Malunya Cik Siti

Teratak pena | Thursday, March 17, 2011 |
Hi.... berjumpa lagi.... ermmmm nampak sangat blog Cik Siti yang melecun ni dah bersawang. kebelakangan ni memang busy sikit. dengan anak cuti sekolah, lepas tu anak tak sihat sebab itu kegiatan berblog ni terbatas sikit.

la ni Cik Siti nak cerita sikit apa yang berlaku 2 hari lepas. Malu sungguh Cik Siti sampai sekarang ni masih lagi terasa. cerita bermula apabila Cik Siti nak updated staff no Cik Siti untuk aplikasi baru ditempat kerja. maka ada 5 person incharge yang boleh dihubungi sebelum 18 Mac ini. selepas tu kalau nak updated kena log dalam e-mail. okey.... Cik Siti malas nak e-mail dan kebetulan memang Cik SIti perlukan ID tu.

First Cik Siti call person incharge pertama. ringing tu ada tapi hampa tak berangkat. Cik Siti dok jeling jam. patutlah.... time makan pukul 1.00 mana dia orang nak angkat. tak pe, Cik Siti holdkan dulu. hampir pukul 4 Cik Siti capai balik list person incharge tu. Telefon yang no 2 dan no 3. line sibuk le pulak. tak pelah.... call yang last sekali. person incharge yang kelima. En Razali. Tak sampai 3 kali berbunyi, kedengaran suara garau berkata "HELLO". memanglah garau. sebab namanya En Razali. Kalau halus suaranya tu namanya Cik Rozy. Jadi Cik Siti pun terangkan yang Cik Siti perlukan ID tu.

"Memang staff no dah ada cuma nak release je. nanti saya suruh staff saya unlockedkan."
"Okey... berapa lama saya boleh guna ID saya En Razali?"
"Tak lama... dalam masa lima minit. nanti saya e-mailkan password."
"Ye ke... terima kasih banyak En Razali." Senyum Cik Siti
(Yang atas ni adalah Lakonan semula ye)
jadi dalam hati ni dok bertanya juga dan teringat dengan apa yang dia kata "NANTI SAYA SURUH STAFF SAYA UNLOCKEDKAN" Mungkin dia ni Eksekutif kot?
Bila dah berjaya mulalah yang lain pun nak buat juga. Erm..... nak juga Cik Siti yang mulakan.
Member Cik Siti bertanya dengan siapa yang Cik Siti berurusan tadi. Jadi Cik Siti pun katalah yang Cik Siti berurusan dengan En Razali. Member Cik Siti pulak punyalah baik dia tengok propeties En Razali di dalam e-mail dan sekejap tu nama Cik Siti kena laung.

"Shiemah!!!!!!" Cik Siti berpaling.
"Ye Kak Ayu.... kenapa? tak dapat call ke?"
"Shiemah tahu ke dengan siapa Shiemah bercakap tadi."
"La... kan orang dah cakap dengan En Razali."
"Shiemah tahu ke siapa tu En Razali tu?"
"Ekesuif kot? tadi dia kata nak suruh staff dia buatkan."
"Bukanlah Shiemah."
"Dah tu... kenapa pulak kak Ayu?"
"En Razali yang shiemah call tadi tu MANAGER tau!"
Gugur jantung Cik Siti sekejap. what???? MANAGER????
"Sumpah kak Ayu.... memang saya tak tahu dia manager. kalau saya tahu tak adalah saya telefon dia. lagi pun nama dia yang paling last dan yang paling bawah. saya ingatkan staff biasa. bukan ke biasanya MANAGER tu nama dia yang paling atas?"

Cuak juga Cik Siti masa tu.... memang masa telefon dia biasa je. mana tahu dia manager. aduh!!!! malunya.....

Note: lain kali siasat dulu. nasib baik Cik Siti telefon dia dengan penuh SPP. kalau tidak naya je.....

2 comments:

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page