Hujung Minggu Yang Tidak menyeronokkan

Teratak pena | Thursday, November 29, 2012 |

Erm....

Hujung minggu lalu memang hujung minggu yang tidak begitu menyeronokan bagi Cik Siti. Mahunya tidak, malam sabtu masa nak basuh pinggan tup tap tengok air dah tak ada. telefon pengasuh anak tingkat bawah tak berangkat pulak.  dah tidur kot. akhirnya mesej dengan Cik Abang minta tengokkan meter balik nanti.  sebabnya dia kerja pertang. Yelah.... mana tahu ada yang dok main dengan meter tu.

esok pagi, bangun 630 konon nak basuh pinggan, tapi tak ada air lagi.  Takkan Syabas cuci kolam tengah malam buta lak. Cik Siti kejut Cik Abang bukan main. dalam mamai tu, statement yang keluar memang best bunyinya.
"Meter kena curi...." Hah? aduh! sapalah punya kerja ni?????? nak melaung tak ada guna. benda dah jadi.  bukan main semalam tu Cik Siti beli ikan nak buat ikan bakar.  Punah harapan.

Pukul 8 Cik Siti tel Syabas. Erm.... nak kena pergi ke Syabas lak.  buat report. tp nasib baik diaorang bukak hari sabtu sampai tengah hari.  maka dalam huja petus tu kita orang redah. Dok le merayu kalau boleh pasang pada hari yang sama.  tapi dia orang tak boleh janji sebab ikutkan 3 hari bekerja. wa......

Hari Ahad tak ada pilihan lain Cik Siti bertandang ke rumah bonda mertua.  berkampung anak beranak kat sana.  terima kasih, mak bagi tumpang.  Balik malam tu dengan hati yang sayu dan sedih pergilah tengok kat bawah kalau...... yea yea dah pasang!!!!!! esok pergi keje dah boleh mandi.....

Punyalah seronok tak boleh nak cerita. terharu lak. Terima Kasih Syabas. Hari Ahad diaorang dah settlekan.

Kepada yang 'terambil' tu.... Allah Maha Mengetahui......

4 comments:

  1. meter air pun ada yang curi?
    tak pernah2 aku dengar ni

    pencuri tu nak buat apa dengan meter air?

    ReplyDelete
  2. kat sini memang bsnyak berlaku.... sebab meter diaorang buat jual. skg syabas ganti guna meter plastik

    ReplyDelete
  3. xde keja agaknya orang yg curi tu, huhuu
    menyusahkan orang lain kat dunia ni, akhirat nanti taktau lah ye tak....

    ReplyDelete
  4. betul tu... moga-moga sesiapa yang buat tu akan insaf

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page