kasih adik-beradik

Teratak pena | Wednesday, September 30, 2009 |

Anak punai di dalam sangkar,
sayang jatuh di atas batu,
Apa guna kita bertengkar,
Adik-beradik harus bersatu.


okeylah post kali ni aku nak ceritakan pasal adik-beradik, gambar atas tu gambar anak-anak aku. dua orang anak dara ni bukanya sebulu. asyik nak gaduh. tapi biasalah adik-beradik. Bila si kakak menangis si adik pandai pujuk hulurkan mainan. Bila si adik peluk dia kata 'ayang' (sayang).
Pasal adik-beradik aku pulak mase kecik pun kaki gaduh. tapi dah besar tak adalah pulak. Biasalah belum matang lagi. aku penah kene buli dengan adik aku yang tengah (Angah) bila dia paksa aku tengok wayang. Sebab apa, umur dah 25 tahun tapi tak penah masuk panggung. pakai baju kurung sambil tengok cite omputih 'antitrust'. itulah first time aku masuk panggung. tapi bila dah mula sekali, bila time gaji je aku ajak adik-adik aku tengok wayang. mase tu aku anak dare lagi. pelik kan? aku kena buli dengan adik aku sendiri. jangan mare ngah....
satu lagi cite adik-adik beradik yang aku nak kongsi sama adalah tentang pengasuh anak aku. dia mempunyai 6 orang anak. apa yang aku nak citekan tentang anak dia no 1 dan 2. dua-dua lelaki. Yang sulung adalah remaja 'istimewa'. Berusia 18 tahun dan no 2 17 tahun. satu hari aku berkesempatan balik awal dan masa aku ambil anak aku tengok keakraban adik-beradik ini.
dalam sayup kedengaran dalam bilik si adik ceritakan kepada si abang. biasalah remaja lelaki bukan ke suka baca komik. si adik cerita sambil ada sound sistem lagi. yang abang dok gelak dan dengar dengan teliti. sebab dia tak boleh nak baca. si adik jadi orang tengah tolong sampaikan apa yang ada dalam komik tu. jarang aku tengok adik-beradik terutamanya lelaki remaja yang bersikap macam tu. dalam diam, aku kagum.
memang benar kata pepatah air yang dicincang takkan putus.


1 comment:

  1. Erk? Aku ke yg memaksa ko itu?huhuhu...

    Biase la..aku kan pembuli. Akak aku buli adik pon aku buli..huahuahua..**sgt kejam jek bunyinye...**

    Sgt comel la anak buah aku yg berdua tu...cam aku gek comelnye..ngee~

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page