Memupuk Semangat Membaca

Teratak pena | Tuesday, April 05, 2011 |
Membaca Jambatan Ilmu
Dengan membaca bertambah ilmu

Saban hari Cik Siti berjumpa dengan orang ramai. menantikan giliran nombor dipanggil mata Cik Siti kadang-kala nakal melihat gelagat orang. Apa yang Cik Siti perhatikan lebih kurang 60 dalam satu masa yang Cik Siti lihat cuma seorang atau dua sahaja yang leka membaca. tidak kiralah membaca majalah, suratkhabar atau buku.

Rata- rata yang Cik Siti lihat mereka lebih menongkat dagu atau pun memerhatikan gelagat orang lain daripada masa mereka diisi dengan membaca. kerana itulah kadang-kala mereka yang menantikan sepuluh minit bagaikan setengah jam. kerana mereka menghitung masa.

Di dalam beg Cik Siti memang Cik Siti letakkan buku. kalau tunggu bas Cik Siti dok baca dan ada masa Cik Siti layan juga game di handphone yang mana boleh menajamkan minda seperti AMA Speed Spelling, AMA IQ booster dan yang paling Cik Siti suka main Book Worm. kalau Cik Siti pergi bank bersama dengan Cik Abang Cik Siti akan beli majalah atau suratkhabar. tidak kira berapa lama Cik Siti tunggu Cik Siti membaca. kadang-kala sempat baca headline dia saja.

Kadang-kala membaca membuatkan kita tidak sedar masa berjalan. saat menantikan nombor giliran kita sampai ada baiknya kalau kita membaca. kalau tengah bulan tahan le juga nak menunggu. kalau hujung bulan atau awal bulan semasa orang dapat gaji sendiri mahu ingat. waiting pun ada masa mencecah 40-50 orang. Masa itulah masing-masing merunggut kerana orang ramai. bukan salah Cik Siti.... dan bukan kuasa Cik Siti nak halau semuanya. Sebab itulah pada pendapat Cik Siti tabiat membaca tu harus dipupuk. tidak kira kita di mana.... bila masa sahaja membaca itu adalah amalan mulia. bukannya dengan membaca kita kena denda pun. Cukup dengan RM 1.00 beli kosmo dan sementara menanti tu boleh kita membaca. Kita dapat manfaat daripadanya. betul tak?

Note: Cik Siti kalau dalam bas memang tak boleh nak membaca.... pening lalat dibuatnya...

4 comments:

  1. ha..dlm bas sy tak suka mmbaca kecuali bas belum jalan..tpi tgok mood juga cik ct heeee

    ReplyDelete
  2. kalau letak komputer dan sambungan internet kat ruang menunggu
    rasanya ramai yang akan ambil peluang tu, cik siti
    hehe

    ReplyDelete
  3. suri: saya pun... pening kepala dibuatnya

    tehr: ada cuma tak cukup... pc ada 3 yang menunggu 60 orang cam na?

    ReplyDelete
  4. saya suke bace majalah fesyen.h

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page