Kenangan yang ditinggalkan....

Teratak pena | Sunday, August 26, 2012 |
                                              kredit dari google

Hari raya yang lepas, Cik Siti bercuti seminggu lamaya.  Cik Siti balik kampung hari sabtu sehari sebelum raya.  bila malam tu, kampung Cik Siti seperti sudah menjadi tradisi akan ada takbir di setiap rumah.  memang sejak dulu lagi.  malam tu nak hidangkan ketupat rasanya setiap rumah memang dah ada hidang makanan wajib tu.  so..... bonda Cik Siti buat roti jala dengan cucur udang. sebab memandangkan rumah Cik Siti adalah yang tengah-tengah takut ramai yang dah kenyang makan.  mahu tidak malam tu Cik Abang balik dari kenduri tu pun pukul 130 pagi.  masa rumah Cik Siti masih ada 8 atau 10 buah rumah lagi.  masa tu jam dah pukul 1100 malam.

Yang sebenarnya isi yang Cik Siti nak kongsi adalah pada hari raya pertama.  apabila pak sedara sebelah ayah datang ke rumah.  masa tu lah Cik Siti tahu akan hal yang selama ini hanya menjadi cerita orang lain dan kini ianya menjadi cerita saudara sendiri.  Bila dikatakan harta pusaka sudah bertukar tangan, dan yang sedih dengan orang luar, betapa ralat hati Cik Siti.  bila dikatakan 'sudah jual', serta-merta kenangan Cik Siti kepada tanah itu dan rumah tua yang kini sudah tiada serta merta  menerjah dalam kotak fikiran Cik Siti.  Cik Siti terbayangkan pokok kuini yang menghasilkan buah yang manis, buah rambutan merah yang ranum, pokok jambu di depan rumah, dan perigi buta tempat Cik Siti bermian masa kecil, kini sudah tiada!

Saat bicara kuasa pada 1995, selepas arwah ayah meninggal, segala tanah pusaka dibahagi.  ketika itu Cik Siti pun baru je 18 tahun. tapi... pedulilah.... Cik Siti tak ambil port pun sebab itu adalah rezeki masing-masing.  tetapi kini.....

betapa sedihnya hati saat tanah kenangan itu hilang dari salasiah keluarga Cik Siti.  mungkin ada sebab mengapa dia menjualkannya.  namun puas difikir, namun Cik Siti tidak dapat mencari jawapannya. kerja?  Pak sedare Cik Siti kerja bagus.  lebih bagus dari arwah ayah.  anak?  seorang sahaja yang belajar.  yang sulung sudah kahwin dan yang kedua sudah bekerja.  kemudian... terfikir.... o.... mungkin dia menjualkan tanah untuk anaknya belajar diluar negeri kot? dia sahaja yang tahu jawapannya.

tanah itu banyak meninggalkan kenangan.  sebab Cik Siti banyak menghabiskan masa dengan arwah atok masa kecik dulu.  sebab masa darjah satu (1984)  Cik Siti tinggal kat kampung.  masa tu rasa dengan atok bukan main manja lagi Cik Siti masa tu.  yelah.... apa yang nak semua dapat.  dengan arwah mak sedare pun bila dia balik kerja mesti seluk dalam poket dan ambil gula-gula.  kalau musim kuini, pagi-pagi dah keluar tengok kalau ada yang gugur.

tiadakah kenangan untuk dia kenangkan? tanah pusaka bukan dari titik peluh dijual dengan harga yang tidak dapat ditafsirkan oleh minda.  Bukankah tanah pusaka adalah tanah tinggalan untuk anak dan cucu? andai sudah tiada tanah pusaka, kemanakah langkah anak dan cucu seandainya tiada rezeki diperantauan?  seandainya sudah tiada tanah pusaka kemanakah langkah seandainya kita dibuang oleh anak dan menantu?

tanah itu sudah tinggal kenangan.... kenangan yang tak boleh Cik Siti lupakan.... Cik Siti mungkin boleh memijak tanah itu, namun perasaan bangga sudah hilang.  kerana tanah pusaka itu sudah tiada kamus dalam keturunan 'Yaacob@Akob'. yang paling sedih, di situlah rumah tua... tempat yang pernah mengumpul sanak saudara ketika hari raya dan kenduri-kendara....

bila mendengarkan berita itu.... teringat akan kata orang, menjual tanah pusaka tiada senang dalam kamus hidup mereka?  benarkah??????

Panjang lebar pulak cerita Cik Siti hari ini.... cuma meluahkan perasaan.... dan juga menjadi pengajaran untuk semua dan terutamanya Cik Siti....


2 comments:

  1. tempat jatuh lagi dikenang
    inikan pula tempat bermain

    beberapa tahun lepas mak saya terpaksa beli rumah kakak dia semata-mata kerana tak mahu jatuh ke tangan orang luar

    ReplyDelete
  2. en tehr: memang kalau boleh tidak mahu jatuh ke tangan orang luar. namun bila nafsu yang beraja... tiada yang boleh dibuat... memang ralat

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page