Bercinta Selepas Kahwin

Teratak pena | Friday, March 28, 2014 |


Bila bermulanya cuti sekolah gerenti ramai yang dapat kad jemputan kahwin, kan?  Kahwin.... ada kata orang bila sampai seru kahwinlah.  dan ada pula yang kata cukup hantaran bolehlah kahwin.  Erm... kahwin, zaman sekarang kebanyakkan berkahwin dengan pilihan hati.  bercinta dulu lepas tu baru kahwin.  Yelah.... kata nak kenal hati budi dulu kan?

Kalau nak bandingkan dengan orang dulu, mereka berkahwin dulu kemudiannya barulah mereka bercinta. Percaya atau tidak, itulah yang terjadi pada Cik Siti.  Orang sekeliling bercinta bagai nak rak, Cik Siti pulak masih single dan tiada siapa.

Sehinggalah orang datang masuk meminang mak kata kahwin! kahwinlah Cik Siti.  walau pun memang dah kenal (Sebab sedara)  tapi tak pernah pulak terfikir sampai nak kahwin.  Mungkin dah kata orang tu jodoh tak kemana kahwinlah Cik Siti dengan pilihan keluarga.

Dan alhamdulillah.... ada manisnya bercinta selepas kahwin ni.   Anak pun dah tiga dik! Hehehe....

Apa yang penting sekarang ini adalah Allah menciptakan seseorang itu ada pasangannya.  cuma cepat dan lambat sahaja....


2 comments:

  1. Baru je discuss benda ni dengan kawan-kawan rumah tempoh hari, kalau boleh pusing balik masa. Apa nak buat? DAN kami jawab tak kenal terlalu awal dunia cinta! Kalau boleh dah kahwin baru nak tau semua tu.. huhu.

    Apa pun, kalau saya kahwin nanti akak datang ye!

    HEHE

    =)

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page