mangsa ragut

Teratak pena | Friday, November 27, 2009 |
apa yang aku nak ceritakan untuk kali ini adalah pasal ragut. Bukan lembu yang ragut rumput tu, tapi lembu bernama manusia yang ragut hasil titik peluh orang. dan aku adalah salah seorang mangsanya.

cerita ni terjadi dalam 4/5 tahun lalu yang mana aku kerja di TM. masa tu aku dah keje kat Kepong. tapi masa tu kita orang masih belum pindah kat taman usahawan kepong. masa tu office aku kat desa jaya. masa tu jam dah menunjukkan ke angka 630 petang. masa untuk balik rumah. jadi.... lepas aku ambil beg, aku pun keluar sambil menantikan kawan yang tengah kunci pintu. sebab aku tumpang dia.

sambil tunggu dia, aku pun menikmati panorama petang sambil aku memandang ke arah jalan. masa tu aku pegang h/bag. tengah aku tunggu kawan aku kunci pintu aku nampak ada sorang nyonya tengah jalan sambil bawa beg plastik. and then aku nampak ada motosikal sedang menuju ke arah aku. berdua. aku kaget. makin lama makin dekat. pas tu....

zap! pembonceng tu rembat handbag aku. aku diam. aku kaget. bila member aku berpaling, aku boleh pandang muka dia. "Kie...akak kena ragut." ";})();ButtonMouseDown(this);'> perlahan je aku cakap. dia tak sempat nak kejar sebab yelah, orang tu naik motor, yang dia ni pakai kaki.

"apa yang hilang?" Aku geleng.

"Kunci rumah."

"habis? beg duit?" Tuhan tu maha kaya. mungkin ada rezeki aku. beg duit dan handphone ada kat tangan aku. yang peragut ambil cuma beg kosong yang ada kunci pintu rumah.

dia tanya samaada nak buat report. aku geleng. lagi pun i/c beg duit dengan h/phone aku ada. balik tu juga aku suruh my hubby tukar kunci.

la...ni... aku pergi kerja dah jadi macam budak sekolah. pakai beg sekolah. bukan apa, senang nak isi barang dan backlong. he...he... pengalaman itu juga membuatkan aku lebih berhati-hati. aku suka pakai baju yang ada kocek termasuklah baju kurung sebab mana yang agak banyak aku sumbatkan dalam kocek. dan aku juga sentiasa was-was dengan motor-motor yang senang-senang menghampiri aku. termasuklah my hubby sebab dia nak 'culik' aku balik rumah. he...he...







:wave::puppyeyes::puppyeyes::puppyeyes::puppyeyes:

1 comment:

  1. LAH...YEA KER..BARU TAU..KAKAK SAYA PUN PERNAH JADI MAGSA RAGUT JUGAK..PATUTULAH PERAGUT NI BILA ORANG DAPAT TANGKAP KENA BELASAH..

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page