XO person

Teratak pena | Tuesday, January 25, 2011 |
Hi semua.... semoga ceria di petang hari ini.... sambil menantikan member-member habis kerja nak coret sikit kat blog comel ni(perasan betul kan?) siapa tahu XO? nak capai XO person ni memang le semput dada ni. XO ni adalah singkatan dari X-tra Ordinary. bak kata orang pangkatnya lebih tinggi dari yang terbaik. senang cerita yang sempurnalah. ada beberapa list yang perlu kita tanamkan dalam hati dan sanubari untuk mencapai XO ni.....

1) NO GOSSIP- kalau gossip satu kerja pun tak jalan dan cerita yang betul
pun ada masa jadi tak betul

2)NO BLAMMING-jangan nak marah-marah orang atau pun nak jangan suka mencari
kesalahan orang lain sebab kadang kala kesalahan itu ada masanya datang dari
kita juga

3)NO EXCUSES-jangan berdolak-dalik dan memberi alasan setiap kerja yang
diterima apalagi mencari alasan yang tidak munasabah...

4)NO COMPLAINT-yang penting. jangan nak mengadu setiap apa yang kita
perolehi... setiap kali kita mengadu kita akan jadikan sesuatu keadaan itu
menjadi lebih rumit.

yang sebenarnya menjadi XO person ni memang susah apa lagi kita sebagai manusia. ada masa kita akan bergossip, ada masa kita akan marah dan mencari kesalahan orang lain, sering mencari alasan yang mungkin dapat melarikan diri dan tidak berpuas hati dengan tahap diri sendiri.

namun kalau kita dapat kurangkan ada satu perasaan baru yang timbul.... iaitu.... TENANG.

Note: ini yang Cik Siti belajar dalam motivasi tahun lepas.... just nak kongsi...

2 comments:

  1. susah tu memang susah
    tapi kita boleh mencuba untuk dapatkannya

    satu kepuasan juga kalau dah mencuba

    ReplyDelete
  2. memang betul... dan hasilnya memang tidak mengecewakan

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page