Bercinta Selepas Kahwin

Teratak pena | Friday, March 28, 2014 | 2 Comments so far


Bila bermulanya cuti sekolah gerenti ramai yang dapat kad jemputan kahwin, kan?  Kahwin.... ada kata orang bila sampai seru kahwinlah.  dan ada pula yang kata cukup hantaran bolehlah kahwin.  Erm... kahwin, zaman sekarang kebanyakkan berkahwin dengan pilihan hati.  bercinta dulu lepas tu baru kahwin.  Yelah.... kata nak kenal hati budi dulu kan?

Kalau nak bandingkan dengan orang dulu, mereka berkahwin dulu kemudiannya barulah mereka bercinta. Percaya atau tidak, itulah yang terjadi pada Cik Siti.  Orang sekeliling bercinta bagai nak rak, Cik Siti pulak masih single dan tiada siapa.

Sehinggalah orang datang masuk meminang mak kata kahwin! kahwinlah Cik Siti.  walau pun memang dah kenal (Sebab sedara)  tapi tak pernah pulak terfikir sampai nak kahwin.  Mungkin dah kata orang tu jodoh tak kemana kahwinlah Cik Siti dengan pilihan keluarga.

Dan alhamdulillah.... ada manisnya bercinta selepas kahwin ni.   Anak pun dah tiga dik! Hehehe....

Apa yang penting sekarang ini adalah Allah menciptakan seseorang itu ada pasangannya.  cuma cepat dan lambat sahaja....


Belajar.....

Teratak pena | Thursday, March 27, 2014 | Be the first to comment!

                                          Ehsan dari Google
Belajar....

Memang tidak kenal masa, usia dan di mana sahaja.  Belajar juga punyai maksud yang luas dan merangkumi pembelajaran yang baik atau buruk.  Kalau belajar yang baik, jadi baiklah kita.  Kalau sebaliknya?  sendiri mahu ingatlah ye tuan puan.

Belajar ada masa susah dan ada masa senang.  Ada masa kita faham dan ada masa kita buat macam faham-faham sahaja walhal bagai nak gila kita nak fikirkan.

Ada masa kita belajar dengan buku dan ada masa kita akan belajar dari pengalaman.  Walau bagaimanapun setiap yang kita belajar perlu ada guru.  Namun yang paling besar maknanya pada Cik Siti adalah berguru dengan pengalaman.  Sebab kita tahu jatuh bangun kita dan kita sedar akan siapa pun diri kita.

Belajar sesuatu yang baru dan yang baik tidak boleh malu.  walau berapa jarak umur kita, belajar dengan yang lebih muda adalah tidak salah.  itu semuanya untuk kita menambah ilmu.  Dan yang penting juga jangan malu untuk bertanya.  Walau berapa tinggi dan rendah pangkat seseorang itu kita tidak boleh malu untuk bertanya.  Dan kata-kata senior Cik Siti masih lagi menyanyi ditelinga Cik Siti:

...Kau nak takut apa?  Dia manager pun manusia biasa.  Kau tak cuba tanya kau tak tahu macam mana....
Betul kata dia tu.  Dan sekarang Cik Siti kalau nak belajar sesuatu Cik Siti akan bertanya. Tetapi sebelum nak bercakap dengan level yang lebih tinggi tu kena ada caranya.  Nak marah?  tak apa.  Yang penting kita cuba.  Tak buang duit pun kalau kita berkongsi ilmu.  Ye tak?

So selagi bernafas, selagi itu kita akan belajar.  Cuma cerita dan perkaranya sahaja yang berubah.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.... 

Pelayaran (Untuk motivasi)

Teratak pena | Friday, March 21, 2014 | Be the first to comment!
selamat berkembali semua...

                                 

Sekarang ni mood dah macam down sangat.  cuba nak cari motivasi diri.  Kesian teratak Cik Siti yang dah lama tak berpenghuni.  Kalau kena tinggal pun memang padan muka Cik Siti. Gelak ye....
okeylah... dalam nak betulkan mood dan juga semangat yang dah tinggal suam-suam kuku ni macam biasalah... dengar lagu yang boleh menaikan semangat Yakin Boleh! Cik Siti boleh lakukan!!! tak kiralah di dalam apa bidang atau pun cabaran yang mendatang.  Sebab cabaran yang mendatang itu akan menjadikan kita lebih berpengalaman... ceeewwaahhh

Okey, nak kongsi satu lagu yang boleh naikkan semangat semula.... (bagi Cik Sitilah....) walau pun lagu agak rock keras tapi senikata dia memang kena.  Jangan kata Cik Siti layan lagu lama je.  semua lagu yang senikata yang menarik dan lagu yang kena dengan jiwa Cik Siti semuanya Cik Siti suka. Jom layan lagu ni dengan senikatanya sekali.


Berilah peluang kepada dirikuMeneruskan pelayaran ini
Dan mencari secebis erti
Untuk aku berdiri
Usahlah kau menghalang diriku
Untuk mengejar cita ini
Agar ku capai kejayaan
Dalam hidup
Ku hanya memberi satu kesenian
Untuk dinikmati bersama
Akan ku hulur dengan caraku
Yang ikhlas ini
Aku juga insan seperti mu
Perlu melengkapkan diri
Melalui lorong hidupku
Akan ku teruskan
Pelayaran ini
Sehingga hujungnya



Layan...........



Al-Hamdulillah....

Teratak pena | Sunday, March 16, 2014 | Be the first to comment!

Dah berapa lama dah tak hujan kan?  Bila dapat lihat hujan syukur yang amat sangat.  Finanly.....
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page