Mak selalu pesan.... jangan main kipas! nanti kena tangan. Kalau kakak selalu buli adik. kipaskan kakak! Tapi kalau kita yang dah dewasa ni kalau main kipas ni lagi bahaya. Kipas punya kipas silap haribulan boleh buat kita malu sendiri. Bila nasib tak baik dapat boss yang bukan kaki kipas. boss pun ada mata untuk menilai.
jangan depan boss bukan main buat rajin. sanggup 110% untuk kerja yang kadang-kala tak mampu nak buat. dan mulalah cuba untuk mencari jalan senang untuk puaskan hati boss. sampaikan ada yang sanggup nak tikam kawan dari belakang dan ada yang jadi gunting dalam lipatan.
Percayalah.... tak semua boss yang memandang puji-pujian yang melambung. ada boss akan melihat dengan penilaian usaha kita sendiri. jadi.... kalau mengipas tu berhati-hatilah.... kerana nanti kalau dah terkena.... mana nak sorokkan muka.
Entri Cik Siti yang mula merepek.... tapi ini juga peringatan untuk Cik Siti juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
setuju sangat
ReplyDeletememang tak bagus tu
lagi pun
bos sekarang ni pun dah tak suka kipas2 ni
kebanyakannya dah guna aircond
hehe
moga-moga kita dihindari dengan perkara seumpama ini....
ReplyDelete