Apa yang penting??? Confidence

Teratak pena | Sunday, November 27, 2011 |


Cerita yang nak kongsi bersama ni ada kena mengena dengan confidence level yang tinggi. biasanya confidence boleh diukur semasa orang bertanya dengan kita. kalau bertanya confidence tu adalah penting di dalam mengukur sejauh mana kita menetapkan pendirian kita. lagi pula yang bertanya itu memang seorang yang psiko. sekali tanya, kita ok. dua kali tanya kita boleh senyum lagi. kalau kali ketiga dia tanya, silap haribulan mahu kita nak tukar jawapan. Tapi.... kalau confidence kita tinggi orang tanya sepuluh kali pun kita akan berikan jawapan yang sama.

Cerita yang Cik Siti nak sampaikan berkenaan dengan puteri Cik Siti yang tengah. Si Syasya yang penuh dengan keyakinan yang tinggi. okey, cerita ni terjadi bila Cik Siti tanya kalau dia tahu bahasa Inggeris.

jom layan lakonan semula dari Cik Siti.

Cik Siti: Kakak, tahu cakap bahasa inggeris tak?
Syasya: Tahu... (dengan penuh bangga dan confidence)
Cik Siti: Okey, ibu tanya kakak jawab ye.
Syasya: okey.
Cik Siti: What is your name?
Syasya: (tanpa bertanya maksudnya dia terus menjawab) Hai!
Cik Siti: what is your name?
Syasya: Hai! (okey... Cik Siti boleh tahan lagi)
Cik Siti: what is fahter's name?
Syasya: I know
Cik Siti:what is your mother name?
Syasya: okey.
Cik Siti tak boleh tahan lagi. Nak gelak kesian. last sekali Cik Siti tanya dia.
Cik Siti: kakak faham ke apa yang ibu tanya?
Syasya: tak...
Cik Siti: Habis tu kenapa kakak jawab?
Syasya: I know
pek! Cik Siti tepuk dahi....


Dia ni memang punyai confidence level yang tinggi. semoga dia teruskan tahap keyakinan tu...

5 comments:

  1. memang level sangat tinggi tu
    tak gentar dengan apa soalan sekali pun

    ReplyDelete
  2. @tehr
    dia memang punyai keyakinan yang tinggi....

    ReplyDelete
  3. Alah si comel ni.. sweet je dia borak2 dengan mama dia camtu.. Maybe mama dia camtu, tu ikut jejak langkah :D

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page