Resepi: Talapia Masak Kicap
Teratak pena | Sunday, December 02, 2012 |
resepi
salam bertemu kembali...
Rasanya dah lama sangat tangan Cik Siti tak menaip di dalam teratak ni. Sibuk? mungkin ye. Kena pulak hujung tahun ni. macam-macam nak kena updated kat opis tu. kena pulak big boss cuti bersalin. lagilah....
Okey, hari ni nak kongsi le resepi Ikan Talapia Masak Kicap. Mungkin ada orang kata..... ala.... masak kicap je... pejam mata pun boleh buat. Tapi Cik Siti nak tempekkan juga. mana yang berkenan tu.... ambik je resepi ni...
Jom layan...
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecik
2 inci halia
3 tangkai cili kering
yang kesemua ni Cik Siti mayang halus dan goreng sehingga keperangan kemudian angkat dan toskan.
kobis bunga
daun kucai
buah tomato
asam jawa
serbuk lada putih
masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali. bila dah panas minyak tu masukkan kobis bunga. goreng jangan lama sangat. masukkan kicap, asam jawa, serbuk lada putih, dan kesemua sayur seperti tomato dan kucai. last sekali masukkan bahan yang kita goreng tadi. Tara..... dah siap pun...
Jom jamu selera....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dah baca sila komen ye... Terima kasih...