Kawan, rakan dan sahabat.... setiap insan perlukannya. Namun ianya tertakluk bagaimana kita mencari kawan. adakah kawan yang memberi kita akan kebaikan atau kawan yang mengajak kita menyimpang jauh dari prinsip hidup. dari sini kita perlu bijak memilih kawan.
kawan yang baik senantiasa berada disamping kita ketika susah dan senang, menegur kita dari segala kemungkaran serta daripada melakukan kesilapan. bagaimana pula kalau kita tersalah pilih? mulalah datangnya kata-kata 'kawan makan kawan' 'kawan tikam dari belakang' dan ada juga kawan yang mengajak kita ke jalan yang tidak diredhai...
betapa takutnya jika tersalah pilih kawan. segala perjalanan hidup kita akan berubah. kalau baik, tidak mengapalah.... kalau sebaliknya? sendiri mahu ingat. dan bila saat dia menjauhkan diri segala yang telah berlaku tidak boleh diundur lagi. nasi sudah menjadi bubur. nak menyesal pun tak ada gunanya.
Cik Siti selalu bertanya kepada anak, siapa nama kawannya di mana dia tinggal bagaimana tingkah lakunya sebab Cik Siti takut kalau dia salah pilih kawan walau pun dia masih darjah satu. bukan Cik Siti nak jaga tepi kain dia, cuma Cik Siti nak pastikan dan hati ibu mana yang tidak risau dengan pergaulan anak-anak.
zaman sekarang memang susah mencari kawan yang baik dan memang tak susah mencari kawan yang boleh merosakkan kita... sebelum berkawan selami dulu hati budi... latar belakangnya agar kita tidak menyesal kemudian hari.....
apa-apa hal.... jom layan lagu ni
note: Cik Siti memang gembira dengan kawan-kawan cik Siti sekarang ni...
kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit sebanyak kita juga mendapat harumnya
ReplyDeletetehr: hehehe
ReplyDeleteKawan gembira senang nak carik. tapi kalau kawan nangis susah nak jumpa. :)
ReplyDeleteaah,betul2 cik siti...sye setuju..klu org2 tua nk buat menantu pn,die akn tgk kte kawn ngan sape kn??kan2??;)
ReplyDeleteAnita: bila suka dia dekat bila susah dia menjauh
ReplyDeleteNur aisya: pilihan keluarga penuh dengan restu..