Teratak pena | Wednesday, September 09, 2009 |
Pohon seduduk si pohon dedalu

tumbuh melata tepi batu

52 musim sudah berlalu

Rakyat Malaysia hidup bersatu


Okeylah.... mungkin dah lama berlalu 31 ogos tapi aku nak kongsi cerita pasal hari kemerdekaan. cite ni ada juga kene mengene. cam ni, dalam dua hari sebelum merdeka. cite pasal pelanggan jugele... adalah satu nyonya ni nak bayar bil. akak penuh dengan SPP ni ucaplah selamat Petang. bila dah habis tu, dia pun dok tanya dengan penuh komfiden.
"amoi, mau tanya ha.... saya mahu penjara... ada ka?"
Berbular biji mata aku. aku yang pekak ke dia ni yang salah cakap?
"Madam mau apa?" Tanya aku sekali lagi. saje nak komfirm.
"tak da.... itu saya mahu penjara boleh tak?" dah sah. ade bende yang tak kene ni....
"Penjara?" aku ulang lagi....
"a.... itu penjara?" kate nyoya tu sambil goyangkan tangan. OOOOOOOOOOOOO.........
"Bendera.... bendera tak adelah madam. ini tahun Telekom takda bagi bendera. tapi stiker 1 Malaysia mahu tak?" aku offer kat dia.
"Mahu tampal mana?"
"Kereta ke, van ke..."
dan last sekali dia cakap "Tak pelah wa tak keleta. wa ada basikal. telima kasih amoi ya."
Nasib baiklah pakai mask. kalau tidak dah tentu dia nampak aku ketawa. pastu tu aku tunduk dan ketawa bagai nak gila... Hish! nasib baiklah aku tak kata penjara tu ada kat Sungai Buloh. kalau tidak dah sah dia terpinga-pinga. Ape pun, penjara ke,bendera ke, kita orang Malaysia.





2 comments:

  1. akak berjaya buat penulisan lawak...bleh lah bwt novel lawak pasni...

    ReplyDelete
  2. Hehehe...lawak btoi la nyonya tu...
    Da bape lame agaknye die duk kat malaysia ni yek?
    penjara dgn bendera pon xleh beza...sian die...huhuh

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page