Apa yang bestnya kerja kilang?

Teratak pena | Tuesday, April 19, 2011 |
Selepas SPM dan STPM Cik Siti kerja kilang. Cik Siti dah merasa 3 buah kilang dalam masa tempoh tu. Yang pertama tak lama sebab Cik Siti tengah tunggu SPM. satu kilang dengan bonda. bezanya bonda Cik Siti dia ada shift cuma Cik Siti yang kerja normal 8-5. Tak banyak sangat yang Cik Siti nak kupas sebab tak lama kerjakan? cuma 3 bulan je.

Bila dah dapat keputusan SPM yang tidak memberangsangkan dan tak dapat tempat dalam tingkatan 6 Cik Siti kerja di kilang lain. TANASHIN. Apa yang bestnya kilang ni adalah tak perlu nak risau apa sebab nasi diberi dengan percuma. Cuma beli lauk atau pun dibawa dari rumah memang jimat. Memang gaji yang diberi tidaklah banyak dan gaji pokok memang murah. kalau tidak kerana OT memang susah nak survive. kadang kala OT tu melebehi gaji kita sendiri. Masa tu kalau bulanan Cik Siti cuma dapat 400-500 sebulan. ermmm nasib baik tinggal dengan mak. kalau tidak memang makan maggi. dah pulak tu tak payah nak fikir pakai baju apa? sebab memang dah ada baju uniform dia. lepas tu tak payah nak fikir esok nak naik apa sebab memang dah ada transport yang sedang menunggu kita. dapat elaun pengangkutan lagi.

di TANASHIN juga mungkin jarang berlaku kepada kilang-kilang lain yang mana setiap bulan akan dipilih salah satu hari jumaat untuk mengadakan bacaan yaasin. bermula pada pukul 2.30 petang. semua production berhenti dan jemaah dari masjid berdekatan akan hadir. selepas bacaan yaasin setiap seorang akan dibekalkan nasi kunyit. Ini pengalaman yang memang Cik Siti tak boleh lupakan. memang susah nak cari syarikat yang berbuat sedemikian. kilang jepun lak tu.

kilang ketiga tempat Cik Siti pernah bekerja pulak lain pulak konsep dia. masa ni Cik Siti kerja setelah tamat STPM tahun 1998 mereka pulak beri air free kepada semua pekerja setiap kali waktu rehat. nak minum air sekembung mana pun tak kisah. seperti yang Cik Siti kata tangga gaji memang murah. yang buat mahal kalau ada elaun malam. kat sini Cik Siti kerja shift. pagi dan malam. bayangkan first time puasa bagai nak menitik air mata sebab berbuka dan bersahur di kilang. teringat kat mak pulak dan keseronokan berbuka bersama keluarga. hu..hu...hu...

lagi satu elaun yang selalu Cik Siti dapat adalah elaun kedatangan. sekiranya kita kita datang kerja penuh tanpa Emergency Leave atau MC buta-buta diberikan 85 ringgit. kalau ada el atau mc jangan harap nak merasa semua tu. burn begitu sahaja

Bila Cik Siti fikirkan ada baik juga kalau diadakan elaun kedatangan ni... mana yang rajin datang kerja tu dapat habuan. ini juga meningkatkan semangat untuk rajin pergi kerja dan dalam erti kata yang sama mana yang rajin mc tu sendiri mau ingat ye...

satu lagi yang selalu dipratikkan sepanjang Cik Siti bekerja adalah senaman sebelum kerja. mana bos-bos besar termasuk Encik Jepun sekalu bersama-sama buat senaman. yang penting lagu jepun ye. kanan... kiri.... lapan lagi.


bila siren berbunyi dok diam-diam buat kerja. Bila reject buat pekakkan telinga je bila kena marah dengan line leader. berbunyi lagi siren tu ramai-ramai pergi kantin isi perut. pastu sambung balik kerja. last sekali bila siren terkahir berbunyi... balik.... tak yah nak fikir apa lagi...

Kerja kilang badan memang penat tapi otak tak penat...

Note: rindu le pulak dengan kerja kilang

6 comments:

  1. Salam KaK..

    Seumur hidup Anita tak pernah kerja kilang. teringin sangat nak rasai pengalaman tu. Tapi tak di izinkan dek mak ayah pulak. Tapi tak tau la pulak kot2 lepas grad ni Nita nak cuba kerja kilang kejap..hehe..

    ReplyDelete
  2. Cik Anita: tak salah kalau nak timba pengalaman. ada juga rakan Cik Siti yang ada degree kerja kilang utk pengalaman

    ReplyDelete
  3. kerja kilang yahh suri pernh melaluinya sahabatku..

    tapi kilang buat biskut le hee...

    masa tu mtk keje kerani org tu kata ada kosong..bila dah masuk keje kata kerani tak der QA adalah huu...

    ReplyDelete
  4. baik keje tak penat tapu duduk dlm oven mmg panas satu badan.. ramai org bhti jadi QA sebab tak tahan panas...

    keje opereto mg sslu je kena marah..dema bt keje bediri..kesian sungguh..nak2 tgok ibu yang sdg sarat hamil..mmg nasib ar huuu...

    ReplyDelete
  5. setiju dg pendapat ck ct klo ot gaji blh cecah seribu klu tak harapkan basic jer huu...

    apapun pglama tu mmg best dan bernilai :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah merasa kerja kilang besar
    cuma pernah kerja buat batik je
    tak meriah mana pun

    saya juga pernah kerja sebagai buruh kontrak
    penat yang amat sangat
    hehe

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page