Berbanggalah dengan diri sendiri

Teratak pena | Tuesday, June 21, 2011 |

kredit dari google

Salam Muhibbah semua...

Sering kali kita memerhatikan kebaikan orang lain mula membandingkan keburukan yang ada pada kita. dan kita merasakan bahawa kita tidak sehebat orang lain. Kita selalu berfikir kalau...kalau...dan kalau... kemudian mulalah kita merasa rendah diri...

"Kenapalah aku tidak secantik dia... kalaulah aku punyai badan yang solid macam tu..."
"kenapalah aku tidak sebijak dia...kalaulah aku pandai dalam segalanya..."
"Kenapalah aku tidak sekaya dia... kalaulah aku punya banyak harta..."


kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain dan akhirnya kita lupa bahawa kita juga punyai kelebihan dan kekuatan kita sendiri. Cantik tidak akan kekal selamanya... bijak ada masa kita akan melakukan kesilapan.... dan kaya pastinya membuatkan kita alpa.

dulu... Cik Siti sering membandingkan diri dengan orang lain. sehinggakan Cik Siti tak nampak kelebihan diri. dan kini Cik Siti yakin dengan diri sendiri. apa yang perlunya kita menjadi orang lain andai hati tidak pernah tenang? dan percaya akan diri sendiri akan membahagiakan diri.

dan lantas Cik Siti berfikir.... saatnya kita membandingkan kelebihan orang dengan keburukan yang ada pada diri.... masih ada mata yang memandang kelebihan kita.

Jadi.... Berbanggalah dengan diri kita sendiri kerana Allah menjadikan setiap manusia itu ada kelebihannya...

4 comments:

  1. bangga dengan diri sendiri
    bukan sombong meninggi diri

    kan, cik siti?

    ReplyDelete
  2. memang patut bangga dengan diri kita seadanya.. tapi kalau dah menunjuk2 tu, aku tak setuju

    ReplyDelete
  3. hehe. terasa pulak dengan entri kak siti ni. tapi memang ayat KALAU tu selalu sangat tak sengaja terkeluar dari mulut ni. Barangkali sering tidak yakin pada diri sendiri, dan selalu sangat rasa rendah diri. hurm

    ReplyDelete

Dah baca sila komen ye... Terima kasih...

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

Top of page