Entiti yang bebas

Teratak pena | Monday, November 09, 2009 |
Aku pun tak tahu mana puncanya, mungkin sebab sekarang ni kat amereka tengah sambut Hollowen sampai tempiasnya pun kat kite. ke sebab memang tempat tu sendiri yang ada 'penantinya?' cerita yang aku nak cerita ni antara percaya atau tidak. cerita nidah lama tak dengar tapi lately ni macam dah jadi sebati pulak kat opis aku.

hari selasa:
aku duduk dalam bilik sambil buat balancing. masa tu jam dah tunjuk ke angka 740 malam. tengah aku buat balancing ada tercium bau rokok. jadi aku jerit ada sesiapa merokok kat luar ke? yelah, mahu aku tak pitam? air-cond dengan bau rokok yang amat kuat. mesti aku melenting. tambahan pulak my hubby bukan kaki merokok. antara dengar ataun tidak, si Najib menyahut. 'akak jangan tegur.' aku diam dan buat selamba. jadi aku pun tak ambik pusing.

hari rabu:
waktu lebih kurang sama. aku cam biasa dalam bilik buat balancing. yang ada kat luar masa tu ina, najib, dan mis. mase tu le diaorang dengar sesuatu. aku cuma antara dengar atau tidak. yang tinggal mase tu memang 4 orang tapi yang menakutkan mereka dengar bunyi yang sama. hilaian..... si najib tegur. dengar tak apa yang aku dengar. memasing semua senyap dan pandang sesama sendiri. aku pun keluar dan pulang paku buah keras kat najib.' Jib... jangan tegur. itu bunyi siren je.' aku cakap. saja nak bagi hati memasing tenang.
bila semua dah balik tinggal aku dengan mis menyambung kerja yang tak siap jam dah masuk ke angka 800 malam. masa nilah si Mis pulak yang kena. aku dengar ada bunyi orang membaling kearah white board. kuat dan nyaring. aku pandang mis dan mis pandang aku. akhirnya mis berbunyi. 'kak, dia dah bagi warning suruhbalik tu.' aku apa lagi susun apa yang patut dan kemudian aku campakkan dalam laci. tapi masa tu hati aku tak tahulah nak cakap. masa nak tutup pintu office berderau jugalah darah. mahu mencecah 190/130.

hari khamis:
aku datang office cam biasa kul 715 pagi, apa yang aku pelik, lampu yang aku bukak malam tadi tertutup dan lampu di kaunter pulak yang nyala. aku masuk dan aku tengok gelap gelita. macam mana ni? aku bukak semua lampu. okeylah aku tak syak apa-apa jadi aku cari suis dan bukak. tak nyala. emmm aku membebel sorang-sorang black-out ke? tapi kalau black-out lampu kat depan tu gerenti tak nyala,kan? jawabnya tunggulah member untuk bukak pintu bilik main suis dia. sedang aku membebel sorang-sorang tu si nita datang. selamat aku. tak adalah aku bergelap sorang-sorang. aku tak tahulah kebetulan atau saja 'dia' nak kenakan aku tetiba je ada lampu. pelik tak korang? masa tu aku tak usik apa-apa pun.

sampai sekarang aku masih di dalam misteri..........



2 comments:

  1. kalu saya dah lama blah...hahaha...tak sanggup!!!

    ReplyDelete
  2. teringin nak jumpa dari jauh..he2..kalo ramai2 pun bleh gakz..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page