Hari ni rasa macam nak beri resepi pulak. Sambal ikan bilis..... emmmm.... kalau makan dengan nasi lemak memang marbeles.... sedap memang tak boleh nak cerita. memang itulah regu dia. Yang sebenarnya masa isnin lepas tempat kerja Cik Siti ada buat jamuan makan. setiap orang bawa satu resepi. Cik Siti bawak sambal tumis ikan bilis, karipap dengan kuih buah melaka(onde-onde).
Cik Siti tak tahu pulak yang sambal Cik Siti ni jadi rebutan. masing dok tanya. apa yang dah Cik Siti campak dalam sambal tu. Pssst! jom Cik Siti bagi resepi dan petuanya sekali....
bahan-bahan:
Ikan bilis -ikut suka dan berapa banyak yang kita nak masak. tapi kalau banyak ikan bilis pastikan kurangkan garam ye.
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 inci belacan
*bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk.
cili kisar
garam
gula
air asam
Minyak untuk menumis.
Okey, Firstly.... masukkan minyak. lebih pun tak pe sebab nanti dah masak kita boleh buang. masukkan ikan bilis, namun sebelum tu pastikan basuh dulu ye. bila dah nak agak garing, masukkan bahan yang ditumbuk tadi. bila dah garing, masukkan cili kisar dalam barang 4 atau 5 sudu besar. nak pedas boleh tambah lagi.
kacau, masukkan ha..... ini dia petua dia kalau nak sedapkan sambal kita. Cik Siti masukkan gula melaka. bila dah masukkan gula melaka tu gula biasa kita kurangkan. masukkan garam dan juga bawang besar yang telah di hiris. masak sehingga garing.
Bila dah garing masukkan asam jawa secukup rasa. tapi jangan banyak sangat. nanti masam lak. okey, nanti hasilnya.... sambal kita akan sedap dan rasa lemak dari gula melaka tu. warnba dia pun tak adalah merah sangat dan agak gelap sikit. orang nak makan pun tak adalah takut sangat, kan?
Okey, resepi ni cik Siti dapat dari orang kampung Cik Siti sendiri. Terima kasih kepada auntie Nab yang sudi kongsi resepi....
apa lagi? nak cuba? boleh cuba. tak ada halangan....
*sambal tumis kalau makan dengan karipap pun sedap juga. itu memang Cik Siti suka.
SELAMAT MENCUBA SEMUA.....
memang nak cuba juga apa rasanya
ReplyDeletekalau la boleh hantar dengan email
hehe
sedap.... sayang tak leh e-mail lak
ReplyDelete