Buat Baik Sesama Insan

Teratak pena | Thursday, March 11, 2010 |

Okeylah.... nampaknya dah lama sangat tak berblogging ni. Nampak dah bersawang blog ni. en3 kali nak bercerita sikit tentang apa yang berlaku hari ni. Cik Siti dapat coklat dari customer. jangan salah faham ye.... apa yang cik Siti buat mungkin orang lain akan melakukan perkara yang sama.

Semalam sebelum Cik Siti nak balik, cik Siti lepakle kat salah satu Surfing Net Customer sehinggakan Cik Siti terpandangkan satu diari coklat yang memang asing buat Cik Siti. Cik Siti menghampiri diari tu dan selak juga mana tau kawan-kawan yang punya.

"Alamak, pelanggan tertinggal diarilah." Cik Siti bersuara. Cik Siti ambil dan belek lagi. nampaknya diari banyak benda-benda penting.

"tak apalah biar kite simpan dulu mana tau dia datang." Cik Siti pun simpan. Cik Siti tak hiraukan bebel-bebel bebudak ni yang suruh Cik Siti buat tak endahkan tentang diari tu.

Esoknya Cik Siti datang kerje cam biasa sampailah member cik Siti yang duduk Recep bagi contact number pelanggan yang telah hilang diari. cukuplah Cik Siti katakan pelanggan tu adalah pelanggan India. Jadi Cik Siti telefon dan minta dia datang terus ke kaunter Cik Siti.

waktu petang lebih kurang pukul 5 pelanggan tu datang sambil tersenyum dan terus ke kaunter Cik Siti. kebetulan cik Siti pun tak ada pelanggan. dia terus duduk dan bertanya. cik Siti pun pulangkan dan dia mengeluh.

"You know what? how important this diary to me?" walau pun dia speaking cik Siti faham juga.

"Diari ni kalau hilang susah saya. saya tak boleh hidup tanpa diari saya ni. semuanya ada dalam ni." Cik Siti angguk dan tersenyum. Cik Siti pun senang hari bila diari tu dah pun selamat pulang pada tuannya.

dan sebelum dia pulang, dia serahkan bungkusan plastik pada Cik Siti. Cik Siti tolak dan cik Siti buat pun sebab Cik Siti ikhlas.

"Tak pe. you terima saja. anggap saya balas budi baik you. you bagi pada anak-anak you. saya ikhlas." jadi Cik Siti pun ambillah. bak kata orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.

Selepas pelanggan tu balik cik Siti selaklah apa yang dia bagi. Cik Siti tengok coklat Tobleroce dan coklat Belgian. Bebudak ni tengok dan tersenyum. dan Cik Siti pun senyum sampai ke telinga. sebab apa? Cik Siti dah buat baik.....

Moralnya? Berbuat baiklah sesama insan kerana ianya akan dibalas dengan baik. kalau tidak hari ini mungkin diakhirat nanti.... amin





1 comment:

  1. uh..dapat cokelat..
    takyah aku beli dari langkawi...hahahaha

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page