja kita walhal  kerja yang kita sandang adalah 'musuh' kita.

Macam mana yek?  nak berikan semangat kerja yang sepadan dengan minat kita? tentu susah kan?  tapi kalau kita sisipkan walau sekuman pun rasa gembira dengan kerja yang sedia ada sudah tentu musuh boleh kita tundukan dan minat itu akan datang dengan sendirinya...

kita sudah tentu boleh melakukannya....

Berilah peluang untuk diri kita sendiri untuk menyesuaikannya.  sudah pasti setiap apa yang kita dapat ada hikmah yang tersirat.  mana tahu kerja sebelum ini adalah 'musuh' kita akan memberikan kejayaan buat kita...

okey, buat semua.... jom layan lagu ni...

Hitam Putih Kehidupan (Shiela Majid)


Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan


4 comments:

  1. memang seronok bila dapat kerja yang kita minat

    tapi minat juga boleh dipupuk
    dan minat juga boleh hilang tanpa alasan

    ReplyDelete
  2. hmm..
    masa baca tajuk akak ni, dalam hati terdetik..mungkin kerja itu keperluan.. kalau tak kerja, mana lah nak datang duit dan memperoleh kehiduapan yang senang. nak senang itu perlu usaha, so usaha kena kerja! then bila dapat kerja yg kita minat, itu satu bonus! kalau tak minat, so rela dalam terpaksa lah tema dia. Dan kakak-kakak saya selalu mengingatkan pada diri saya, kita perlu kerja sampai ke akhir hayat kita bila dah start kerja..akak cakap camtu, sebab Nita dulu beriya2 nak kerja sangat lepas grad then sebab tak nak rehat2 dulu.. hihi..sekarang dah kerja, tak leh nak rehat dah!!!

    :D

    :)

    ReplyDelete
  3. aku keje sebab minat yang dipupuk....(kirenye keperluan la tu...huhhu)

    ReplyDelete
  4. Mr Tehr: kalau dah nak hilang minat tu kena gilap betul-betul... agar tak hilang

    CikNita: Sekarang da tak boleh pilih kerja lagikan?

    Angah: kekalkan momentum...

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page