Kursus

Siti Norshimah Md Yasan | Thursday, January 19, 2012 |

SMILE, COOL, WOW, KRISTAL, TEAMING WITH PASSION semua tu adalah cebisan tajuk kursus yang perlu Cik Siti hadiri. yang sebenarnya kursus ni dah lama dah..... sejak Cik Siti dari anak dara lagi. Tapi sejak setahun dua ni kursus ni giat dijalankan semula memandangkan ianya perlu untuk keperluan semasa. pelanggan kian bijak. dan juga kian jauh kehadapan. yang pasti Cik Siti perlu menghadiri kesinambungan dari setiap kursus yang diberi agar kerja Cik Siti lebih bermakna.

kursus ni banyak belajar erti sabar, berhemah dan yang penting adalah keyakinan diri kita. kalau tengok tajuk pun kita dah tahu basic dia. tapi setiap huruf tu ada makna yang tersendiri. jika Cik Siti berjaya merangkumkan kesemua nilai-nilai tu dah tentu Cik Siti akan berjaya. Kebanyakkan kursus bukan sahaja teori, malahan praktikal dan juga role play yang terpaksa Cik Siti tempuhi..... sebab itu Cik Siti suka dengan lagu-lagu motivasis dan sedutan film yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri....

kat sini Cik Siti nak kongsi VT ni tentang motivasi kisah team work. ianya berlatar belakangkan dinegara India. yang mana sebatang pokok telah tumbang mengadang jalan utama. masing-masing semua menunding jari untuk mengalihkan pokok itu. namun sekian kali hujan turun dan tiada keputusan dibuat masing-masing sanggup berteduh di dalam kereta atau kedai tanpa berbuat apa-apa dengan pokok itu.

Maka ada seorang kanak-kanak yang kebetulan lalu di situ cuba menolak pokok itu. kesungguhan kanak-kanak itu mendorong orang lain tanpa mengira kasta, agama, keluar untuk membantu sehinggakan pokok besar itu berjaya dialihkan. begitulah bertapa kuatnya semangat kerjasama. kerana kerjsama segala yang susah akan menjadi mudah dan yang lemah akan menjadi kuat




1 comment:

  1. jangan tidur kat tempat kursus, ya
    selamat berkursus

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page